Chapter 34

1.1K 29 0
                                    

Fareez mengerling jam di pergelangan tangannya. Sudah pukul 1.00 petang. Ini lunch hour dan tentunya Asya akan keluar makan. Dia sebolehnya ingin mengambil peluang untuk mendekati Asya kembali.

Kelibat Asya sudah kelihatan keluar dari pejabat. Asya hanya berjalan kaki menuju ke restoren di hadapan pejabatnya. Malas la tu nak keluar jauh jauh.

Asya masuk ke dalam restoren sendirian. Dia duduk di tempat yang kosong. Seorang pelayan datang mengambil pesanan dan Asya mula bermain dengan telefon bimbitnya.

Beberapa minit kemudian air yang dipesan sampai. Selepas air sampai org yang Asya tak duga pula datang. Berkerut seribu dia melihat orang yang datang.

"Hi Asya? Sorang je?" Tegur Fareez. "Taklah ramai ni.." Jawab Asya endah tak endah. Fareez yang perasan kedinginan Asya trus duduk di hadapan Asya. "Asyaa bagila i peluang sekali lagi pls.." rayu Fareez. "What? Peluang apa u nak ni? I dah kahwin ok.." Jawab Asya. "I tau u taknak kawin dengan dia pun kan? U dah lupakan i ke?" Fareez bagai orang hilang akal. "U lupa ke ? Siapa yang lupakan siapa ni? Kalau betul pun i tak kawin dengan dia, u ingat i nak dengan u ke?" Sinis sahaja jawapan Asya. "I tau i silap dulu. Bukan i yang nak semua tu. Maafkan la i. I sayang u.." Fareez masih dengan rayuaannya. "Sayang? Dahlah Fareez. Muak i dengar. I pegi dulu ada banyak lagi keje i nak buat." Asya meninggalkan sekeping keping not rm10 dan terus berlalu. Malas mahu memanjangkan cerita.

Asya masuk ke dalam pejabat dengan rasa serabut. Kenapalah mesti dia muncul balik. Ei nasib je sebab rasa hubungan diplomatik antara company ni dia berlembut. Kalau tak berdebik dah kena mamat tu.

Fareez terus keluar dari restoren apabila Asya sudah pulang. Dia masuk kedalam keretanya dan menutup pintu dengn kuat. Geram! Kenapa Asya begitu susah untuk dilembutkan. Dia tahu Asya amat suka padanya dulu.

Fareez terus meluncur laju ke rumahnya. Dia perlu rehat untuk menenangkan kepalanya yang serabut. Alahai sendiri cari penyakit.

Asya pulang ke rumah apabila waktu bekerja sudah tamat. Harini dia pulang sendiri kerana Amir ada mesyuarat di luar. Mungkin Amir sudah ada di rumah sekarang.

"Assalamualaikum" Asya memberi salam. "Waalaikumussalam" Amir yang sedang menonton tv menjawab salam. Asya terus duduk di depan tv dahulu sebelum naik ke bilik.

"Awal ke meeting habis?" Tanya Asya. "Aah client ada hal tadi. Abang malas nak masuk pejabat dah sebab dah lewat." Jawab Amir. "Ohh patutlah.." Asya membuat bentuk o di mulutnya.

Baru sahaja Asya mahu naik ke bilik, telefonnya berbunyi. Video call dari mama dan papanya. Teruja betul Asya. Dia terus menekan button accept di telefonnya.

"Mamaaaaa!!" Jerit Asya. Amir yang melihat kerenah Asya itu hanya mengeleng. "Asya macam mana? Sihat?" Mamanya bertanya. "Sihat je ma.. mama macam mana? Sihat? Papa pulak? Sihat tak? Lama lagi tak kat sana? Rindu la mama.." bertubi tubi soalan yang diajukan.. pening jugak la nak melayan karenah budak sorang ni.

Asya sibuk berbual bual dengan mamanya. Ada juga Amir menyelit seketika. Yelah rindu benar Asya dengan mamanya. Maklumlah anak manja la katakan. Mana la dia pernah berenggang dengan ibunya.

Bff atau isteri? [COMPLETE]Where stories live. Discover now