Chapter 30

2K 59 0
                                    

Hari ini Puan Sri Amayah dan Tan Sri Adam bakal bertolak ke tanah suci. Kereta dipandu oleh Amir dan di sebelahnya Asya. Puan Sri Amayah dan Tan Sri Adam duduk di belakang. Muka Asya masa tu sedih kemain. Hatinya berat mahu membiarkan mama dan papanya pergi.

Amir meletakkan kereta di tempat parking. Mereka masuk ke dalam dan menunggu sehingga waktu berlepas Puan Sri Amayah dan Tan Sri Adam tiba.

Jam menunjukkan 7.00 pagi. Puan Sri Amayah dan Tan Sri Adam berdiri untuk masuk kedalam balai pelepasan. "Asya jaga diri ya. Elok elok dengan suami. Dengar apa suami cakap jangan degil ya." Pesan Puan Sri Amayah. "Mama.." Asya mula menangis. "Ish dahlah jangan menangis. Lepasni ke bila bila jangan menangis faham!" Tegas mamanya. Asya masih menangis tidak menghiraukan kata kata mamanya. Dia memeluk erat mamanya. "Tengok tu menangis lagi. Kalau mama call Asya menangis lagi mama dengan papa tinggal lama lagi kat sana." Amaran mamanya. "Betul jangan menangis dah" papanya pula bersuara. "Papa..." asya sambung memeluk papanya pula.

Setelah Tan Sri Adam dan Puan Sri Amayah masuk mereka terus keluar dari lapangan terbang dan menuju ke kereta. Asya masih lagi mengeluarkan air mata. Apabila air matanya keluar dia mengesat dengan tangannya. Amir yang memandu di sebelahnya mengambil tisu di dalam dashboard dan memberi kepada Asya .

"Dahlah jangan menangis. Sekejap je tu." Amir melegakan hati Asya. "Lama.." balas Asya. "Kalau awak cakap lama lagi lama la dia rasa tau." Terang Amir. Asya terdiam. Hanya bunyi radio sahaja di dalam kereta.

                             💫💫💫💫💫

"Dah siap kemas belum?" Tanya Amir. "Dahh! Bila kita nak pergi?" Asya membalas dengan pertanyaan kembali. "Esok dalam pukul 10 11 ke. Sebab jauh tu mau petang ke maghrib baru sampai." Terang Amir.

Asya menganguk tanya faham. "Eh tapikan sementara mama dgn papa pergi umrah ni, kita duduk rumah ni jelah eh." Kata Asya. "Oh okay je.. takkan nak biar kosong je kann." Balas Amir.

Asya menganguk lagi. "Btw berap hari kita nk pergi?" Asya bertanya lagi. "Em 3 4 hari kot." Balas Amir. "Oh kat sana nanti rumah dia macam mana?" Asya terus bertanya lagi. Yelah bukannya dia pernah pegi kg pun. Dia lahir lahir dah duduk rumah besar. "Oh jangan risau. Kg tu ada banglo." Jelas Amir. Asya mula rasa lega. "Baguslah... kat sana ada apa?" Asya masih bertanya. Amir mula tergelak. "Oh kat sana penuh dengan mall. So prepare la duit bebanyak ya." Amir mula menyakat. "Yeke? Kg kau macam tu?" Asya seperti tidak percaya. "Ye tak caya esok kau tengok jelah. " Amir tersenyum kecil. "Ohhhh best la kalau macam tuuu." Asya teruja.

Bff atau isteri? [COMPLETE]Where stories live. Discover now