Chapter 28

1.9K 62 0
                                    

Amir menunggu Asya di dalam kereta. "Ish lambat betul! " rungut Amir. Tiba tiba Asya keluar dari pintu masuk pejabat dan berlari lari anak ke kereta. Dia masuk ke dalam kereta. "Sorryyy hehehehe!" Kata Asya. "Huh! Nak berjangut dah ni tau menunggu." Balas Amir. "Mana janggut?" Asya mula menelek muka Amir tanda mengusik . "Ni ha!" Amir menayang dagunya. "Hahahahhaha!! Kelakar eh." Asya tergelak.

Kereta Amir meluncur laju dia jalan raya. Amir mula mahu mengajukan soalan berkaitan Fareez. Tapi Asya hanya berdiam diri sahaja. "Harini buat apa?" Tanya Amir berhati hati. "Takde pape sgt pun." Balas Asya malas. "Ohh tadi ada meeting kan ? " tanya Amir lagi. Asya terus tersentak. 'Fareez? Amir tahu ke? Jujur jelah dia nampak kot kat luar tadi tu' Asya berfikir. "Oh aah dengan Fareez. Dia arkitek syarikat Seni Bina tu." Jawab Asya tenang. "Oh so are you okay?" Amir ingin memastikan Asya okay.

Asya yang bosan dgn soalan tentang  Fareez. "Ok je. Dahlah malas cakap pasal dia." Asya mengakhiri perbualan. Amir pun hanya berdiam diri sahaja. Takkan la nak serabutkan Asya. Bertambah sakit hati pulak nanti.

💫💫💫💫💫

Amir dan Asya menuju ke rumah Dato Ahmad. Mereka mahu tidur di sana pula. Yelah dah hampir dua minggu lebih tidak berkunjung dirumah bapa Amir.

"Asslamualaikum mama papa!" Teriak Amir apabila tiba di depan pintu. "Waalaikumussalam. Ha sampai pun sini." Ujar Datin Ariana. Asya hanya tergelak dan mula bersalaman dengan Datin Ariana dan Dato Ahmad yang duduk di sofa.

Mereka pun duduk di sofa untuk berborak. "Ha ni nak makan tak? Mama panaskan lauk?" Tanya Datin Ariana. "Eh takpe ma kami baru lepas makan." Jawab Amir. "Aah ma kami makan dulu sebelum nak pegi sini." Sambung Asya pula. "Oh ok. Mama dan papa kamu bila bertolak?" Tanya Dato Adam kepada Asya. "Oh minggu depan." Jawab Asya. "Ha lepas mama dan papa kamu bertolak amik la cuti dua tiga hari pergi jenguk tokmak kat kg." Kata Datin Ariana. "Hah? Kg kat mana?" Asya bertanya. "Amir kamu tak bagitahu ke!" Kata Datin Ariana kepada Amir. "Ohh lupa la ma. Hehehe" Amir tersengih seperti kerang busuk. "Asya kg Amir ni kat Kedah. Bila raya je kami balik ke sana." Terang Datin Ariana. "Oh seronoknya ada kg." Asya teruja. Yela selama harini dia hanya duduk di rumah beraya di rumah. Neneknya juga tinggal dengannya dahulu tetapi sampai berumur 7 tahun sahaja dan neneknya meninggal.

"Oh Asya takde kg ke?" Tanya Datin Ariana. "Takde ma. Nenek duduk dgn Asya tapi dah meninggal masa Asya 7 tahun." Terang Asya. "Ohh habistu adik beradik mama dan papa kamu?" Datin Ariana semakin ingin tahu latar belakang Asya. Amir juga fokus pada cerita Asya . Yelah Asya mana pernah bagitahu dia semua tu. "Oh papa anak tunggal. Mak pak papa pun dah meninggal. Mama pulak anak bongsu dari dua adik beradik. Mak pak mama pun dah meninggal. Maklong sekarang ni duduk kat Beijing dengan suami dia." Panjang lebar Asya menjelaskan. "Oh kecil betul family kamu ya. Maklong kamu tu berapa org anak?" Datin Ariana asyik bertanya bagi seorang detektif. "Oh maklong takde rezeki bab tu. Dia takde anak." Jawab Asya dengan nada sedih. "Ohh maaf ." Kata Datin Ariana. "Ish awak ni banyak betul tanyanya." Dato Ahmad bersuara. "Saya bertanya je abang ni." Datin Ariana melirik mata.

Bff atau isteri? [COMPLETE]Where stories live. Discover now