Chapter 13

2.3K 82 5
                                    

Asya mula membuat permohonan pekerjaan. Ijazah yang dia dapat dia mahu gunakan untuk menjadi pengarah kewangan di syarikat milik ayah Amir.

Bukan permohonan sebenarnya tapi lebih kepada tiba tiba saja dia diajak Dato Ahmad untuk bekerja. Kebetulan jawatan tu kosong kerana pengarah sebelum ini sudahpun pencen kerana umurnya dah menjangkah 60an. Asya apalagi! Rezeki jangan ditolak.

Walau bagimanapun procedure untuk memegang jawatan tersebut tetap perlu dijalankan. Borang pekerja dan sijil sijil yang berkaitan tetap perlu dilampirkan.

💫💫💫💫💫

Setelah seminggu, Asya telah bersiap sedia untuk masuk ke alam pekerjaan. Asya memakai seluar hitam dan baju kemeja pish sebagai permulaan hari di pejabat.

Asya turun untu bersarapan. Harini Tan Sri Adam turut sama menyertai sarapan mereka. Permulaan yang baik bagi Asya.

Selesai bersarapan, Tan Sri Adam dan Asya mula bangun dan mahu pergi bekerja. Tangan disalam bersama sama. Asya bersalam dengan mama dan papanya manakala mamanya bersalam dengan papanya.

Kereta suzuki swift di parking elok di tempat disediakan. Memang dia sudah menempah tempat ini sejak menghantar borang haritu. Asya menekan butang lift dan bergerak ke tingkat 6.

Tiba di depan pejabat Dato Ahmad, Asya disambut oleh PA Dato. "Hai! Cik Asya?" Tanya mira meminta kepastian. Memang Asya ada datang beberapa kali tapi cuma sekejap dan proses nak mengecam muka Asya agak sukar.

"Ya saya Asya." Asya tersenyum kepada PA Dato itu. "Dato ada mesyuarat sekarang ni jadi dia suruh saya bagi je awak masuk pejabat and bila dia free nanti baru awak pegi jumpa dia." Terang Mira dengan panjang lebar. "Oh okay. But nanti bila dia free awak tolong call saya eh?" Pinta Asya. "Okay. Jom kita pergi tempat awak." Ajak Mira.

Asya membuntuti Mira pergi ke tempatnya. Satu bilik yang berhampiran dengan pejabat pemangku presiden. Asya masuk ke dalam pejabatnya. Memang menarik dengan permandangan yang menghadap bangunan bangunan lain menjadikannya lebih cool.

Asya duduk di meja pejabat barunya itu. Disebabkan cerminnya lutsinar jadi  matanya tertacap semula pada pintu pemangku presiden."Siapa ek? Abang Amir kot! Amar tu kan ada takkan Amir pulak kan!" Asya bersuara. Sepatutnya ada nama dia pintu tapi ruangan nama kosong di pintu itu. Pelik jugak sebab kat pintu dia pun dan ada nama dia.

Telefon pejabat Asya berbunyi mematikan lamunan. "Cik Asya! Dato dah habis meeting." Lembut suara Mira di corong telefon. "Okay!" Jawab Asya lalu mematikan talian. Dia segera bangun dan berkemas .

Sedang dia mahu keluar, pintu bilik pemangku ditutup. Tak perasan pula dia siapa yang masuk. Baru nak tengok tengok sikit. "Amar kot!" Fikir Asya.

Asya segera ke bilik Dato Ahmad. Dia mengetuk pintu dan masuk kedalam pejabat itu. Selesa la jugak bila berhadapan dengan Dato Ahmad sebab dah lama kenal mungkin.

                       

Bff atau isteri? [COMPLETE]Where stories live. Discover now