Chapter 10

2.4K 93 1
                                    

Fareez membutangkan baju kemejanya. Dia mengenakan seluar slack bersama kemeja biru pekat. Dekat kulitnya yang kuning langsat itu memang sesuai. Dia menyapu sedulit gel rambut dan menyikatnya rapi.

Fareez terus menuju ke dapur dan mengambil sebiji gelas. Dia membuka peti sejuk dan mengambil susu lalu menuangkannya ke dalam gelas. Duduk di rumah bujang ni memang tak kesah langsung pasal makanan.

Selesai minum susu yang dianggap sarapan, Fareez mencapi kunci kereta Mini Coopernya itu. Dia meluncur laju di jalan raya menuju ke rumah Asya.

Sampai di hadapan rumah Asya, Fareez turun dan terus ke pintu. Sejak mereka berkawan rapat ni, Asya sudah memperkenalkan Fareez dengan kedua orang tuanya. Opps bukan kedua tapi mamanya sahaja.

"Asalamualaikum. " Fareez memberi salam. "Waalaikumusalam. Eh Fareez masuklah." Sapa Puan Sri Amayah. "Eh takpelah nak tunggu Asya je ni." Jawab Fareez.

Tak sampai beberapa saat Fareez berbual dengan Puan Sri Amayah, Asya sudah pun menunjukkan bayang. "Mama! Asya pergi dulu la eh." Kata Asya seraya bersalam dengan mamanya. "Kami pergi dulu ya auntie." Sambung Fareez pula. "Oh oklah. Hati hati ya." Balas Puan Sri Amayah.

💫💫💫💫

Amir masih lagi dalam pejabatnya. Sekarang adalah masa untuk makan tengah hari. Dia begitu sibuk menguruskan hal pejabat semata mata untuk mempercepatkan masa balik ke Malaysia.

"Tuk,tuk!" Pintu pejabat Amir diketuk. "Masuk." Kata Amir. "Encik taknak lunch ke?" Tanya Rania. Rania memang sudah tertarik pada Amir sejak hari pertama Amir di situ. Jarak umur tiada jauh bezanya cuma Rania tua setahun daripada Amir. Ranialah yang banyak membantu Amir dalam menguruskan hal berkaitan pejabat. Jadi, mereka memang rapatlah tapi di pejabat mereka masih memanggil secara formal kerana tidak mahu masuk campur urusan kerja dan hal peribadi katanya.

"Ohh Rania! Takpelah awak pergi dulu." Balas Amir." Oh saya nak ajak encik lunch sebenarnya." Kata Rania . "Oh saya sibuk la!" Balas Amir.

Rania duduk di hadapan Amir. "Apa yang encik sibukkan ni? Encik boleh stay lama lagi kat sini kan?" Tanya Rania. "Oh sebab taknak stay lama kat sinilah saya sibuk!" Jawab Amir. "Oh bosan tengok muka saya ke?" Kata Rania. "Merepek jelah awak ni!" Amir tergelak.

Rania masih lagi duduk di hadapan Amir. Dia mengigit gigit bibir bawahnya. Amir fokus sahaja membuat kerjanya. "Amir!" Rania mula memanggil Amir dengan cara biasa. "Yas?" Amir menjawab tapi dia masih memandangnya kertas kerja di hadapannya. "Saya suka awak!" Rania memulakan langkah yang sangat awal.

Amir tergelak. "Awak ni lapar sangat dah kot! Pergilah makan dulu."kata Amir. "No! I'm serious." Rania membuat muka serious. "Sorry Rania. My heart belongs to someone else." Jawab Amir.

Rania tersenyum. "Oh!" Dia bingkas bangun dan keluar. 'Huh! I will get you Amir! No matter what happen!'

Bff atau isteri? [COMPLETE]Where stories live. Discover now