PART 08

222 28 0
                                    


Chanwoo duduk bersila diatas sofa sambil matanya tertumpu pada televisyen.NamJoon yang sibuk menilik luka pada bibirnya langsung tidak dihiraukan.

Sesekali dia meringis kesakitan.Chanwoo hanya memandang kearah NamJoon sekilas.

"Oppa!!"hampir sahaja Chanwoo terlompat akibat jeritan Jessica itu.

Leher Chanwoo dipeluk Jessica dengan erat.Chanwoo mengelengkan kepalanya perlahan tanda tidak percaya dengan sikap dongsaengnya yang satu itu.

Manja dan terlajak hyperactive.Tidak seperti Jessica yang sebelum ini.

Jessica yang dulu hanya akan memandangnya dengan wajah dingin dan tersangat jarang untuk melemparkan senyuman manis.Jessica juga tidak akan menjerit sesuka hatinya.

"Kenapa dengan Yeon ni?"soal Chanwoo sambil rambut keperangan Jessica diusapnya perlahan.

Matanya masih tertumpu pada kaca televisyen.Pandangan pelik yang diberikan oleh NamJoon untuk mereka berdua langsung tidak dihiraukan.

"Yeon ingat Yeon nak keluar.Ke tasik or taman.Boleh tak oppa?"soal Jessica sambil mengoyang-goyangkan lengan Chanwoo.

"No!!"pantas sahaja Chanwoo membangkang cadangan Jessica itu.

"Ala bolehlah oppa.Lagipun Yeon bosanlah duduk rumah sorang-sorang."wajah Chanwoo dipandangnya dengan penuh pengharapan agar dibenarkan keluar walaupun sebentar.

Chanwoo mengeluh perlahan sebelum memandang wajah Jessica.Kepala Jessica diusapnya dengan penuh kasih.

"Yeon boleh keluar tapi..."

"Kenapa mesti ada tapi?"pintas Jessica bersama wajah penuh curiga.

"Aip nak keluar ke tak nak?"soal Chanwoo sambil menjongketkan keningnya.

"Naklah."kata Jessica bersama wajah tidak puas hati.

"Yeon kena pergi dengan Lucas.Boleh?"soal Chanwoo bersama senyuman sinisnya.

"Tapi kenapa pula."bantah Jessica bersama wajah tidak suka.

"Untuk keselamatan Yeon juga.Boleh?"soal Chanwoo sambil tersenyum manis.

Kepala Jessica diusap Chanwoo dengan penuh lembut.Kadang-kadang bibirnya dilabuhkan pada dahi serta kepala dongsaengnya itu.

"Arasso."kata Jessica sebelum bangun dari duduknya.

"Yeon pergi dulu."pipi Chanwoo diciumnya sekilas sebelum dia membuka langkah menuju ke pintu utama rumah itu.

Chanwoo memandang kearah seorang lelaki yang berdiri disatu sudut rumah itu bersama wajah penuh makna.Dengan memandang wajah Chanwoo cukup membuatkan lelaki itu faham apa yang diinginkan lelaki itu.

Bersama wajah dingin dia melangkah mengikuti langkah Jessica dari belakang.Topinya yang berwarna hitam diturunkan sedikit apabila melalui dihadapan NamJoon.

NamJoon memandang mereka bertiga bersama wajah berkerut habis.Kelakuan Jessica sahaja cukup membuatkan dia keliru ini apatah lagi Chanwoo dan lelaki itu.

________________________________________

Jessica melabuhkan punggungnya diatas bangku dihadapan tasik itu.Orang ramai yang berada ditasik itu langsung tidak menganggu fokusnya untuk mengambil angin segar.

Matanya dipejamkan sambil tubuhnya menyandarkan badan bangku itu.Kelibat seorang lelaki yang duduk dalam 5 meter darinya itu dipandang sekilas.

"Boleh saya duduk dekat sini?"soal satu suara menyentakkan Jessica yang hampir terlena itu.

Jessica membuka matanya bersama keluhan berat.Wajah seorang lelaki menyapa pandangannya.

"Duduklah.Lagipun ni tempat awam."balas Jessica bersama wajah semanis mungkin.

Matanya meliar kearah lelaki yang berdiri 5 meter dari kedudukannya itu.Pandangan Jessica bertaut dengan lelaki itu beberapa saat sebelum Jessica mengalihkan pandangannya kearah lain.

"Maaflah kalau saya ganggu awak.Lagipun semua bangku dah penuh kecuali sebelah awak."kata lelaki itu apabila melihat mata Jessica yang meliarkan ke sekeliling tasik itu.

"It's okay."Jessica melemparkan senyuman manis kepada lelaki itu.

Terpaku lelaki itu saat melihat senyuman Jessica itu.Jessica tersenyum malu apabila ditenung sedemikian oleh lelaki yang tidak dikenalinya itu.

"Sorry.By the way nama saya Shin Jong Hyun tapi awak boleh panggil saya Jonghyun."kata lelaki itu sambil menghulurkan tangan kanannya kepada Jessica.

Jessica menyambut huluran lelaki itu bersama senyuman manis.

"Jessica Jung.Just call me,Jessica."senyuman manis dilemparkan buat Jonghyun.

"Cantik."kata Jonghyun tanpa sedar dan sedikit perlahan.

"Apa?"Jessica memandang Jonghyun bersama wajah berkerut apabila dia merasakan lelaki dihadapannya itu ada mengatakan sesuatu.

"Nothing."balas Jonghyun sambil menarik tangannya.

Tubuhnya disandarkan pada badan bangku bersebelahan dengan Jessica.Matanya meliar melihat suasana tasik itu.

"Awak memang selalu ke sini ke?"soal Jonghyun bersama wajah tenang.

"Tak adalah.Harini baru saya datang."balas Jessica sambil matanya memandang tasik dihadapannya itu.

"Cik muda.Cik muda kena balik sekarang."satu suara menyentakkan Jessica dan Jonghyun yang sedang mengelamun itu.

"Awak dah nak balik ke?"soal Jonghyun sambil mata redup memandang mata Jessica.

Terleka sebentar Jessica apabila melihat redup mata itu.Dia tersentak apabila lelaki yang memakai pakaian serba hitam itu menyentuh bahunya.

"Argh ye.Mungkin kita boleh jumpa lain kali."kata Jessica sebelum bangun dari duduknya.

Matanya langsung tidak lepas dari memandang wajah Jonghyun.Jonghyun tersenyum saat mendengar kata-kata Jessica itu.

"Sudah tentu.Harap kita bertemu lagi,Jess."kata Jonghyun lalu menundukkan sedikit badannya.

"Saya pun harap macam tu.Gembira bertemu awak,Jonghyun."senyuman manis diberikan buat Jessica kepada Jonghyun sebelum dia melangkah meninggalkan lelaki itu.

Lelaki yang memakai pakaian serba itu mengekori langkah Jessica.Jonghyun memegang dadanya bersama senyuman manis.

Matanya langsung tidak lepas dari memandang langkah Jessica.Senyumannya terus mati apabila kelibat Jessica mulai hilang.

_________________________________________

To Be Continue

PSYCHOPATH S2 [Min Yoongi]Where stories live. Discover now