Jessica menyuap makanan ke dalam mulutnya tanpa memandang kiri atau kanan.Chanwoo memandang dongsaengnya itu bersama wajah berkerut.
Baginya,kelakuan Jessica itu jelas nampak pelik.Wanita itu kelihatan 10 tahun tidak makan.
Langsung tiada kesopanan.Kebiasaannya dia lah orang yang paling menjaga tatatertib dalam bab makan tapi sekarang lain pula yang jadi.
Entah kenapa,sejak dongsaengnya itu disahkan hilang ingatan perangai wanita itu semakin pelik.Sifat kesopanan yang ada dalam dirinya hilang begitu sahaja.
Malah wanita itu lebih tegas dalam membuat keputusan.Kalau dahulu,Chanwoo yang membuat keputusan manakala dongsaengnya itu akan bersetuju.
Tapi sekarang,sebaliknya pula berlaku.Entah,dia tiada jawapan untuk menjelaskan personaliti wanita itu sekarang.
"Kenapa oppa tenung Yeon macam tu?"soal Jessica tanpa memandang wajah Chanwoo.
"Nothing."balas Chanwoo sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.
"Excuse me?Jessica?"satu teguran membuatkan Jessica dan Chanwoo memalingkan wajah mereka.
Kelihatan seorang lelaki berdiri tegak dihadapan mereka berdua.Lelaki itu mengukirkan senyuman manis buat Jessica dan Chanwoo.
Berkerut wajah Chanwoo saat melihat wajah lelaki yang tidak dikenali itu.Jessica hanya membalas senyuman lelaki itu.
"Jonghyun right?"teka Jessica bersama wajah was-was.
"Yes."kata lelaki itu teruja apabila Jessica masih mengenalinya.
Berkerut wajah Chanwoo sebaik sahaja melihat Jessica seolah-olah mengenali lelaki dihadapannya itu.Lelaki itu mengukirkan senyuman segaris buat Chanwoo.
"Jonghyun."kata lelaki itu sambil menghulurkan tangannya ke arah Chanwoo.
"Chanwoo."balas Chanwoo sambil menyambut huluran tangan Jonghyun.
"Duduklah."pelawa Jessica kepada Jonghyun.
Ternganga Chanwoo sebaik sahaja melihat sikap dongsaengnya itu.Sebelum ini dongsaengnya payah untuk mempelawa sesiapa pun ketika mereka berdua makan di luar walaupun orang itu dia sangat kenali.
Jonghyun tanpa kata terus melabuhkan punggungnya disebelah Jessica.Bertambah berkerut wajah Chanwoo sebaik melihat sikap selamba Jonghyun itu.
"Nampaknya Yeon dan Jonghyun saling mengenali."komen Chanwoo sambil menyedut minumannya itu.
"Argh.Tak adalah kenal mana.Kami kenal waktu di taman."kata Jonghyun sambil mengukirkan senyuman buat Chanwoo.
Chanwoo menganggukkan kepalanya tanda faham.Tiba-tiba telefonnya berbunyi membuatkan suasana yang sunyi menjadi bising.
Bersama senyuman kekok dia mengangkat panggilan itu.Jessica dan Jonghyun yang rancak berbual cuba diabaikan.
Sesekali dia mengangguk faham walaupun dia pasti tiada sesiapa yang melihatnya.Hampir 10 minit dia berbual dengan si pemanggil itu sebelum panggilan di matikan.
"Yeon.Dah siap ke?Kita kena ke Vila Kim sekarang.Oppa tak nak Yoongi perasan kehilangan kita dan hantar orang untuk jejak kita.Bahaya untuk keselamatan Yeon."kata Chanwoo tanpa menghiraukan pandangan pelik yang diberikan oleh Jonghyun itu.
Perlahan Jessica mengangguk sebelum dia bangun dari duduknya.Wajah Jonghyun yang terpingga itu dipandangnya bersama senyuman segaris.
"Saya dah kena pergi.Semoga kita bertemu semula."senyuman manis diukirkan buat Jonghyun sebelum dia membuka langkah untuk pergi.
Chanwoo hanya menepuk bahu Jonghyun perlahan sebelum dia turut mengikuti langkah Jessica.Jonghyun terpana saat melihat senyuman manis Jessica itu.
Entah kenapa dia berasa berada diawang-awangan.Dadanya dipegangnya.
Tiba-tiba seorang lelaki yang memakai serba hitam duduk dihadapannya.Wajah Jonghyun terus berubah saat melihat wajah lelaki itu.
Sepucuk surat dihulurkan lelaki itu sebelum dia bangun dan melangkah pergi.Jonghyun memandang sekelilingnya sebelum mengambil surat itu lalu disumbat ke dalam jaketnya.
Perlahan dia bangun dan melangkah pergi.Tanpa dia sedar ada sepasang mata sedang memerhati setiap tingkah lakunya bersama senyuman sinis.
_________________________________________
Sebuah kereta lamborghini berhenti betul-betul dihadapan sebuah rumah banglo.Seorang lelaki keluar dari keluar itu lalu melangkah masuk ke dalam rumah itu.
Tanpa ketukan atau apa dia terus masuk ke dalam rumah itu bersama dengan kasutnya.Matanya yang tersarung cermin mata hitam itu meliar memandang sekeliling ruang rumah itu.
Matanya terhenti saat menangkap satu bingkai gambar yang terletak betul-betul ditengah dinding rumah itu.Kelihatan satu keluarga sedang tersenyum sambil memandang kearah camera.
"Yoongi?"satu teguran membuatkan lelaki itu memalingkan wajahnya.
"Apa yang kau buat dekat sini?"soal NamJoon sambil memandang Yoongi atas bawah.
Entah kenapa dia tidak senang dengan kehadiran lelaki itu.Dia dapat merasakan bahawa lelaki itu sedang merancangkan sesuatu.
"Aku nak jumpa dengan isteri aku.Mana Jessica?"soal lelaki itu lalu mencabut cermin mata hitamnya itu.
"Jessica tak ada."balas NamJoon lalu meletakkan satu cawan kopi diatas meja kaca itu.
Wajah Yoongi langsung tidak dipandangnya.Berkerut wajah Yoongi saat mendengar kata-kata NamJoon itu.
"Are you sure?Jangan bergurau dengan aku,NamJoon."dingin sahaja wajah Yoongi saat menuturkan ayat itu.
"Aku tak ada masa nak bergurau.Dia baru je keluar dari rumah ni dengan Chanwoo.Dan aku tak tahu ke mana diaorang pergi."kata NamJoon dengan panjang lebar.
Yoongi terdiam sebentar apabila mendengar kata-kata NamJoon itu.Tanpa sebarang kata dia terus melangkah keluar dari rumah itu.
NamJoon menjongketkan bahunya sambil menghirupkan kopinya.Dia tak nak membuang masanya dengan benda-benda yang langsung tiada kaitan dengan hidupnya.
_________________________________________
♥To Be Continue♥
YOU ARE READING
PSYCHOPATH S2 [Min Yoongi]
Misterio / SuspensoRumah tangga yang dibina hancur berantakan.Yoongi rela mengejar cinta gadis lain dari mengejar cinta isterinya. Demi dendam terhadap Yoongi, 'dia' sanggup menghancurkan rumah tangga yang terbina.Demi cinta Jessica, 'dia' sanggup melakukan apa sahaja...