Jessica membuka matanya perlahan-lahan.Benda pertama yang menyapa pancainderanya ialah siling putih.Tekaknya yang terasa perit dipegangnya bersama wajah berkerut.Tangannya cuba mencapai segelas air masak yang berada disebelahnya itu.
Tanpa sengaja,tangannya tertolak gelas itu sehingga terjatuh dan pecah.Dia tergaman sebentar.
"Yeon!?Yeon dah sedar!?"soal seorang lelaki yang baru sahaja keluar dari tandas yang terdapat didalam bilik itu.
Berkerut wajah Jessica memikirkan siapa lelaki yang berada dihadapannya itu.Lelaki itu mengambil gelas lain lalu air masak diisi ke dalam gelas itu.
"Awak siapa?"soal Jessica bersama wajah keliru.
Tergaman lelaki itu saat mendengar soalan yang dilontarkan dari mulut Jessica.Tangannya yang memegang gelas dirasakan bergetar.
"Ni oppa.Yeon tak ingat oppa?"wajah Jessica dipandangnya bersama wajah terkilan.
"O-oppa?Argh......sakit."wajah Jessica berkerut sambil tangannya memegang kepalanya.
"Yeon!!"panggil lelaki itu bersama wajah cemas.
Dengan pantas dia menekan butang yang terdapat pada dinding bilik itu.Butang itu ditekannya berkali-kali.
"Argh....sakit...."jerit Jessica bersama wajah berkerut.
Tiba-tiba pintu ditolak dari luar dengan kasar.Seorang doktor lelaki melangkah masuk bersama beberapa jururawat perempuan.
"Maaf.Sila tunggu dekat luar ye,Encik."kata jururawat wanita perempuan yang memakai tag nama 'Somi'.
Tubuh Chanwoo ditolaknya dengan perlahan supaya keluar dari bilik itu.Chanwoo bersama wajah berat melangkah keluar dari bilik itu.
Chanwoo duduk diatas kerusi diluar bilik itu sambil meraup rambutnya kasar.Nombor telefon seseorang terus didailnya dengan pantas.
Keluhan berat dilepaskannya. Panggilan terus ditutup sebaik sahaja melihat doktor lelaki itu mulai melangkah keluar dari bilik itu.
Dengan pantas Chanwoo bangun dari duduknya.Dia berjalan menghampiri doktor lelaki itu.
"Macam mana dengan adik saya?Kenapa dia tak kenal saya?"soal Chanwoo bertubi-tubi.
"Maafkan saya,Tuan Jung.Cik Jung disahkan hilang ingatan."kata doktor lelaki itu sambil menepuk bahu Chanwoo.
"Hilang ingatan sementara atau selamanya?"wajah doktor lelaki yang memakai tag nama 'L.Joe' itu dipandangnya dengan penuh harapan.
"Cik Jung hanya mengalami hilang ingatan sementara.Ingatannya boleh dikembali dengan berjumpa dengan rakan-rakan rapatnya atau dibawa ke tempat yang banyak kenangan.Saya harap Tuan Jung dapat bersabar dalam mengembalikan ingatannya.Berkemungkinan besar ingatannya untuk kembali hanyalah 50% sahaja."kata Doktor L.Joe itu dengan penuh panjang lebar.
Chanwoo meraup wajahnya sebelum kembali duduk di kerusi menunggu itu.Tanpa mengatakan apa-apa Doktor L.Joe terus melangkah pergi meninggalkan Chanwoo.
_______________________________________
"Dia hilang ingatan."kata lelaki yang memakai subang di telinga kanan itu.
Lelaki yang duduk diatas kerusi itu hanya mengangguk.Dia membuang pandangannya kearah cermin besar yang terdapat didalam pejabat.
Suasana Kota Seoul dapat dilihat matanya dengan jelas.Rokok dibawa ke bibir sebelum dihisapnya.
"Siapa yang jaga dia?"soal dia bersama nada suara yang dingin.
"Her brother,Jung Chanwoo and Kim Hanbin."kata lelaki yang berambut hitam pula.
"Min Yoongi?"soalnya tanpa memandang wajah sahabatnya itu.
"Lelaki tu still dengan perempuan bodoh tu."kata lelaki yang memakai subang ditelinga kanan itu.
"Kau dah tahu siapa yang perempuan tu upah untuk langgar Jessica?"soalnya sambil menghembuskan asap rokok keluar dari mulutnya.
"Taeyang."satu bongkah emas yang terdapat diatas meja itu dicapainya.
Bongkar itu dibeleknya beberapa kali untuk memastikan ketulenannya itu.Tiba-tiba lelaki yang duduk diatas kerusi itu terus bangun dari duduknya.
"Bawakan Yoongi kepada aku.Dah tiba masanya untuk dia kenal musuh sebenar dia.Dan perempuan tu biarkan dulu.Aku nak tengok sejauh mana permainan dia."kata lelaki itu sebelum puntung rokok dikonyokkan dalam bekas kaca yang terdapat diatas meja kerjanya itu.
Kot bajunya dibetulkan agar kelihatan lebih teratur.Kakinya terus melangkah keluar dari biliknya itu.
Rakan-rakannya itu saling berpandangan sebelum turut mengikut langkah kaki mereka.Lelaki yang memakai subang itu sempat mengerlingkan matanya pada cctv yang berada disudut tersorok bilik itu.
_________________________________________
♥To Be Continue♥
YOU ARE READING
PSYCHOPATH S2 [Min Yoongi]
Misterio / SuspensoRumah tangga yang dibina hancur berantakan.Yoongi rela mengejar cinta gadis lain dari mengejar cinta isterinya. Demi dendam terhadap Yoongi, 'dia' sanggup menghancurkan rumah tangga yang terbina.Demi cinta Jessica, 'dia' sanggup melakukan apa sahaja...