PART 20

58 9 2
                                    


Jonghyun merenung Jessica yang sedang makan itu lama.Entah mengapa jantungnya tiba-tiba sahaja berdegup-degup dengan pantas.

"Awak tak makan?"soal Jessica sambil mengesat mulutnya dengan napkin.

Napkin diletakkan diatas meja sambil matanya tidak lepas dari memandang Jonghyun.Jonghyun melepaskan keluhan berat sebelum dia memandang Jessica dengan pandangan redup.

"Saya tengok awak makan dah membuatkan saya kenyang."balas Jonghyun sambil menyandarkan tubuhnya pada kerusi.

"Merepek."Jessica mengalihkan pandangan matanya dari memandang wajah Jonghyun.

Wajahnya memerah menahan malu akibat kata-kata Jonghyun itu. Jonghyun tersenyum nipis. Tangan kanannya dibawa masuk ke dalam poket bajunya sebelum satu kotak berwarna hitam dikeluarkan lalu diletakkan dihadapan Jessica.

Pergerakan Jessica apabila melihat kotak berisi cincin itu diletakkan dihadapannya. Matanya bergerak memandang mata Jonghyun bagi mendapatkan penjelasan.

"People say that love at first sight does not exist. But I'm going to say that it is not impossible because I fall in love with you at first sight. Saya tahu tentang status awak but can you give me a chance??"soal Jonghyun sambil memandang wajah Jessica dengan pandangan redup.

Kedua-dua belah tangannya naik menekup mulutnya tanpa tidak percaya. Matanya berkaca-kaca memandang wajah Jonghyun.

Suasana menjadi hening seketika apabila tiada seorang pun dari mereka berdua bersuara. Jessica cuba menenangkan dirinya sebelum nafas panjang ditariknya.

"Saya akan terima awak sebaik sahaja saya bercerai dengan Yoongi."tubuh Jessica terus dipeluk sebaik sahaja dia selesai berkata-kata.

Jonghyun terus memeluk tubuh Jessica dengan erat. Jessica terus menekup mukanya pada dada bidang milik Jonghyun apabila menyedari mereka berdua telah menjadi perhatian pelanggan yang masuk ke dalam restoran itu.

"Thank you , sayang . Saya janji yang saya tak akan sesekali sia - sia kan peluang yang awak bagi . Kalau saya mungkir janji , you can kill me ."kedua - dua belah tangannya memegang wajah Jessica sebelum satu ciuman dilabuhkan pada dahi wanita itu .

"Saya pegang kata - kata awak ."balas Jessica bersama senyuman lebar .

Jonghyun hanya tersenyum manis tanpa membalas kata - kata Jessica . Tubuh Jessica dipeluknya dengan erat .

'Well , in the end kau kalah dekat tangan aku , Yoongi . Apa perasaan kau , kalau kau tahu yang isteri kau dah mula sayangkan aku . Aku tak sabar nak tengok wajah pucat tak berdarah milik kau .'bisiknya di dalam hati bersama gelak tawa jahat memenuhi ruangan hatinya .

    Kereta milik Jonghyun berhenti betul - betul dihadapan pintu utama mansion milik keluarga Jessica . Pintu kereta bahagian pemandu dibuka sebelum dia melangkah turun dari kereta lalu berlari - lari anak menuju bahagian tempat duduk bersebelahan dengan pemandu .

Pintu kereta dibuka lalu tangannya mengenggam tangan Jessica bagi membantu wanita itu melangkah keluar dari kereta . Jessica mengenggam tangan Jonghyun bersama senyuman manis .

Mereka berdua melangkah beringinan menuju kearah pintu utama . Langkah kaki mereka terhenti saat melihat suasana mansion yang gelap gelita itu .

"Jonghyun ."bisik Jessica perlahan sambil tangannya tanpa sengaja mengenggam tangan Jonghyun dengan erat .

"Shhhhh it alright . Maybe diaorang nak buat surprise untuk sayang ."kata Jonghyun cuba menenangkan Jessica yang mulai resah itu .

"Maybe ."bibirnya digigit perlahan bagi menghilangkan debaran yang melanda dadanya saat itu .

Pintu utama mansion itu ditolak Jonghyun dengan perlahan . Mereka berdua saling berpandangan apabila menyedari bahawa pintu utama rumah itu tidak berkunci .

"Bau apa ni?"Jessica mengenggam tangan Jonghyun dengan erat .

Wajahnya sudah berubah pucat lesi . Jonghyun membalas genggaman tangan Jessica sambil sebelah tangannya yang lain meraba - raba dinding mencari sius lampu .

Sebaik sahaja lampu menyala , Jessica hampir sahaja rebah ke lantai sebaik sahaja melihat suasana mansion itu jika tidak ditahan oleh Jonghyun . Wajahnya pucat tidak berdarah manakala Jonghyun sudah mengerutkan dahinya apabila keadaan mansion itu .

"O.... Oppa ..."bisik Jessica perlahan sebaik sahaja matanya menangkap satu susuk tubuh yang amat dikenalinya .

Mata terasa berpinar - pinar melihat keadaan itu sebelum segala - galanya kelam . Dia rebah dalam dakapan Jonghyun .

"Sayang !!"tubuh Jessica dipeluknya dengan erat .

Dengan perlahan - lahan tubuh Jessica diangkatnya lalu dia melangkah menuju ke bilik Jessica . Telefon pintarnya dikeluarkan lalu satu nombor didailnya .

"Suruh semua berkumpul dekat mansion keluarga Jessica . Jangan lupa bawa Doktor Lee sekali ."katanya sebelum panggilan itu dimatikannya .

Nafas ditarik dalam - dalam sebelum satu ciuman dilabuhkan pada dahi Jessica . Selimut ditarik menutupi tubuh lemah milik Jessica .

[ To Be Continue ]

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 06, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PSYCHOPATH S2 [Min Yoongi]Where stories live. Discover now