Kaki Jessica terhenti apabila melihat keadaan ruang tamu rumah itu berselerak.Lucas yang turut berada disebelah Jessica memandang pelik dengan keadaan rumah itu.Tersentak mereka berdua saat melihat seorang lelaki berpakaian hitam berdiri betul-betul di tengah ruang tamu itu.Ditangan lelaki itu terdapat sebilah pisau yang dipenuhi dengan darah.
Darah yang terdapat pada pisau itu menitik membasahi lantai satu-persatu.Darah yang membasahi pisau itu dibawa ke mulutnya dan lidahnya dikeluarkan lalu darah itu dijilatnya.
Jessica memandang kearah Chanwoo yang tersandar pada dinding sambil tangan kirinya memandang bahu kanannya.Darah mengalir dengan banyak melalui celah jarinya itu.
Manakala NamJoon pula penuh dengan lebam pada wajahnya.Dia kelihatan tidak bermaya untuk bangun dari baringnya.
"Who're you?"soal Jessica sambil tubuhnya dilindungi dibelakang Lucas.
"Auw baby,you hurt me.Baru je beberapa bulan kita tak jumpa,sayang dah lupakan oppa.Sampai hati sayang.Sayang dah tak cintakan oppa ke?"soal namja itu bersama wajah yang dibuat-buat sayu.
"Aku tak kenal kau dan tak nak kenal kau.Jadi sila berambus dari rumah aku!?"lantang suara Jessica berbicara.
Wajah takut langsung tidak terpancar pada wajahnya.Yang ada sekarang ni hanyalah perasaan marah.
Marah apabila melihat keadaan Chanwoo yang langsung tidak bermaya itu.Dan marah dengan keadaan rumah yang sebelum ini bersih dari sebarang kotoran tetapi sekarang sudah kotor akibat dibasahi darah.
"Argh chagi ni sejak tinggal semula dengan Chanwoo ni,chagi semakin biadap dengan oppa.Ingat sikit yang oppa ni suami chagi."kata lelaki itu dengan penuh lembut sambil dia melangkah menghampiri Jessica dan Lucas.
Pisau yang terdapat didalam gengamannya dilepaskan ke lantai.Tajam anak mata Jessica menikam anak mata namja itu.
Tubuh Lucas yang berada dihadapannya ditolak ke tepi dengan lembut.Tersentak Lucas sebaik sahaja melihat tindakan Jessica.
"Excuse me,sir.I don't know who you are and I don't want to know.Listen here.Kau cakap kau suami aku kan?Kalau kau tak nak ceraikan aku,aku akan failkan kes penceraian kita ke mahkamah.Aku pasti kau tak nak malu bukan.Jadi kalau kau tak nak malu,aku nak kau tandatangan surat ni."sekeping fail dibaling ke wajah namja itu.
Wajah dingin Jessica menikam anak mata namja itu.Sekelip matanya sahaja Jessica yang sebentar tadi ceria dan lembut berubah menjadi dingin dan biadap.
Namja itu memejamkan matanya apabila sekeping fail mengenai tepat pada wajahnya.Nafasnya naik turun naik apabila melihat sikap biadap Jessica itu.
"Kau tak akan berani untuk failkan kes penceraian kita ke mahkamah.Aku kenal kau,Jessica."balas lelaki itu sehabis tenang.
Api kalau berlawan dengan api akan menjadi lebih marak.Api harus berlawan dengan air barulah ia menjadi lembut semula.
"Siapa cakap aku tak berani?Aku lebih dari berani."balas Jessica bersama senyuman sinis.
"Kau!!"tajam anak mata lelaki itu menikam anak mata Jessica.
Rahang Jessica dicengkamnya dengan kuat sehingga membuat Jessica mengaduh kesakitan.Tangannya yang satu lagi membelai pipi Jessica dengan lembut.
Serentak dengan itu,satu pucuk pistol diarahkan ke kepalanya.Tertawa kecil lelaki itu sebaik sahaja melihat tindakan pantas Lucas itu.
"Berundur."arah Lucas sambil pistol diarahakan tepat pada kepada lelaki itu.
Rahang Jessica yang dicengkamnya dilepaskan dengan kasar.Wajahnya terus dipalingkan menghadap Lucas.
Anak matanya menikam anak mata Lucas.Dingin sahaja dia saat memandang wajah lelaki dihadapannya itu.
"Kau ni betul-betul menyusahkan aku,budak.Kau tu budak-budak lagi.Jangan nak masuk campur dalam hal rumah tangga aku."kata lelaki itu lalu menepis pistol Lucas dengan selamba.
"Ingat sayang yang Jessica hanya diciptakan buat Yoongi.If I can't get you, no one can get you."pesan lelaki itu sambil memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam kocek seluar.
Dia terus melangkah pergi tanpa memandang kearah Jessica.Jessica mengeluh perlahan sebelum dia berlarikan Chanwoo yang lemah akibat kehilangan darah yang banyak.
"Lucas,sediakan kereta.Kita kena ke hospital dengan segera."arah Jessica bersama wajah cemas.
Lucas tanpa berkata apa-apa terus berlalu.Pipi Chanwoo ditepuk Jessica dengan lembut.
_________________________________________
Doktor Nahee membalut bahu Chanwoo yang luka dengan perlahan.Wajah Chanwoo kadang-kadang berkerut menahan sakit.
NamJoon pula sedang dirawat pada kepalanya yang luka.Wajah lelaki itu kelihatan kosong tanpa riak.
Jessica menjeling Chanwoo dan NamJoon sekilas.Lucas pula menyandarkan badannya pada dinding bilik rawatan itu.
Mereka bukanlah berada di hospital tetapi klinik.Jessica dan Lucas yang hendak membawa mereka berdua ke hospital terpaksa mengalah apabila Chanwoo dan NamJoon mendesak agar mereka berdua dibawa ke klinik sahaja.
"Apa yang dia buat dekat rumah kita,tadi?"soal Jessica setelah sekian lama mendiamkan diri.
"Kau rasa dia cari siapa kalau bukan isteri dia?"NamJoon menjongketkan keningnya kearah Jessica.
Jessica menjeling NamJoon sekilas.Tangannya memeluk tubuhnya sambil memandang kearah Chanwoo.
"Saya dah boleh balikkan?"soal Chanwoo sambil mengurut-ngurut bahunya yang terasa lenguh.
"Ye,Encik berdua boleh balik selepas ambil ubat dekat kaunter.Pastikan makan ubat ikut waktu,ye."kata Doktor Nahee dengan penuh lemah lembut.
Chanwoo menganggukkan kepalanya perlahan sebelum bangun dari duduknya.Dia melangkah keluar dari bilik itu diikuti NamJoon,Lucas dan Jessica.
"Hansome nye."bisik Doktor Nahee sambil memegang pipinya.
Wajahnya merah menahan malu.Perlahan kepalanya digelengkan sebelum dia menyambung menulis sesuatu diatas kertas putih yang terdapat diatas meja itu.
_________________________________________
♥To Be Continue♥
YOU ARE READING
PSYCHOPATH S2 [Min Yoongi]
Mystery / ThrillerRumah tangga yang dibina hancur berantakan.Yoongi rela mengejar cinta gadis lain dari mengejar cinta isterinya. Demi dendam terhadap Yoongi, 'dia' sanggup menghancurkan rumah tangga yang terbina.Demi cinta Jessica, 'dia' sanggup melakukan apa sahaja...