NamJoon,Jin,Jhope,Jimin,JungKook dan Taehyung duduk mengelilingi sebuah meja.Masing-masing berpandangan saat melihat wajah sugul NamJoon.
Buat kali pertama,lelaki itu kelihatan tidak mempunyai semangat.Banyak kali juga lelaki itu mengeluh dihadapan mereka.
"Hyung."panggil Taehyung bersama wajah serba salah.
Lelaki itu langsung tidak menyahut.Dia kelihatan dalam dunianya sendiri.
Bersama rambut kusut dan tak terurus membuatkan wajah kacak lelaki hilang.Jin mengeluh perlahan sebelum menghentak meja dengan kuat.
"Kenapa?"soal NamJoon bersama wajah terpingga-pingga.
"Kenapa?Kau tu yang kenapa?Aku nampak kau macam kusut.Kau ada masalah ke?"soal JungKook dengan penuh prihatin.
"Mana ada aku kusut."kata NamJoon sambil mengukirkan senyuman tidak ikhlas.
"Jangan nak tipu kami,NamJoon.Kami kenal kau dari kecil NamJoon.Kita membesar bersama."kata Jin bersama wajah serius.
NamJoon mengeluh perlahan saat mendengar kata-kata Jin itu.Satu-persatu wajah sahabatnya dipandangnya.
"Jessica."kata NamJoon sepatah.
Wajahnya diraup perlahan.Bertambah berkerut wajah masing-masing saat mendengar ayat NamJoon.
"Dia dah pergi."tersentak wajah masing-masing saat mendengar ayat NamJoon.
"Kau tak halang dia?Kau tahukan kalau Yoongi tahu habislah kita."kata Jimin bersama wajah tidak percaya.
"Aku...."NamJoon mengeluh perlahan.
Dia tidak dapat berfikir dengan baik.Kalau sebelum ini dia terkenal didalam kumpulannya kerana dia bijak dalam menyusun strategik.
Tapi buat kali pertama,dia tidak dapat berfikir dengan baik.Jimin,JungKook,Jhope,Jin dan Taehyung saling berpandangan.
"Aku tak boleh.Aku dah tak sanggup nak lukakan hati dia." kata NamJoon sebelum menundukkan wajahnya.
Jin,Jhope,Jimin,JungKook dan Taehyung saling berpandangan saat mendengar ayat yang keluar dari mulut NamJoon itu.Masing-masing jelas menayangkan wajah tidak percaya.
"NamJoon,kau..."Jhope tidak menghabiskan kata-katanya.
"Aku dah anggap dia macam adik aku.4 tahun aku hidup dengan dia cukup membuatkan aku sayang dia.Aku tak sanggup."kata NamJoon sambil meraupkan wajahnya.
Masing-masing terdiam mendengar kata-kata NamJoon.Jimin mengangguk wajahnya perlahan.
Dia faham perasaan tu.Perasaan seorang abang kepada adiknya.
"Aku sebenarnya ada sesuatu nak bagitahu korang."kata Jimin setelah sekian lama mendiamkan diri.
"Apa dia?"soal Taehyung yang sejak dari tadi hanya mendiamkan diri.
"Sebenarnya Jessica hilang ingatan."kata-kata Jimin itu menyentakkan mereka berlima.
"Apa maksud kau?"soal JungKook bersama wajah berkerut.
"Sebelum ni dia menghilangkan?Dia sebenarnya ada dekat hospital.Koma.Dia kemalangan."kata Jimin sambil memandang wajah sahabatnya satu-persatu.
"Kenapa kau tak bagitahu kami."kata Jhope bersama wajah tegang.
"Sebab sebelum korang hanya menyebelahi Yoongi.Aku tak nak apa-apa terjadi dekat Jessica.Lagipun sebaik sahaja dia sedar dari koma,dia disahkan hilang ingatan."kata Jimin sambil mengeluh perlahan.
"Siapa langgar dia?"soal NamJoon setelah sekian lama mendiamkan diri.
"Min,perempuan kesayangan Yoongi.Dia upah orang untuk langgar Jessica.Sepatutnya sampai mati tapi nasib menyebelahi Jessica.Dia masih lagi hidup."kata Jimin sambil memandang wajah rakannya satu-persatu.
"Patutlah sebelum ni kau nampak lain bila kami bercakap tentang Jessica dan Yoongi."komen Jin sebelum turut mengeluh.
"Maaf.Buat kali ni,aku akan menyokong Jessica."kata NamJoon lalu bangun dari duduknya.
"Hyung."JungKook memandang langkah NamJoon bersama wajah tidak percaya.
"Me too."kata Jin sebelum bangun dan melangkah pergi.
Jimin turut mengikuti langkah Jin dan NamJoon.JungKook,Jhope dan Taehyung saling berpandangan.
________________________________________
Yoongi melangkah masuk ke dalam rumah banglo milik BTS itu sambil memeluk Min.Suasana yang sunyi itu membuatkan wajahnya berkerut.
Kebiasaannya waktu-waktu sebegitu pasti bunyi Jin yang memasak akan memecahkan suasana.Jimin,JungKook dan Taehyung yang bergaduh semasa bermain permainan dihadapan televisyen.
Namun kini suasana sunyi yang menyelaputi rumah itu.Entah kenapa suasana yang sunyi itu membuatkan hatinya tidak tenang.
Perlahan pelukan pada pinggang Min dilepaskannya.Dahi Min diciumnya sebelum Min melangkah ke bilik Yoongi.
Bersama langkah perlahan,Yoongi menuju ke ruangan dapur.Kelihatan Jin yang sedang memasak tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.
Berkerut dahinya saat melihat tingkah Jin yanga agak pelik itu.Perlahan Yoongi menarik kerusi lalu duduk sambil matanya tidak dialihkan dari memandang Jin.
"Kenapa harini sunyi je?Mana yang lain?"soal Yoongi sambil matanya memandang tingkah laku Jin yang agak cekap memotong sayur-sayuran dalam masanya sama dia menggoreng sesuatu di dalam kuali.
"Entah."jawab Jin acuh tidak acuh.
Berkerut dahi Yoongi saat melihat reaksi Jin yang agak dingin itu.Kebiasaannya Jin bukanlah seorang yang berpewatakan dingin.
"Apa kena dengan kau ni?"soal Yoongi sambil matanya tajam menikam anak mata Jin.
Jin mengeluh perlahan sambil berhenti dari memotong sayur-sayuran.Wajah Yoongi dipandangnya bersama wajah dingin.
"Nothing.Dahlah jangan kacau aku.Pergilah berasmaradana dengan kekasih hati kau tu."sindir Jin lalu memaling tubuhnya dari menghadap Yoongi.
Bertambah berkerut dahi Yoongi sebaik sahaja mendengar sindiran Jin itu.Tak akan Jin cemburu dengan dia hanya disebabkan Min?
Ye,dia tahu yang Min ramai peminat.Lagipun wanita itu merupakan model.
Tak akan Jin sukakan Min?Tapi sebelum ni lelaki itu kelihatan baik sahaja.
Perlahan kepalanya digelengkan sebelum dia bangun dari duduk lalu melangkah pergi.Jin mengeluh perlahan sambil memandang sepi pemergian Yoongi itu.
"Bila kau nak sedar Yoongi?"soal Jin dengan perlahan.
_________________________________________
♥To Be Continue♥
Story ni patut berakhir dengan happy ending atau sad ending.Aku rasa macam nak buat sad ending je.
Apa pendapat korang?Sad or happy?
YOU ARE READING
PSYCHOPATH S2 [Min Yoongi]
Mystery / ThrillerRumah tangga yang dibina hancur berantakan.Yoongi rela mengejar cinta gadis lain dari mengejar cinta isterinya. Demi dendam terhadap Yoongi, 'dia' sanggup menghancurkan rumah tangga yang terbina.Demi cinta Jessica, 'dia' sanggup melakukan apa sahaja...