Perlahan-lahan pintu bilik Jessica dibuka dari luar.Jessica yang pada waktu itu sedang tidur lena langsung tidak menyedari apabila pintu biliknya dibuka.Seorang lelaki berjalan perlahan-lahan menghampiri Jessica.Wajah polos Jessica ditenungnya dengan penuh minat.
Tangannya naik mengelus wajah polos itu perlahan.Tersenyum dia apabila melihat tubuh gadis itu bergerak-gerak apabila diganggu.
"Wake up,baby."tangannya mengelus rambut Jessica perlahan.
"Hmmm."tersenyum dia saat melihat Jessica yang menguman perlahan tapi dia langsung tidak bangun dari lenanya.
"Sayang."bisiknya perlahan.
"Hurm."
"Bangun sayang."
Jessica mengeliatkan tubuhnya perlahan.Terbuntang matanya apabila melihat Jonghyun berada didalam biliknya.
"Jonghyun!?"hampir sahaja Jessica ingin menjerit.
Pantas sahaja dia bangun dari baringnya.Tangannya pantas mencapai selimut bagi menutup tubuhnya yang agak terdedah.
Jonghyun menggaru batang lehernya bersama senyuman pendek.Jessica memandang tubuh Jonghyun bersama wajah tidak percaya.
"Apa awak buat dekat dalam bilik saya,Jonghyun."kecil besar kecil besar sahaja Jonghyun pada penglihatannya.
"Saya sebenarnya nak kejutkan awak.Saya nak ajak awak keluar."kata Jonghyun bersama senyuman pendek.
"Perlu ke sampai masuk bilik saya?"tajam anak mata Jessica menentang anak mata Jonghyun.
"Chanwoo yang suruh saya kejutkan awak."balas Jonghyun sambil menggaru batang lehernya bersama senyuman janggal.
Jessica mengeluh perlahan sebelum matanya tajam menikam anak mata Jessica.Berkerut dahi Jonghyun apabila Jessica memandangnya begitu.
"Habistu awak tak reti keluar ke?"soal Jessica sambil memandang Jonghyun tajam.
"Argh maaf."sekali lagi senyuman janggal dilemparkan sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu.
Pintu bilik ditutupnya dengan perlahan.Jessica tertawa kecil melihat wajah serba salah Jonghyun itu.
"Cute."bisik Jessica perlahan sambil tertawa kecil.
Jessica melangkah menuruni anak tangga dengan penuh berhati-hati.Langkahnya terhenti apabila melihat Jonghyun sedang berbual-bual dengan Chanwoo,Yonghwa dan Daehyun.
Perbualan meraka berempat terhenti apabila melihat kelibat Jessica dihujung tangga.Jonghyun terpana saat melihat Jessica.
Yonghwa dan Daehyun hanya tersenyum melihat gelagat Jonghyun itu.Manakala Chanwoo mengelengkan kepalanya perlahan.
"Jadi apa yang korang bincangkan?"soal Jessica sambil menjongketkan sebelah keningnya.
"Jonghyun nak bawa saeng keluar.Oppa benarkan."kata Chanwoo sambil mengusap rambut Jessica perlahan.
Tubuh adiknya itu dipeluk sebelum dia melabuhkan satu ciuman di dahi Jessica.Daehyun dan Yonghwa mengelengkan kepalanya apabila melihat gelagat Chanwoo itu.
"Thanks oppa."balas Jessica sambil tersenyum manis.
Terpana Jonghyun saat melihat senyuman Jessica itu.Chanwoo tergelak sinis apabila melihat Jonghyun yang kaku itu.
"Ehem."perlahan sahaja suara Yonghwa sambil memandang wajah Jonghyun.
Tergelak kecil Jessica saat melihat Jonghyun langsung tidak bergerak.Daehyun tersenyum sinis sebelum tangannya naik memukul bahu Jonghyun dengan kuat.
Tersentak Jonghyun apabila bahunya terasa sakit.Memerah wajahnya apabila melihat dia menjadi perhatian mereka semua.
Perlahan tangannya naik mengusap batang lehernya.Senyuman janggal dilemparkan buat mereka berempat.
"Jom?"ajak Jonghyun bagi menghilangkan kejanggalannya.
"Let go."balas Jessica sebelum mereka berdua melangkah keluar dari villa itu.
"Nampaknya kau akan dapat adik ipar baru."kata Daehyun bersama senyuman sinis.
"Aku tak pasti.Yoongi tak akan berdiam diri."balas Chanwoo bersama wajah mendatar.
Terdiam mereka apabila mendengar nama Yoongi disebut oleh Chanwoo.Yoongi bukan mudah untuk dijatuhkan.
Tanpa mereka sedar, ada mata memerhati gerak geri mereka.Dia tersenyum sinis.
"Well kau sedang bermain dengan api Shin Jonghyun,Jessica Jung."bisiknya perlahan bersama senyuman sinis.
[ To Be Continue ]
YOU ARE READING
PSYCHOPATH S2 [Min Yoongi]
Misterio / SuspensoRumah tangga yang dibina hancur berantakan.Yoongi rela mengejar cinta gadis lain dari mengejar cinta isterinya. Demi dendam terhadap Yoongi, 'dia' sanggup menghancurkan rumah tangga yang terbina.Demi cinta Jessica, 'dia' sanggup melakukan apa sahaja...