PART 19

307 32 34
                                    


Hanbin melangkah masuk ke dalam Villa Jung's itu.Pengawal menunduk hormat kepadanya apabila berjalan dihadapan mereka.

Langkah dibawa menuju ke ruang makan.Kelihatan Chanwoo,Yonghwa dan Daehyun sedang makan sambil mulut mereka rancak berbual.

Perbualan mereka terhenti apabila melihat kelibat Hanbin.Bertiga memandang wajah Hanbin yang kelihatan agak tegang itu.

"What happen?"soal Chanwoo sambil menjongketkan keningnya.

"Kita kena pergi dari sini.Yoongi dah mulakan langkah."kata Hanbin dengan wajah tegang.

"Maksud kau?"Yonghwa menjongketkan kening kearah Hanbin.

"Di...."

Bang!!

Bang!!

Bang!!

Tersentak mereka berempat apabila mendengar bunyi tembakan itu.Lucas berlari kearah mereka berempat bersama wajah tegang.

"Kita diserang!!"katanya bersama nafas naik turun naik.

"Damn!!"wajah Chanwoo,Yonghwa dan Daehyun berubah tegang.

Pantas mereka bertiga bangun dari duduk lalu berjalan dengan pantas menuju ke ruang utama.Pergerakan mereka berlima terhenti apabila melihat satu susuk tubuh berdiri dihadapan mereka.

Dia memakai pakaian serba hitam dan kedua-dua belah tangannya memegang pistol.Darah menitik dari dagu tajamnya.

Matanya tajam menikam wajah mereka berlima bersama senyuman sinis.Wajahnya basah dengan darah.

"Min Yoongi!!"Chanwoo mengetap rahangnya kuat bersama wajah tegang.

Ruang tamu yang sebelum ini bersih menjadi basah dengan darah.Tubuh tidak bernyawa milik manusia memenuhi lantai itu.

"Hello,brother in law."senyuman sinis diukir Yoongi dengan selamba.

"Bastard!!Apa yang kau buat ni!!"soal Chanwoo bersama wajah tegang.

"Kau tak nampak?Aku sedang berseronok dengan membunuh."senyuman sinis tersungging di bibirnya apabila melihat Daehyun,Yonghwa dan Hanbin memandangnya seperti ingin membunuh.

"Keluar dari sini,Min Yoongi!!Sebelum aku hilang sabar!!"tengking Yonghwa bersama wajah bengis.

Yoongi tergelak kecil apabila mendengar kata-kata Yonghwa itu.Lama-lama gelak tawa dia memenuhi ruang tamu rumah itu.

Bulu roma Lucas dan Hanbin meremang apabila mendengar gelak tawa Yoongi itu.Lelaki itu betul-betul gila.

Dia boleh bergelak tawa sebaik sahaja dia membunuh orang.Bukan seorang yang dibunuhnya itu tapi hampir berpuluh-puluh.

Chanwoo,Yonghwa dan Daehyun kekal menayangkan wajah tegang mereka.Beberapa minit kemudian gelak tawa Yoongi mulai mati.

"Aku nak isteri aku."tajam anak mata Yoongi menikam anak mata Chanwoo.

"Kau masih tak faham atau apa!?Dongsaeng aku dah tak nak kau!!"tengking Chanwoo bersama mata memerah menahan amarah.

"Tch dia isteri.Aku ada hak untuk pastikan dia stay dekat sisi aku."balas Yoongi bersama wajah mendatar.

"Hak!?Pfffttt kau jangan buat aku ketawalah!!Hak kau dah hilang saat kau buat keputusan pilih kekasih kau tu!!Hak kau dah hilang saat kau bunuh anak kau sendiri!!Dan sekarang kau bercakap mengenai hak!!Boleh pergi mati!!"Chanwoo maju ke hadapan lalu kolar baju Yoongi yang dibasahi darah itu direntapnya dengan kasar.

Yoongi tersengih apabila mendengar kata-kata Chanwoo itu.Daehyun dan Yonghwa mulai resah apabila melihat wajah penuh makna Yoongi itu.

"Argh!!"

PSYCHOPATH S2 [Min Yoongi]Where stories live. Discover now