PART 06

241 27 1
                                    


Jessica melangkah masuk ke dalam sebuah mansion yang terdapat betul-betul diatas bukit itu.Matanya terus disapa sebuah potret keluarga yang terdapat pada dinding ruang tamu mansion.

Terdapat wajah Tuan Jung,Chanwoo dan juga dia.Hari ini tepat 2 minggu dia sedar dari koma dan dia baru sahaja dibenarkan keluar dari hospital.

Chanwoo berdiri disebelahnya sambil meletakkan bagasi pakaian Jessica ke lantai.Bahu dongsaengnya itu dipeluk dengan erat.

"Kenapa Yeon langsung tak boleh ingat pasal appa?"soal Jessica sambil matanya redup memandang mata Chanwoo.

"Jangan risau.Lama-lama Yeon akan ingat segalanya."dahi dongsaengnya itu dicium dengan penuh kasih.

"Wah dah balik rupanya anak perempuan tunggal keluarga Jung ni.Aku ingat kau dah lupa jalan balik ke mansion."satu suara menyentakkan Jessica serta Chanwoo.

Tajam anak mata Chanwoo menikam anak mata NamJoon.Entah kenapa perasaan benci wujud dalam dirinya sebaik sahaja melihat wajah lelaki itu.

Mungkin kerana perbuatan lampau lelaki itu masih lagi terngiang-ngiang didalam kotak memorinya itu.Jessica memandang wajah NamJoon bersama wajah berkerut.

Wajah oppanya dipandang bagi mendapatkan penjelasan.Entah kenapa dirinya tidak selesa apabila berada berhadapan dengan lelaki itu.

"Apa masalah kau,NamJoon?"soal Chanwoo bersama wajah tegang.

Mendengar nama NamJoon disebut Chanwoo membuatkan Jessica faham dengan situasi yang sedang melanda.Dia sudah mengetahui semua perkara tentang masa lampaunya sehinggalah dia koma akibat dilanggar.

Semuanya diceritakan oleh Chanwoo dan Hanbin. Dia tahu segala-galanya cuma dia tidak dapat mengingati apa-apa pun.

"Masalah aku cuma satu.Dongsaeng kau tu tak nak kembali kepada suami dia ke?Tak akanlah dia nak biarkan je suami dia berasramadana dengan perempuan lain?"keningnya dijongketkan kearah Jessica.

Entah kenapa dia merasakan ada sesuatu yang aneh pada Jessica.Wanita itu nampak lain.

Wajahnya juga kelihatan tenang sahaja.Pandangan mata wanita itu juga nampak dipenuhi kedukaan tetapi disembunyikan disebalik rasa kosong yang memenuhi fikirannya.

"Yeon,Yeon naik rehat ye.Nanti oppa bawa naik bagasi dengan makanan untuk Yeon.Dan bilik Yeon bercat warna merah."kepala Jessica diusap Chanwoo dengan lembut.

Jessica hanya mengangguk sebelum melemparkan senyuman manis buat Chanwoo.Chanwoo hanya memerhati langkah kaki Jessica yang menaiki anak tangga untuk ke tingkat atas itu.

Berkerut wajah NamJoon saat melihat tingkah laku Jessica serta Chanwoo yang kelihatan agak pelik.Chanwoo tanpa mengatakan apa-apa terus mengangkat bagasi dan berjalan pergi meninggalkan NamJoon seorang diri.

"Kau ada sembunyikan sesuatu dari kami kan,Chanwoo?"pergerakan kaki Chanwoo terus mati apabila mendengar pertanyaan NamJoon itu.

"Aku sembunyikan apa?Jangan nak mengarutlah,NamJoon.By the way,kawan kau tu dah tandatangan ke surat cerai tu?"soal Chanwoo tanpa memalingkan wajahnya kearah NamJoon.

"Kau tahu jawapannya,Chanwoo.Yoongi tak akan tandatangan surat bodoh tu.Lagipun sekarang ni dia tengah cari isteri dia."kata NamJoon sambil memandang belakang tubuh Chanwoo.

Chanwoo tertawa kecil sebaik sahaja mendengar ayat NamJoon itu.Entah kenapa dia merasakan ayat yang dituturkan oleh NamJoon agak lawak baginya.

Berkerut wajah NamJoon sebaik sahaja melihat Chanwoo yang secara tiba-tiba ketawa itu.Apa yang lawak sangat?

Perlahan-lahan Chanwoo memutarkan badannya bagi menghadap NamJoon.Matanya memerah menambahkan lagi tanda tanya dalam diri NamJoon.

"Dongsaeng aku tak akan kembali kepada kawan setan kau tu.Kalau aku terpaksa mati untuk dongsaeng aku,aku sanggup.Kawan kau tak layak untuk dongsaeng atas apa yang dia dah buat."kata Chanwoo bersama mata memerah.

Tangan kirinya digengam dengan kuat sehingga menampakkan urat-urat hijau pada lengannya.Berkerut wajah NamJoon sebaik sahaja mendengar ayat yang keluar dari mulut Chanwoo itu.

Tajam anak mata Chanwoo menikam anak mata NamJoon.Kali ini dia tidak main-main,dia akan melakukan apa sahaja untuk memastikan dongsaengnya itu tidak jatuh ke dalam tangan Yoongi lagi.
_________________________________________

Yoongi memandang pemandangan bandar Seoul itu bersama wajah kosong.Mulutnya pula sibuk menghisap rokok.

Entah kenapa pemandangan Bandar Seoul pada waktu malam langsung tidak mampu menenangkan hatinya.Tiba-tiba satu tangan melingkar pada pinggangnya.

"Oppa tengok apa tu?"soal si pemilik tangan bersama suara yang agak serak.

"Chagi rasa oppa tengok apa?"soal Yoongi pula sebelum membuang puntung rokok ke lantai.

Tangannya terus memeluk bahu wanita disebelahnya itu.Ciuman diberikannya buat wanita itu.

"Oppa termenung.Oppa ingatkan siapa?Jangan oppa ingat dekat isteri bodoh oppa tu pula."wanita itu memberi amarah sambil matanya menjeling Yoongi manja.

Yoongi tertawa kecil sebaik sahaja mendengar kata-kata wanita itu.Tangannya terus bergerak memegang wajah wanita itu.

"Buat apa oppa ingatkan perempuan tu sedangkan oppa dah ada Mei.Chagi segala-galanya kepada oppa.Chagi lupa ye.Oppa sanggup tinggalkan semua kemewahan oppa semata-mata untuk chagi."kata Yoongi sebelum bibirnya mencium bibir Mei.

Mei tersenyum manja sebaik sahaja mendengar ayat Yoongi itu.Tubuh lelaki itu terus dipeluknya dengan erat.

Bam!!

Bam!!

Bam!!

Bunyi ketukan yang agak kuat pada pintu bilik itu menyentakkan mereka berdua.Yoongi dan Mei saling berpandangan.

Brakk!!

Pintu bilik itu terus terbuka luas.Seorang lelaki yang memakai subang pada telinga kanan melangkah masuk diikuti beberapa orang anak buahnya.

"Who're you?"soal Yoongi bersama nada suara yang keras.

"Siapa kami tak kesah.Yang pasti,boss kami nak berjumpa dengan kau."kata lelaki itu nada suara yang tegang.

Tangan kanannya memegang pistol manakala tangan kirinya mengusap rambutnya.Tajam anak mata Yoongi menikam anak mata lelaki itu.

"Aku tak berminat nak berjumpa dengan siapa pun."tubuh Mei dipeluknya dengan erat.

Tersenyum sinis lelaki itu sebaik sahaja mendengar kata-kata Yoongi itu.Kakinya mengundur beberapa langkah ke belakang.

"Tangkap dia hidup-hidup dan perempuan biarkan dekat situ.Kita tak perlukan dia."arah lelaki itu dan serentak dengan itu anak buah dia terus menyerang Yoongi.

Setiap kali diserang,Yoongi pasti mengelak tanpa sempat menyerang balas.Apa yang kau agak apabila 10 orang lelaki menyerang kau secara serentak.

Tiba-tiba lehernya dipukul dengan sesuatu dengan keras.Dia terus jatuh melutut bersama mata yang berpinar-pinar.

Dia sempat melihat sepasang kasut dihadapannya sebelum dia pengsan tidak sedarkan diri.Lelaki yang memakai subang itu tersenyum sinis.

"Angkat dia ke kereta dan perempuan ikat dia dekat mana-mana.Aku tak nak dia rosakkan rancangan boss."arah lelaki yang memakai subang itu sebelum melangkah keluar dari bilik itu.

Tanpa sempat Mei melarikan diri,tubuhnya terus ditangkap.Satu tali dikeluarkan lalu tubuh model itu diikat dengan erat pada kerusi.

_________________________________________

To Be Continue

PSYCHOPATH S2 [Min Yoongi]Where stories live. Discover now