Jessica menyumbat segala jenis pakaiannya ke dalam bagasi.Peluh yang dibasahi wajahnya langsung tidak dihiraukan.
Siap sahaja pakaiannya dikemas pantas dia menuju ke bilik Chanwoo.Tanpa ketukan dia terus menerjah masuk ke dalam bilik itu.
Terkejut Chanwoo yang saat itu sedang memakai pakaian.Berkerut wajahnya saat melihat kelakuan dongsaengnya yang agak pelik itu.
Wanita itu tanpa berkata apa-apa terus menarik bagasi Chanwoo yang berada bawah katil keluar.Almari pakaian Chanwoo dibukanya lalu semua pakaian lelaki itu disumbat ke dalam beg bagasi itu.
"Apa yang Yeon buat ni?"soal Chanwoo bersama wajah pelik.
"Kita akan keluar dari rumah ni."balas Jessica tanpa memandang wajah Chanwoo.
Sebaik sahaja mendengar kata-kata Jessica itu,Chanwoo terus faham dengan kata-kata adiknya itu.Dia turut membantu adiknya itu untuk mengemas pakaiannya.
Sebaik sahaja selesai mereka berdua terus menarik bagasi masing-masing.NamJoon yang saat itu sedang menghirup kopinya tersentak saat melihat mereka berdua.
Pantas dia berdiri dan menghalang laluan mereka berdua.Tegang wajahnya saat melihat Jessica dan Chanwoo mengheret bagasi masing-masing.
Keadaan itu mengingatkan dia kembali pada kejadian 3 tahun lepas.Dimana Jessica dan Chanwoo cuba melarikan diri seperti ini tetapi nasib mereka tidak baik kerana kemalangan akibat tembakan yang dilepaskan oleh Yoongi telah membuatkan kereta mereka terbalik.
"Korang nak pergi mana ni?Jangan buat kerja gilalah!!"kata NamJoon bersama wajah tegang.
"Ke tepi!!Kami tak ada masa nak melayan kau."tubuh NamJoon di tolak Jessica dengan kasar.
NamJoon mengetap bibirnya menahan marah saat melihat tindakan biadap Jessica itu.Tangan Jessica terus dicengkamnya dengan kasar.
"Kau dah tak ingat ke apa yang berlaku 3 tahun lepas apabila kau cuba larikan diri.Kau hampir matilah,bodoh!!"kepala Jessica ditunjalnya dengan kasar.
Jessica mengetap bibirnya dengan marah.Matanya berapi saat memandang NamJoon.
Tanpa berkata apa-apa,Jessica terus menampar wajah NamJoon dengan kasar.Tergamam NamJoon dan Chanwoo melihat tindakan drastik Jessica itu.
"Jangan nak halang aku!!Kau bukan sesiapa pun dalam hidup aku!!"kata Jessica bersama wajah dinginnya.
Sekelip mata perangainya yang bagai kanak-kanak berubah menjadi dingin.Malah dalam anak matanya jelas memaparkan betapa dia bencikan lelaki di hadapannya itu.
"Kau."tajam anak mata NamJoon menikam anak mata Jessica.
Entah kenapa ayatnya mati begitu sahaja.Dia tidak sanggup untuk menyakiti hati wanita dihadapannya itu.
"Listen careful Kim NamJoon.Bagitahu kawan baik sehidup semati kau tu bahawa aku Jessica Jung tidak akan pernah kembali kepadanya.Kalau aku diberi pilihan antara mati atau hidup bersamanya.Aku lebih memilih mati.Dan kau!!"jari Jessica menunjal dada NamJoon.
"Tak ada hak nak halang aku.Bagitahu kawan kau selagi aku hidup,tak akan ada peluang kedua untuknya.Pegang kata-kata aku."kata Jessica dengan dingin sebelum menolak tubuh kaku NamJoon ke tepi.
Dia terus melangkah keluar dari rumah itu sambil mengheret bagasinya.Chanwoo hanya mengikut langkah Jessica sambil menjeling NamJoon sekilas.
Buat kali pertama,NamJoon tidak tahu sama ada dia patut memberitahu hal pemergian Jessica kepada Yoongi atau tidak.Dia tidak dapat berfikir dengan baik saat itu.
Perlahan wajahnya diraup sebelum dia melabuhkan punggung pada sofa.Rumah yang sunyi itu dipandang dengan wajah kosong.
Kebiasaannya rumah itu dipenuhi dengan gelak ketawa Jessica bersama Chanwoo.Namun saat ini,rumah itu kelihatan suram.
_________________________________________
"Dia dan Chanwoo dah keluar dari rumah tu."kata seorang lelaki yang memakai tindik pada telinga kanannya itu.
"Ada sesiapa halang dia?"soal lelaki yang duduk diatas kerusi kulit itu.
Tangannya memegang sepuntung rokok.Rokok itu dibawa ke bibirnya sebelum dihembus ke udara.
"Tak ada sesiapa.Pada mulanya NamJoon cuba menghalang tapi..."kata-kata lelaki itu terus terputus.
Dia seolah-olah berfikir sebentar sebelum mengeluarkan kata-katanya.Tajam anak mata lelaki yang duduk diatas kerusi kulit itu saat melihat sahabatnya itu seolah-olah serba salah untuk meneruskan kata-katanya itu.
"Dia macam serba salah nak menghalang Jessica.Mungkin perasaan sayang sebagai seorang abang mulai terbit dalam dirinya.Lagipun dia dah tinggal dengan Jessica selama 4 tahun.Siapa tak sayang sepupu sendirikan?Even sepupu tiri."sambung lelaki itu setelah sekian lama mendiamkan diri.
Tergelak besar lelaki yang duduk diatas kerusi kulit itu saat mendengar kata-kata sahabatnya itu.Berkerut dahi sahabat melihat boss merangkap sahabatnya itu secara tiba-tiba sahaja ketawa.
"Kim Tae Woo."tersentak wajah lelaki itu saat sahabatnya itu menyebut nama panjangnya itu.
Lelaki dihadapannya itu tidak pernah menyebut nama panjang mereka kecuali saat lelaki itu marah atau geram.Tajam anak mata lelaki itu menikam anak matanya.
"Jangan jadi terlalu naif.Kau bukannya bodoh sampai tidak kenal diaorang.Sejak bila BTS mempunyai hati nurani?Kau jangan buat aku ketawalah,Taewoo."kata lelaki itu sambil menikam anak matanya.
"Maaf.Mungkin aku yang silap menilai."kata Taewoo sambil menundukkan kepalanya.
"Kangsan."panggil lelaki itu secara tiba-tiba.
"Ye."sahut lelaki yang dipanggil Kangsan itu.
"Terus perhatikan mereka.Jangan sampai hilang jejak dia."arah lelaki itu tanpa sedikit pun memandang pada wajah sahabatnya itu.
Kangsan hanya mengangguk sebaik sahaja mendengar arahan itu.Lelaki itu terus membuang puntung rokok ke lantai lalu dipijaknya.
"Dan kau Royun.Terus perhatikan lelaki tak guna tu."kata lelaki itu lagi sebelum dia bangun dari duduknya.
Perlahan wajahnya dihadapkan ke cermin besar pejabat itu.Matanya menangkap kesesakan yang berlaku di Kota Seoul.
"Tak lama lagi kau akan jadi milik aku,Jessica."kata lelaki itu sambil tersenyum sinis.
________________________________________
♥To Be Continue♥
YOU ARE READING
PSYCHOPATH S2 [Min Yoongi]
Mystère / ThrillerRumah tangga yang dibina hancur berantakan.Yoongi rela mengejar cinta gadis lain dari mengejar cinta isterinya. Demi dendam terhadap Yoongi, 'dia' sanggup menghancurkan rumah tangga yang terbina.Demi cinta Jessica, 'dia' sanggup melakukan apa sahaja...