PART 07

226 22 1
                                    


Sebaldi air disimbah ke muka Yoongi tanpa belas kasihan.Terbatuk-batuk Yoongi dibuatnya apabila sebahagian air itu memasuki mulut serta hidungnya.

Berpinar-pinar matanya apabila secara tiba-tiba cahaya memasuki retina matanya.Belakang lehernya yang terasa sakit cuba diurut malangnya dia tidak dapat menggerakkan tangannya.

Pantas matanya menilik keadaan dirinya sendiri.Dia diikat secara terduduk diatas kerusi manakala tangan digari ke belakang.

Tajam matanya cuba menscan tempat yang didudukinya itu.Matanya menangkap sekumpulan lelaki memeluk tubuh sambil memerhati kearahnya.

Manakala seorang lelaki daripada mereka duduk diatas kerusi sambil menyilangkan kakinya.Matanya memandang Yoongi dekat tajam.

"Siapa korang ni,hah!?"Lepaskan akulah,sial!!"jerit Yoongi bersama wajah tegang.

Tangannya direntap beberapa kali tetapi langsung tidak berjaya malah tangannya mulai memerah.Mulutnya terkumat-kamit memaki hamun kerama tidak berjaya melepaskan diri.

Pandangan tajam yang diberikan oleh sekumpulan lelaki itu langsung tidak diendahkan.Yang dia tahu dia mahu bebas dari ikatan tali serta gari itu.

"Fuck."maki Yoongi apabila dia tidak berjaya untuk melepaskan dirinya.

"Dah selesai?"soal lelaki yang duduk diatas kerusi itu.

"Who're you!?Apa yang korang nak dari aku!?"soal Yoongi sambil mengetap giginya.

Tajam matanya menikam anak mata lelaki yang berdiri dihadapannya itu.Lelaki itu tersenyum sinis lalu bangun menghampiri Yoongi.

"What I want?Aku nak isteri kau dan aku nak kau mati macam kau bunuh adik aku."bisik lelaki itu sambil berbisik di telinga Yoongi.

"Adik?Siapa adik kau,hah!?"jerkah Yoongi bersama wajah bengis.

Rasa sakit pada pergelangan tangannya langsung tidak dihiraukan yang pasti dia mahu bebas dari ikatan serta gari itu.Lelaki itu tertawa sinis sebaik sahaja mendengar pertanyaan Yoongi itu.

Makin lama makin kuat ketawanya.Habis meremang bulu roma konco-konco,rakan-rakannya serta Yoongi mendengar ketawa lelaki itu.

"Kau tanya aku siapa adik aku!?Kau!!Lepas bunuh dia,kau boleh lupakan dia!!Dasar bangsat!!"jerkah lelaki itu dan serentak dengan itu satu tumbukan hinggap di wajah Yoongi.

Wajah Yoongi ditumbuknya berkali-kali sehingga lelaki itu jatuh terlentang akibat tidak dapat mempertahankan diri.Nafas lelaki itu naik turun naik akibat amarah yang membara.

"Uhuk....uhuk...kau...rasa...kalau...kau...bunuh...aku...sekalipun...adik...kau...akan...hidup...balik...ke?"kata Yoongi sambil terbatuk-batuk.

Darah mengalir keluar dari bibirnya yang pecah.Dia sempat lagi memberi lelaki itu senyuman sinis.

"Kau!!"kolar baju Yoongi ditarik lelaki itu dengan kasar.

"Sekurang-kurangnya aku puas sebab dapat bunuh kau dengan tangan aku sendiri."tubuh Yoongi yang terikat pada kerusi dihempasnya dengan kasar.

Dia terus memalingkan tubuhnya untuk berlalu.Namun,langkahnya terhenti apabila teringatkan sesuatu.

"Cantik betul isteri kau,Yoongi.Aku tak sangka yang kau ada isteri secantik dia.Argh tak sabar rasanya aku nak jumpa dengan dia."kata lelaki itu sebelum membuka langkah meninggalkan Yoongi yang terpempan mendengar kata-katanya itu.

"Tinggalkan dia dekat sini.Aku nak tengok dia boleh survive tak untuk hidup."arah lelaki itu sebelum melangkah keluar dari gudang itu.

Semua konco-konconya serta rakan-rakannya berjalan mengikut langkahnya.Yoongi yang terbaring diatas lantai itu langsung tidak dihiraukan.

"Kau tak guna!!Jangan kau berani sentuh isteri aku!!"jerit Yoongi sambil cuba untuk melepaskan diri.

Seorang lelaki yang memakai subang dikedua-dua telinganya berhenti melangkah.Dia tersenyum sinis mendengar ayat yang keluar dari mulut Yoongi itu.

"Isteri kau hidup atau mati pun kau tak kesah.Bile boss aku sebut pasal isteri kau tahu pula kau bengang.Dasar lelaki bodoh.Aku kesian dekat Jessica sebab bersuamikan lelaki macam kau."kata lelaki itu sebelum melangkah pergi meninggalkan Yoongi seorang diri.

"Sial!!"kata Yoongi bersama wajah memerah menahan marah.

________________________________________

NamJoon,Jimin,JungKook,Jin,Taehyung dan Jhope melangkah masuk ke dalam banglo dua tingkat itu.Mereka saling berpandangan sebaik sahaja merasakan suasana yang sunyi dari biasa.

Langkah kaki mereka terus dibawa menuju ke ruang tamu rumah itu.Pergerakan mereka terhenti apabila bunyi yang sangat kuat memecah kesunyian rumah banglo itu.

Prang!!

Prang!!

Prang!!Brak!!

Mereka berenama saling berpandangan sebelum membuka langkah menuju ke tingkat atas.Bilik Yoongi dituju mereka berenam.

Sebaik sahaja pintu bilik itu terbuka,kelibat seorang wanita terikat pada kerusi.Wanita itu memandang wajah mereka berenam dengan penuh kasihan bagi mendapat belas ehsan mereka berenam agar melepaskannya.

NamJoon berjalan menghampiri wanita itu bersama wajah dingin.Entah kenapa mood dia selalu ke laut apabila melihat wajah wanita itu.

Kain yang berada di dalam mulut wanita itu ditarik dengan kasar lalu kain itu dilempar ke lantai dengan kasar.Terjerit kecil wanita itu sebaik sahaja diperlakukan dengan kasar.

"Mana Yoongi?"soal NamJoon tanpa melepaskan ikatan pada tubuh wanita itu.

"Kalau ye pun,lepaskan aku dulu."kata wanita itu sambil mengerdipkan matanya berulang kali.

Perbuatan wanita itu kelihatan seolah-olah ingin menggoda NamJoon sahaja.Jin,Jhope,Jimin,JungKook dan Taehyung memandang wanita itu bersama wajah meluat.

"Aku tanya kau sekali lagi.Mana Yoongi!?"jerkah NamJoon bersama wajah memerah menahan marah.

"Aku tak tahu.Tiba-tiba je kitaorang kena serang dengan sekumpulan lelaki dan diaorang cari Yoongi.Yoongi tak nak ikut diaorang jadi diaorang serang kami.Yoongi pengsan tak sedarkan diri."kata wanita itu panjang lebar bagi mengelakkan dirinya dimarahi oleh NamJoon lagi.

"Taehyung,detect Yoongi ada dekat mana.Jimin,siapkan senjata dan Jhope sediakan kereta."arah NamJoon sebelum mengalihkan tubuhnya untuk berlalu.

"Wait,aku macam mana?"soal wanita itu bersama wajah risau apabila melihat mereka mulai hendak melangkah keluar dari bilik itu.

NamJoon langsung tidak membalas kata-kata wanita itu.Dia terus melangkah keluar diikuti rakannya yang lain.

"Yah!!Lepaskan akulah!!"jerit wanita itu bersama wajah bengang.

Tubuhnya yang berada diatas kerusi digerakkannya beberapa kali bersama jeritan tanpa henti.Tiba-tiba kerusi yang didudukinya tidak seimbang lalu jatuh terlentang ke belakang.

"Argh!!"jerit wanita itu dengan nyaring.

_________________________________________

To Be Continue

PSYCHOPATH S2 [Min Yoongi]Where stories live. Discover now