Urban Legend "Abigail Come Play"

19 1 0
                                    

Seorang budak perempuan bernama Abigail yang pernah tinggal di Plymouth, Massachusetts telah dibunuh dengan kejam sekitar tahun 1800an. Bapanya yang merupakan seorang pemancing dan sering berjauhan dengan Abigail. Abigail tidak pernah mempunyai hubungan yang baik dengan ibunya dan apabila bapanya meninggalkannya dengan ibunya, ia menjadi lebih teruk dan ibunya menjadi lebih kasar. Abigail sering gusar apabila bapanya meninggalkannya kerana dia takut akan apa yang ibunya akan lakukan kepadanya.

Tahun demi tahun beransur. Akhirnya pada suatu hari, ketakutannya menjadi realiti apabila bapanya tidak pulang selepas menyertai satu rombongan memancing. Ibu Abigail menyalahkan budak perempuan malang itu (Abigail) untuk kehilangan bapanya dan melepaskan geram ke atas budak itu. Pada satu malam, ibunya menjadi ganas lalu menikam budak perempuan itu (Abigail) dan membunuhnya.

Legenda mengatakan jikalau kamu berdiri di atas jalan yang berhadapan dengan rumah Abigail dan berkata "Abigail, Marilah Keluar Untuk Bermain", kamu akan melihat satu lembaga budak perempuan berdiri di tingkap sambil memandang ke arah laut untuk menunggu kapal bapanya tiba.

Cerita seram... 3Where stories live. Discover now