SERAM! Tandas di Tingkat Tiga Berhantu di UTP, Sri Iskandar, Perak

16 0 0
                                    

cerita dari seorang bekas pelajar UTP
nama aku Badrul.... aku ingin kongsikan suatu kejadian yang sangat seram dalam hidup aku di sebuah tandas di Universiti Teknologi Perak...Kisah ini berlaku dalam pertengahan semester pertama aku berada di UTP....

Pada suatu malam, ada sorang kawan aku bagi cadangan untuk studi di library.... Lagipula final exam dah dekat...elok benar la jika studi hard sekarang...waktu tu malam...pukul 8 malam....so, kami berempat pergi la ke library UTP...kalau korang nak tahu, library UTP ni tersangat la besar (takde la sangat), tapi memang besar dan unik...so, walaupun bila waktu dekat final exam, ramai orang akan ke library, tapi still akan ada jugak meja-meja kosong...di tingkat atas kadang-kadang kosong takde orang.... so, boleh bayang sendiri la betapa besarnya library UTP ni...

memang sangat selesa belajar di library ni, sebab suasananya tenang dan sejuk...untuk orang-orang yang bising suka berbincang bising-bising, atau yang suka mengajar kawan-kawannya, akan ada beberapa bilik khas yang perlu dibooking.ok so sambung cerita tadi...kami tinggal di asrama Village 4,, so agak jauh la dari Village 4 ke library.... nasib baik ada sorang member tu namanya Afiq, dia anak orang kaya... ayah dia bagi sebijik kereta MyVi untuk kegunaan belajar di UTP....so, kami naik kereta MyVi menuju ke library....

akhirnya sampai juge di library...ini adalah kali pertama kami masuk library untuk study group.......dipendekkan cerita,,, kami study di tingkat 3, sengaja kami study di tingkat atas walaupun kat bawah masih banyak kosong.... study punya study,,, waktu tu dah pukul 9.45 malam....tiba-tiba perut aku buat hal....banyak kali jugak la kentut....kali pertama kentut,, member2 aku pandang aku lain macam (maybe dalam hati diorang cakap aku tak senonoh kot).. kali kedua ak kentut lagi... member aku tutup hidung "Owohhh busuk err natang"...member aku tu orang Terengganu...orang Terengganu kebanyakan cakap lepas je..."gi kentut jauh, cilakak natang ni".......lepas tu kentut lagi, kentut dan kentut...aku pun cakap "errr mintak maaf...bila kita nak balik ni? aku sakit perut.."...sorang member aku cakap, "mungkin lewat kot...pukul 12 lah kita balik....ko sakit perut nak berak ke? pergi la tandas kat sana tu ha", sambil menunjukkan satu signboard tandas di hujung floor itu (Takde la hujung, tapi agak jauh la dari meja kami)....

Aku pun apa lagi, dengan laju aku berjalan ke tandas tersebut...masuk je tandas, sempat lagi dalam hati aku berkata "woww, cantik juge tandas ni, bersih dan selesa"...masuk je kubikel tandas tu,,, bukak seluar, cangkung, "prakkkkkkkkk", keluar la segala tahi yang dah terkumpul nak keluar tadi...tapi waktu tu masih lagi sakit, so aku cangkung lagi,,tunggu lagi....sambil-sambil berak tu, aku tengok la sekeliling kubikel tandas tu..kubikel tandas ni tertutup di bahagian atas,,, udara-udara yang busuk akan dikeluarkan melalui exhaust fan dalam setiap kubikel tu,, so takde la orang boleh intai dari atas....cumanya di bahagian bawah kubikel tandas tu (di pintu), tidak tertutup,, so boleh nampak la kaki orang berjalan masuk tandas....

tengah-tengah nikmat aku melabur, tiba-tiba aku terdengar bunyi seakan-akan orang perempuan menangis...sayup-sayup je bunyinya,,,makin lama, makin dekat.... "Eeeeiikkkk"....."Pammm"....bunyi pintu tandas terbuka dan tertutup.....dan waktu tu aku dengar jelas suara seorang perempuan menangis......menangis teresak-esak, macam orang baru putus cinta...aku pun dalam hati "apa minah ni masuk tandas laki??? ke aku yang salah tandas?"....bunyi tangisannya makin dekat...makin dekat...alangkah terkejut pantetnya aku apabila terlihat kaki seorang perempuan yang sangat pucat (seperti tiada darah mengalir), lalu depan kubikel tandas aku.....dan yang paling menakutkan aku adalah, perempuan tu terapung!!! kakinya tak menyentuh lantai!!!aku hanya nampak kaki dan kainnya sahaja...aku memang tersangat terkejut pantet beruk makyeh...apa-apa pun, aku cuba diamkan diri..aku taknak dia tahu aku ada dalam kubikel tandas tu

....

dia hanya lalu dan pergi ke kubikel yang paling hujung...aku pulak di kubikel paling first selepas masuk tandas...usah cakap la betapa takutnya aku masa tu,,, tapi aku diam je....nasib baik dalam tandas tu ada tisu...biasanya aku guna air untuk basuh dubur aku ni...kali ni aku guna tisu, lap segala apa najis di dubur aku ni...dan aku bangun, pakai seluar.....aku cuba tak hasilkan sebarang bunyi...perempuan tu masih menangis...waktu tu aku memang pikir nak lari keluar je....

Cerita seram... 3Where stories live. Discover now