Bungkusan Maut

6 0 0
                                    

Penulis : Nazirul Syazwan
  Jam di dinding menunjukkan tepat jam 10 malam. Kelihatan Mat baru sahaja menghabiskan pelan lantai bagi pameran di "Muzium Lama Seri Kenanga" yang hendak dibentangkannya esok. Mat bingkas bangun menuju ke arah mesin air untuk membeli sebotol mineral kerana tekaknya terasa pedih dari tadi menahan dahaga. Mat kemudian terdengar bunyi pili air dibuka di dalam tandas yang jaraknya hanya beberapa meter dari kawasan mesin air tersebut. Mat mula merasa hairan dan terus berkata,
"Siapa tu? Kenapa tak balik lagi?"
  Namun pertanyaan Mat tidak dijawab dan kemudian Mat terdengar bunyi pintu tandas ditutup dengan kuat sekali. Mat mula berasa tidak sedap hati lalu dia pergi masuk ke dalam tandas untuk melihat. Dia memeriksa tandas tersebut dan kelihatan pintu tandas yang berada di hujung sekali ditutup rapat. Dia bertanya sekali lagi,
"Ada orang ke tidak dalam tandas itu?. Ini aku Mat Kurator Muzium ini. Kalau kau pencuri baik kau keluar sekarang sebelum aku telefon polis."
Namun tiada sebarang suara kedengaran.
Mat mula risau kalau-kalau orang itu perompak atau pencuri yang menceroboh masuk. Mat mencapai batang mop di dalam tandas itu dan mula berjalan ke arah tandas. Dia menendang pintu tandas tersebut dan dia lega kerana tiada sesiapa di dalam.
"Habis siapa yang buka pili air dan tutup pintu ini."
Bisik Mat sendiri.
  Tiba-tiba, titisan cecair merah hinggap ke pipi Mat, dia hairan kerana cecair tersebut kelihatan pekat seperti darah. Muka Mat mula menjadi pucat dan dia merasakan titisan tersebut datang dari atas kepalanya. Perlahan lahan dia menoleh ke atas.
  Alangkah terkejutnya Mat apabila melihat sesusuk tubuh yang berbungkus bertenggek di atas dinding antara dua tandas sambil membongkokkan badannya memandang ke arah Mat. Wajahnya yang sudah hancur dimamah ulat dan kelihatan masih berdarah membuatkan Mat merasa mula merasa kecut dan takut.
  Mat kaku dan merasa kakinya berat untuk berlari keluar dari situ. Makhluk berbungkus tersebut tidak bergerak dan tiba-tiba ghaib begitu sahaja. Mat kemudian membuka langkah seribu menuju ke pejabatnya.
  Kemudian mengunci pintu pejabatnya dan mula mengemas barang-barangnya untuk pulang. Kemudian kedengaran pintu pejabatnya seperti dilanggar sesuatu. Bukan diketuk namun bagaikan ada sesuatu yang menghentakkan seluruh badannya ke arah pintu pejabat itu. Hentakan itu semakin lama semakin kuat kedengaran.
"Matilah aku, pocong itu masih cari aku?."
Bisik Mat di dalam hatinya.
  Mat kemudian terfikir untuk keluar melalui tingkap kerana dia tidak mahu menjadi mangsa pocong tersebut. Mat kemudian berlari ke arah tingkap dan menuruni tingkap tersebut perlahan-lahan. Kaki Mat terseliuh kerana dia tidak mendarat dengan betul lalu dia terbaring seketika menahan kesakitan. Mat menoleh ke kiri untuk mencari di mana beg bimbitnya.
  Alangkah terkejutnya dia kerana melihat pocong tersebut sedang berbaring di sebelahnya. Matanya yang merah memandang tepat ke arah Mat. Mat kemudian bingkas bangun menuju ke kereta. Walaupun kakinya sakit namun ditabahkan juga hati dek kerana takut akan pocong tersebut. Langkah Mat kemudian terhenti apabila melihat pocong tersebut sedang duduk di kerusi pemandu keretanya. Pocong itu memalingkan mukanya ke arah Mat sambil tersenyum
  Ketakutan mula menguasai dirinya dan sudah tiada cara lain, Mat terus meredah semak di belakang Muzium tersebut kerana tidak jauh dari situ ada lebuh raya besar. Mat berjalan selaju yang dia boleh dan kelihatan pocong tersebut melompat-lompat mengejar Mat dari belakang.
"Mattttt... Nak lari ke mana tu...."
Suara garau pocong tersebut memecah kesunyian malam tersebut.
  Mat merasakan peluh dingin telah membasahi muka dan seluruh badannya. Kemudian Mat tersadung sesuatu dan jatuh terjelopok ke atas tanah. Alangkah terkejutnya Mat apabila melihat batu nisan berada di sekelilingnya. Dia kini sedar yang dia sudah sesat sehingga termasuk ke dalam tempat perkuburan lama di belakang Muzium tersebut.
  Mat bingkas bangun dan cuba untuk berjalan namun dia kemudian telah dilanggar oleh pocong tersebut........

Cerita seram... 3Where stories live. Discover now