Ailurophobia

17 1 0
                                    

Kita kalau dalam hidup ini takut kepada sesuatu itu fitrah. Dan dalam kata laen takut ini boleh disama ertikan dengan fobia. Kita takut melakukan sesuatu bermaksud fobia terhadap sesuatu. Kadang-kadang fobia ini ada yang boleh dikawal tetapi kebanyakan mereka yang fobia tidak mampu mengawal dan mengurus fobia mereka. Fobia ini ada banyak cabang dan jenis-jenisnya. Tetapi malam ini admin nak ketengahkan tentang Ailurophobia.

Ailurophobia ini bermaksud fobia atau takut terhadap kucing. Dan lebih pelik dan hairan,kucing ini sendiri tertarik kepada mereka. Berdasarkan pengalaman admin bertemu dengan mereka yang Ailurophobia kerana ada perkara sewaktu kecil yang berlaku kepada mereka. Dan bila mereka menginjak dewasa,fobia ini akan kekal. Kebanyakkan bila admin tanya mengapa masih taku,mereka jawab geli dengan bulu,sensitif dan sebagainya. Tetapi ade juga yang disebabkan 'sesuatu'. Nak tahu apa bende? Baca post-post ini. Mungkin terjadi juga pada anda atau keluarga anda.

Pernah tak korang pergi ke Bandar Raya Kuching? Kalau korang pergi,mesti kat tengah-tengah Bandar Raya tuh korang akan nampak dan sedar ada patung kucing banyak-banyak dan besar-besar. Di situlah segalanya bermula Ailurophobia adik aku.

Malam tuh kitaorang dibawa berjalan-jalan sekitar Bandar Raya Kuching. Selepas penat berjalan-jalan kitaorang stop sekejap dekat patung tuh. Kitaorang duduk,borak dan ada tangkap gambar sedikit.

Tapi,masa mula-mula kitaorang sampai,apa yang aku perasan adik aku pada mulanya tak nak keluar dan mata dia pandang tepat dan tajam pada patung-patung tuh. Aku tak fikir ape pon sebab budak-budak umur 3 tahun. Memang macam tu. Jadi aku biarkan sahaja. Ayah aku yang pujuk bawa dia keluar.

Masa kitaorang borak,duduk dan tangkap gambar,adik aku masih pandang pada patung-patung itu. Aku dah naik pelik dah. Tiba-tiba adik aku datang tarik-tarik baju aku lepas tu kata, "Abang,patung-patung tu memang pandang adik ke? Diorang pandang tajam je. Adik takut."

Huh. Aku dah seriau. Habis arr. Apasal tiba-tiba bagitahu aku nih. Aku pandang belakang perlahan-lahan pada patung tu. Hem,nampak normal je. Tapi ade arr terasa orang pandang. Lepas tuh aku ajak keluarga aku balik.

Malam tu masa kat bilik,adik aku mengigau dan tentu pasal. Jerit-jerit. Aku pun fikir takkanlah sebab bende tadi tuh kot. Tapi keluarga aku buat-buat tak tahu. Mereka fikir bende normal. Tapi bagi aku paranormal nih. Esoknya kitaorang balik ke Kuala Lumpur. Fikir dah abis dah bnde tuh tapi malam tuh bende sama jadi sampailah 3 malam berturut-turut. Datuk aku sarankan jumpe orang-orang syifa'.

Keluarga aku pon bawaklah. Sampai-sampai dah dibaca ayat ruqyah,ustaz tuh tanya, "Ade ke bawak budak nih ke tempat tinggi-tinggi ke tempat ade patung ke?". Ayah aku cakaplah ade. Ustaz tuh pon cakap, "Patutlah. Budak nih kene sergah dan bende tuh cuba nak main dan berkawan dengan budak nih. Mujur budak nih tak terima. Kalau tak makin parah jadinya."

Sejak tuh adik aku takut dengan kucing sebab fikir kucing tuh yang kacau dia.

Cerita seram... 3Where stories live. Discover now