Haiwan2 pengesan makhluk halus

19 0 0
                                    

Antara 5 haiwan yang di katakan boleh mengesan kehadiran makhluk halus ni adalah..

1. Burung hantu

mentang2 nama dia burung hantu.. hangpa pun nak kaitkan dia dengan hantu jugak. Tapi burung hantu ni rupa pun agak menyeramkan & dia pun jenis hidup waktu malam jer. Antara kepercayaan yang karut atau mitos ni adalah.. Bila dengar suara burung hantu, harus segera masuk kerumah atau menjauhi tempat burung hantu bertenggek. Kononnya kalau kita tetap berada di tempat yang berdekatan dengan burung hantu akan menerima gangguan dari makhluk halus. Katanya boleh menyebabkan histeria jugak. Menurut orang tua tua.. bila burung hantu berbunyi ia petanda ada makhluk halus disitu.

2. Ayam Jantan

Mitos tentang ayam jantan yang boleh mengesan kehadiran makhluk halus ni adalah.. Katanya kalau ayam jantan ni berkokok di waktu tak sepatutnya macam malam hari tu petanda kehadiran makhluk halus kat situ. Ni kira greeting la kot.. nak menyambut makhluk halus yang datang bertandang hahaha...

3. Anjing

Yang ni ramai orang percaya. Tapi bunyi anjing ni ada macam2 tone tau. Kalau tone dia nampak makhluk halus tu dengar macam sayup sayup jer... Kalau kita dengar pun meremang bulu roma. Kalau setakat dia menyalak macam menyampah tengok muka kita lain bunyinya. Ada mitos yang mengatakan anjing dapat berinteraksi dengan makhluk halus.

4. Burung Gagak

Menurut kepercayaan sesetengah orang kalau burung gagak tiba2 berbunyi riuh berdekatan dengan rumah menandakan ada orang yang meninggal dunia. Selain boleh mengesan kematian, burung gagak jugak dia anggap haiwan yang sial. Sampai hati tau labelkan burung gagak macam tu walau dia agak pengotor. Ada orang percaya kalau burung gagak banyak di kawasan rumah mereka penghuni rumah boleh terkena sihir. Selain tu burung jugak di percayai sesetengah orang menjadi tumpangan atau tunggangan makhluk halus untuk datang mengganggu manusia.

5. Kucing Hitam

Sebagai pencinta kucing.. yang ni paling aku rasa mengarut. Selama dok bela kucing berbagai warna termasuk kucing warna hitam pekat melekat ni memang tak ada pun rasa ia ada kaitan dengan makhluk halus. Tapi kalau di eropah.. kucing hitam di percayai ada kaitan dengan makhluk halus sebab mereka percaya kucing hitam tu jelmaan ahli sihir. Yang biasa kita dengar mitos kalau kucing hitam langkah mayat.. adalah petanda tidak baik. Selain tu kalau kucing hitam mengiau bunyi macam sedih jer.. petanda kehadiran makhluk halus. Ada orang percaya.. setiap langkah kucing hitam tu sebenarnya dia ikut makhluk halus.

6. Cicak

Ada orang kata kalau cicak bunyi tu tempat tu ada la sesuatu yang menumpang atau tinggal terutama rumah la. Ni kira mitos yang agak popular jugak la...

7. Ikan PuyuI

kan puyu di memang terkenal dalam kepercayaan mitos orang2 melayu. Ada orang percaya selain ikan puyu mampu melindungi rumah dari di masukkan pencuri atau orang yang cuba nak guna ilmu pukau sebab katanya pukau takkan berjaya selagi ada benda hidup di dalam rumah yang masih berjaga. Kalau malam2 ni rasanya bukan ikan puyu je berjaga.. lipas pun banyak suka berjaga malam hahaha. Jadi selamat la kot kalau rumah tak ada ikan puyu tapi banyak lipas. ikan puyu sejenis ikan yang tidak tidur malam. Tapi setakat ni kepercayaan tu masih dalam kategori mitos. 

8. Angsa

Ni samseng paling Otai dalam kampung zaman aku kecik kecik dulu. Dia tak kira kau jahat ke baik ke hantu ke manusia.. semua dia kejar lepas tu dia sudu. Angsa di katakan haiwan yang sangat peka melihat daripada sudut jauh & dapat mengesan kehadiran makhluk halus atau jin khadam seseorang. Tapi macam biasa.. s

Cerita seram... 3Where stories live. Discover now