Rumah sewa

3 0 0
                                    

Ishra shafiqa Imtiaz:
‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Selamat sejahtera

Saya nak berkongsi satu lagi pengalaman tinggal di rumah sewa masa zaman study dulu.

Dijadikan cerita, masa minggu "stdy week" 5 org housemate sy balik kampung. Tinggal sy sorg dlm rumah. Hari pertama lg sy dah diganggu..

Hati pertama,

Bila menjelang maghrib, sy dengar bunyi gayung jatuh dr toilet tingkat atas. Bunyi org flush toilet.. Bunyi shower mandi... Sy mula tefikir, barangkali masih ada housemate yg x balik kg lg. Sy naik atas, pintu bilik dua2 berkunci. Sy bukak pintu toilet atas, tgk mmg xda apa2.

Masa turun tangga dr atas, dgr lg bunyi gayung jatuh. Sy biarkan aja. Terus sy ke bilik sy yg berada di dapur.

Bersiap2 utk mandi, masuk toilet nk berus gigi.... Ap yg sy nampak, penuh cacing halus2 warna merah dekat bekas toiletries... Terus sy campak smua brg2 dlm bekas tu. Perasaan masa tu mmg da xkeruan... Pelik, mana dtg cacing2 merah tu smua. Sy masuk semula dlm toilet, tak de pulak cacing2 tu. Xkan dalam masa lebih kurg 10 minit boleh hilang mcm tu shj.

Hari kedua,

Tidur malam sy diganggu. Macam biasa, pkul6 ptg sy mesti dah tutup semua pintu dan tingkap. Tingkap bilik pun dah ditutup, langsir bilik pun dah dirapatkan. Waktu tidur malam, sy sendiri tak pasti sama ada sy sedang tidur atau pun sedar. Yg sy ingat sy dah tidur... Tp dlm masa sama, sy nampak ada budak lelaki serba hitam memakai tengkolok berjalur emas membuka tingkap bilik sy. Mengintai sy sedang tidur. Sy terjaga. Terus sy selak langsir bilik. Sah! Tingkap bilik sy terbuka luas. Sy memang yakin tingkap sy dah kunci dr ptg lg.

Hari ketiga,

Setiap Khamis malam Jumaat, sy suka mengemas rumah , dah jadi satu habit utk sy. Malam itu, sy sedang membersihkan dapur rumah. Sedang sy menyapu lantai, kelihatan kelibat bergayut ditingkap dapur. Bila sy toleh nk tgk btl2, tiada. Sy sambung mengemas semula, menyapu hall rumah. Ye die bediri di tangga naik ke tingkat atas. Tinggi.... Hitam berbulu... Terus sy lari ke bilik. Malam tu, terus sy xkeluar dr bilik smpai keesokan pagi.

Hari keempat,

Pagi hari, sy mengelap lantai.. Sebelum ni, berbau shj wangi pencuci lantai tu... Tapi kali ni lepas shj selesai mengelap lantai... Bau hanyir darah satu rumah... Kuat sgt... Sampi sy sendiri keluar dr rmh, panggil rakan dtg ke rumah utk pastikan bau tu. Sebelum tu, sy xckp ap2 dekat rakan sy. Sy cume ajak dia dtg teman sy stdy smpai ptg. Bila die sendiri masuk dekat hall rmh. Dia sendiri tegur sy, knp rumah ni bau hanyir darah. Sy cume diamkan saje.

Saya cuma mampu bertahan duduk seorang di rumah tu selama 4 hari shj. Selebihnya, sehingga exam final mula, sy terus tinggal di kolej bersama rakan sekelas.

Cerita seram... 3Where stories live. Discover now