Anak patung

15 1 0
                                    

Syazana mengelap lebihan coklat di sekeliling loyang.Kek coklat sudah pun siap sedia utk di kukus.Dia bergitu teruja menyiapkan kek sempena meraikan hari jadi anaknya Sofea yg ke 6 tahun.
Faris tersenyum memerhatikan gelagat isterinya.Bergitu bersemangat dia. Maklumlah Sofea satu2nya anak yg menjadi penawar duka lara setelah 10 tahun menanti dan mengharap kehadiran cahaya mata.Sudah semestinya Sofea menjadi anak yg manja dan segala kemahuannya dituruti.
"Abg,Na lupa la hadiah utk Fea tak beli lagi,nanti merajuk pulak dia"
"kalau macam tu jom kita keluar cari hadiah dia,lambat2 nanti kedai tutup pulak".
Setelah kek siap dikukus Syazana kelam kabut menyarung selendangnya dan keluar mencari hadiah utk anaknya yg tersayang.
***
" Comel kan anak patung ni abg.Mata bulat,hidung kembang ala2 jambu air mulut kecik je and rambut tu pendek comel macam helmet.Hehe Fea mesti suka kan abg?"
" Ye la Na,Fea kan suka anak patung rambut pendek kan.So Kita ambik yg ni jela."
Setelah selesai membayar, mereka bergegas pulang utk mengambil Sofea di tadika.
***
"Cantik dan sedap la kek mama buat. Fea suka kek coklat. Sayang mama papa" kata Sofea manja sambil mengucup pipi Syazana dan Faris.
" Mama ada hadiah utk Fea." kata Syazana sambil menghulurkan kotak berwarna ungu itu.
" Wah hadiah!". Sofea tak sabar membuka hadiahnya.
" Anak patung! comelnya mama. Fea suka.Eh hidung dia kembang la.Fea nak letak nama apa ye.Emmm ha Fea letak nama Aling".
"Aling?kenapa Fea letak nama tu?" Tanya Faris.
" Aling maksudnya Darling hehe.Kata Sofea sambil ketawa dan berlalu ke biliknya.
***
"Aling, mulai hari ni Aling kena tidur dengan Fea tau" kata Sofea sambil mendekatkan 'Aling' ke pipinya.
"Sssyyyyhhhhhh".
Sofea terkejut mendengar bunyi itu.Dia melihat 'Aling' dengan wajah hairan.
"Aling ke yg buat bunyi sssyyyhhh tadi?" Kata Sofea.Lama dia merenung anak patung itu.Sofea sekali lagi terkejut apabila 'Aling mula melemparkan senyuman dan mengerdipkan matanya.Sofea terpana lalu mendakap anak patungnya sehingga terlena.
Jam didinding menunjukkan sudah pukul 3 pagi.Sofea masih nyenyak tidur.Angin dingin menerpa pipinya membuatkan dia terjaga dan mencari2 'Aling' sudah tiada didakapannya.
"Cuttt cutttt cutttt"
Sofea mencari bunyi itu,tiba2 ibu jarinya merasa sakit.Sofea bingkas bangun dan terkejut apabila melihat 'Aling' sedang menghisap ibu jarinya sambil mata terbeliak memandang tepat kearahnya.Sofea panik dan menjerit sekuat hati membuatkan Faris dan Syazana kelam kabut mendapatkan Sofea.Sofea yg ketakutan menutup matanya dengan tapak tangan sambil menunjuk sesuatu ke arah kakinya.Namun tiada apa disitu.
"Papa mama,'Aling' gigit kaki Fea.Fea takut!".
"Fea mimpi ni.Dah2 jangan takut papa dan mama ada ni teman Fea" Kata Faris cuba menenangkan Sofea.Syazana pula cuba mendodoi Sofea dengan alunan zikir sehingga Sofea terlena.
***
Sofea bersiap utk ke Tadika.Dia menyikat rambutnya yg basah sambil merenung kearah 'Aling' yg telah dilemparnya ke atas almari tadi.Tiba2 anak patung itu menyeringai dan mengerdipkan matanya.Sofea yg ketakutan cuba utk melangkah keluar dari biliknya namun ditahan oleh anak patung itu yg tiba2 muncul dari arah belakang.
"Arghhhhhhh mama" Jerit Sofea.
Syazana berluru masuk ke dalam bilik Sofea dan terlihat 'Aling' sedang duduk diatas badan Sofea sambil tersenyum dan kepalanya berpusing memandang tajam kearah Syazana dengan mata terbeliak.
Syazana terkejut lalu menendang anak patung itu dan mendukung Sofea berlari menuju ke tangga.Anak patung itu mengejar dari arah belakang.Syazana ketakutan lalu terjatuh berguling2 melungsuri tangga bersama2 anaknya.Darah merah pekat mengalir dikepala Syazana dan Sofea.Dari atas kelihatan 'Aling' sedang merenung tajam sambil ketawa mengilai.
***
Faris termanggu keseorangan diruang tamu,dia masih tidak percaya bahawa dia telah kehilangan kedua2 orang yg disayanginya serentak.Dalam asyik melayan perasaan,tiba2 dia terlihat disudut tepi tangga kelihatan 'Aling' sedang merenungnya.Wajah 'Aling' nampak menyeramkan.Rambutnya semakin panjang.Matanya pula dipenuh airmata yg berdarah.Faris bingkas bangun mengambil anak patung itu.Tiba2 anak patung tersenyum manis dan mendepakan tangannya seperti meminta Faris mendukungnya.Faris terkejut dan tiba2 bulu romanya merinding.Dia segera melemparkan anak patung itu ke luar jendela.Sejak peristiwa itu,Faris sering diganggu dengan bunyi seperti bayi sedang menangis serta mengilai setiap malam.Tak cukup dengan itu,jiran2 Faris juga turut diganggu terutamanya keluarga yg mempunyai anak kecil.Faris tidak melayan.Kerana Faris tahu Allah sentiasa melindunginya jadi dia tidak perlu takut akan apa2 kecuali Allah.

Cerita seram... 3Where stories live. Discover now