Terkena Lagi (part 2)

8 0 0
                                    

Perjalanan hari tu berjalan lancar. Tak ada apa pun yang berlaku. Lepas dah selesai semua majlis, kami terus bertolak pulang. Waktu on the way balik, Que yang drive. Dah dekat pukul 11 malam, jauh lagi nak sampai rumah, dia tetiba mengadu sakit atas tengkuk dan rasa mengantuk sangat. Aku fikir sebab dia berjaga sampai pagi semalam, jadi Aniq pulak yang drive. Que beralih duk kat belakang, sebelah aku. Aniq awal-awal dah pesan supaya yang lain jangan tidur, kena temankan dia sampai ke rumah.

Masa kami berhenti kat RnR, aku kejut Que nak ajak dia pergi makan. Bila dia bangun, aku perasan mata dia dah merah. Aku fikir sebab dia mengantuk sangat, jadi aku buat tak tahu je. Tapi bila dia pandang aku dengan muka bengis dan tak puas hati, aku dah cuak. Aku tinggal je dia kat situ sorang2. Nanti aku tapau la apa-apa kat dia. Keadaan dia berterusan macam tu bila aku dah selesai makan.

Aku ingat dia ada masalah ke apa, sebab tak pernah dia tunjuk perangai macam ni. Gaduh dengan awek pun tak pernah moody. Dia diam je masa kami bercakap, aku dan yang lain pun dah tak berani nak tegur. Last-last tinggal Aniq sorang, kami pun tertidur jugak sebab dah bosan tak boleh nak bersembang.

Bila dah sampai rumah, ingatkan keadaan Que dah okey. Rupanya makin teruk. Malam tu dia langsung tak boleh tidur sebab sakit kepala yang kuat. Seperti yang aku alami malam sebelumnya, kali ni dia pulak yang rasa ada tangan sentuh kaki dia waktu tengah tidur. Bila tersedar, dia nampak ada seorang perempuan tua di hujung katil. Dia tengah pandang dia dengan muka menyeramkan. Aku sendiri tak tahu nak describe macam mana facial expression ‘benda’ tu. Dia sorang je yang nampak sebab masa dia panggil aku, aku tak nampak apa-apa pun kat depan dia.

Perkara ni berlarutan selama seminggu. Setiap kali makan dia akan muntah dan sakit kepala yang kuat setiap hari. Paling teruk, bila dia muntah keluar darah. Bila pergi hospital, result dia tak memuaskan hati aku. Doktor cakap maybe sebab dia stress, dan batuk berdarah tu sebab paru-paru dia dah terkena infection kuman. Sedih aku tengok kawan aku sakit sampai macam tu. Walaupun selalu gaduh dengan aku, aku sayang jugak kat dia ok. Hmm. Okbye.

Petang Jumaat tu Apih cerita kat makcik sebelah rumah aku (Cik Yah) pasal keadaan Que. Bila Cikyah suruh jumpa ustaz atau orang yang boleh berubat, mula-mula aku tak berapa yakin jugak. Takkan lah kena santau ke apa. Tapi bila Cik Yah dah bersungguh sungguh nak tolong, kami tak mampu nak menolak. Lagipun Cik Yah memang baik dengan kami, layan kami dah macam anak sendiri. Cik Yah bagi nombor telefon Ustaz Umar dan suruh kami contact dia.

Bila kami bawak Que jumpa Ustaz Umar, dia cakap memang ada benda ‘menumpang’ kat badan Que. Dia buat solat sunat hajat dan bagi air bacaan Yassin serta doa kat Que. Lepas Que minum air tu, terus dia muntah berkali-kali. Sampai dia sendiri dah lembik dan dah tak ada apa yang keluar. Dia tanya samada Que pernah makan atau terima apa-apa daripada orang, sebab katanya Que dah termakan ‘benda kotor’.

Que cakap memang pernah ada orang yang bagi makanan dan baju kat dia masa birthday dia haritu. Masa tu rasa curious dan mood fbi aku tetiba muncul. Tak best la kan kalau tahu cerita separuh je, nak jugak aku tahu sape yang bagi. Dah macam polis bantuan uitm aku soal siasat dia, tapi sampai ke sudah dia tak nak bagitahu aku.

Bila dengar cerita Que, Ustaz Umar suruh kami jumpa dia semula dan bawak barang yang Que dapat tu. Malam tu jugak kami pergi jumpa dia. Apabila ustaz Umar bakar baju tu, tetiba keluar bau busuk sama macam bau kami bakar kertas haritu. Dah boleh agak la kan kaitan semua ni dengan gangguan yang berlaku.

Keadaan dia beransur pulih lepas beberapa hari. Kemuncak kepada semua gangguan ni adalah apabila ‘benda’ tu mengamuk dan marah sebab Ustaz Umar dah ganggu kerja ‘tuan’ dia. Pengakhirannya, kawan Pak Cik Ripin (owner rumah) datang dan buang semua benda yang mengganggu kami selama ni. (Kejadian ni aku dah cerita dalam post sebelum ni)

Selepas hari tu, tak ada dah gangguan pelik kepada kami. Setakat usik-usik manja tu biasa la kan. Aku tertanya-tanya jugak macam mana lah nasib budak-budak yang menyewa kat rumah tu sekarang ni. Adakah sama jugak macam kami kena ? Sebab tu lah dulu kami lebih rela tidur di studio daripada rumah sendiri. Hahahaa

Maaf agak panjang penulisan aku kali ni. Terima kasih sudi baca cerita aku. Adios.

Cerita seram... 3Where stories live. Discover now