Sebalik lagu Sephia

9 0 1
                                    

Lagu Sephia dari Sheila On 7 sememangnya amat popular di Malaysia. Lagu ini pernah menjadi hit dan siulan para pendengar sekaligus menaikkan nama kumpulan Sheila On 7 di negara ini.Sebenarnya ada satu kisah menarik tentang disebalik pembikinan lagu Sephia ini. Lagu ini dicipta dan ditulis oleh Eross, pemain gitar Sheila On 7 khas buat seorang peminatnya yang bernama Sephia.Kisah bermula apabila Eross menerima satu panggilan telefon dari seorang peminat bernama Sephia yang memberitahu dia berada di telefon awam (public phone) di depan rumah Eross.Eross lantas melihat ke public phone tersebut namun terperanjat kerana tiada orang di situ. Pelik dengan panggilan tersebut, Eross membuat sedikit pencarian tentang info Sephia.Usahanya berjaya dan Eross berjaya menemui ibu bapa kepada Sephia. Namun Eross terkejut apabila mengetahui bahawa Sephia telahpun meninggal dunia.Paling mengejutkan ibu bapanya memberitahu Sephia meninggal akibat kemalangan ketika dalam perjalanan  ke konsert Sheila On 7. Keluarga Sephia juga turut membawa pemain gitar ini ke kubur Sephia.Tersentuh dengan kisah peminatnya itu, Eross mendapat inspirasi untuk menulis lagu Sephia dan mendedikasikannya kepada wanita tersebut. Malah Eross juga ada mengabadikan nama ‘Sephia’ di gitarnya.Ini merupakan kisah benar yang telah tersebar secara meluas di Indonesia dan juga Malaysia.

Sumber: 10 Kejadian Misteri Dan Aneh Dunia Yang Tidak Pernah Dirungkai 

Cerita seram... 3Where stories live. Discover now