PENUNGGU

7 0 0
                                    

PENUNGGU Istana adalah filem realiti seram mengisahkan misteri peninggalan sebuah rumah di Papan, Perak. Premis dikenali sebagai Istana Bilah dibina ratusan tahun dulu dipercayai hasil tangan sekumpulan bangsawan keturunan suku Mandailing di Sumatera, Indonesia.Cerita mitos mengatakan rumah berkenaan berpuaka kemudiannya memaku perhatian sekumpulan lima orang pelajar dari ibu kota ke sana. Tujuannya untuk membongkar rahsia lokasi berkenaan yang dikatakan rancak dengan aktiviti paranormal. Rakaman yang bakal membuktikan kajian yang dipamerkan punya justifikasi tertentu.Sekali gus membuktikan kebenaran cerita karut yang dikhabarkan masyarakat sekeliling selama ini. Tambahan pula bantuan khidmat kepakaran daripada Kumpulan Seekers, harapan untuk menjayakan misi pembongkaran itu berjaya.Di situlah kehebatan Penunggu Istana apabila aktiviti paranormal yang berlaku didedahkan satu persatu. Apatah lagi sebelum ini ada peristiwa berlaku di kalangan krew-krew produksi drama Warkah Terakhir yang pernah ‘diusik’ sebelum ini.Tanggungjawab yang dipikul oleh Sara Ali, Nadzirah Ahmad Nadzri, Nor Zafirah Abd. Rahim, Mustaqim Mohamed Zaki dan Amar Asyraf ini sebenarnya berat. Memburu entiti paranormal berbekalkan peralatan canggih oleh ketua Kumpulan Seekers iaitu Uncle Seekers.Secara naratifnya, persembahan filem Penunggu Istana ini berdasarkan jurnal yang diperolehi mereka sendiri. Cantuman footage selama 15 hari berkampung di Istana Bilah kemudiannya difilemkan.Acara kemuncak bagi membuktikan Istana Bilah sebenarnya berpuaka apabila salah seorang daripada kumpulan itu membakar kemenyan. Ada juga yang menggunakan darah haid salah seorang pelajar perempuan. Kedua-dua amalan yang bertujuan untuk menjamu penunggu agar muncul segera.Meskipun sudah dilarang keras oleh Uncle Seekers bagaimanapun ia membuahkan hasil. Makhluk halus yang dinantikan muncul meskipun tak dapat dilihat dengan mata kasar.Juga satu demi satu aksi pergerakan dan penemuan ditunjukkan. Penonton akan melihat secara jelas bentuk fizikal entiti halus yang selama ini dicanangkan.Pengurus Besar Filem dan Drama, Primeworks Studios yang juga bertindak sebagai Penerbit Eksekutif, Tengku Iesta Tengku Alaudin memberitahu bahawa kehebatan Penunggu Istana sememangnya tersendiri.‘‘Ia bukan seperti filem-filem seram terdahulu yang menampakkan kesemua bentuk fizikal makhluk halus. Paparan yang dipamerkan bukan untuk menakut-nakutkan tetapi lebih kepada realiti visual. Misteri penunggu yang selama ini diperkatakan telah terbongkar,’’ katanya.Pada masa yang sama, Tengku Iesta menolak tanggapan bahawa filem itu dirakamkan untuk menggentarkan sesiapa yang singgah ke istana berkenaan.Apa yang ingin dipersembahkan adalah bukti kepada cerita-cerita yang direka sebelum ini bercerita lokasi berkenaan berhantu. Sekali gus mengesahkan kiasan orang lama mengatakan kalau bulu roma meremang, pasti ada kehadiran ‘benda’ itu.Ditanya apa yang membezakan Penunggu Istana dengan rancangan televisyen menggunakan genre yang sama seperti Misteri Nusantara, katanya ia terletak pada kandungan filem berkenaan.

Cerita seram... 3Where stories live. Discover now