Roommate gile

9 0 0
                                    

Prolog

Mulut menguap luas. Segera dia mencapai semug Nescafe 3-in-1 yang elok terletak di atas meja. Assigment Prof. Haris perlu disiapkan sebelum menjelang bulan lima. Dihirupnya Nescafe yang berbaki separuh gelas itu.

Mata coklatnya melirik jam di dinding.

"4 pagi?" Terkejut.

"Cepatnya masa berlalu. Aku kena siapkan assigment ni dulu. Beberapa muka surat lagi," cadangnya.

Dia menyambung kerjanya semula.

"Farhan? Kau tak tidur lagi?"

"Eh mak kau!" Farhan melatah sebelum menoleh ke belakang. Mukanya merah.

"Hehe.. sorry la~"

"Bagi salam dulu boleh tak? Aku ingatkan ada..."

"Hah. Ada? Ada apa? Makcik karipap?" Khai ketawa mengekek.

Farhan menjengilkan matanya ke arah Khai.

"Mulut tu jangan celupar sangat!"

Siapa yang tidak kenal dengan makcik karipap yang telah menjadi lagenda di Universiti Malaysia tempat mereka? Selalu datang bawak bakul yang disangka berisi karipap yang gemuk-gemuk padahal batu nisan.

"Hahaha. Aku gurau je beb. Kau tengah buat apa tu?" Khai menepuk belakang Farhan.

"Assigment Prof. Haris ni. Aku nak siapakan sebelum bulan lima ni. Kau dah siap?"

"Dah lama dah aku siap~ aku buat dengan Tila."

Farhan mencebik sambil membetulkan cermin mata yang dipakai. Dia masak benar dengan perangai Khai yang bercita-cita mahukan Tila. Macam lah Tila nak kat dia -__-

"Dengki lah tu. Wooo~" Khai mengejek Farhan.

"Ewww. Geli aku. Dahlah. Aku nak solat Tahajjud ni. Kau nak solat sama-sama tak?" Farhan cuba menukar topik. Cakap pasal Tila ni membuatkan assigmentnya tergendala seketika.

"Boleh jugak. Aku gerakkan Afiq dulu." Farhan mengangguk sebelum kelibat Khai hilang di meja belajarnya.

___

Petang itu, ramai yang singgah di AEON yang baru dibuka. Kelihatan ramai anak-anak remaja yang berpakaian cantik berjalan sambil diapit kekasih hati.

"Meluat pulak aku tengok diorang tu." Kata-kata Sarah itu menarik perhatian Tila yang leka memilih tudung shawl di sebuah butik terkemuka di AEON itu.

"Apa pulak kau ni, Sarah?" Tila menegur Sarah yang asyik melihat sesuatu di hadapannya.

"Kau tengok lah remaja sekarang. Keluar tak tutup aurat. Lepastu berpeluk bagai nak mati dnngan kekasih diorang tu. Tak kesian ke kat ayah diorang yang terpaksa tanggung dosa-dosa diorang?" Membebel Sarah sambil memyilangkan tangan di dada.

Tila menggeleng kepala melihat telatah rakan karibnya yang seorang itu.

"Kau mengumpat ni nak masuk neraka macam diorang tu ke? Tak elok tahu tak? Kalau kita tak dapat nasihatkan diorang, at least kita cegah dengan hati. Jauhkan diri kita daripada dosa tersebut. One more thing, kita mana tahukan diorang tu dah kahwin ke belum? Lain kali jangan jatuhkan hukum dekat sesorang yang kau nampak. Kau bukan Tuhan, bukan Allah untuk jatuhkan hukuman. Kau tak ada hak nak nilai diorang." Nasihat Tila itu menusuk ke kalbu Sarah.

Sarah menunduk malu. Malu pada dirinya yang jahil dan menilai orang sesuka hati. Ya. Betul. Dia bukan Tuhan atau Allah SWT yang berhak menghukum sesiapa. Dia manusia biasa dan juga pendosa tanpa noktah.

Melihatkan reaksi Sarah itu, Tila cepat-cepat memujuk.

"Sorry lah, Sarah. Aku tahu aku tergoreskan hati kau dengan kata-kata aku. Tapi tolong jangan macam tu lain kali, okay? Aku kawan kau. Aku nak tarik kau masuk Syurga  dengan aku. Bukan Neraka Jahannam. Sorry eh Sarah?"

Sarah mengangkat mukanya sedikit. Segaris senyuman terbit di bibir merah jambunya itu.

"Okay Tila. Aku nak minta maaf."

"Dah-dah. Lepas ni kita pergi makan kat Seoul Garden okay? Aku belanja..."

"Hah? Apa? Serius kau nak belanja? Makan kat tempat mahal tu? Eiii bestnyaaaaa!!~~ Heavennn~~"

Sarah membuat muka ceria sambil menjerit kecil. Mujur jeritan Sarah itu tenggelam dek kebisingan tempat tersebut. Kalau tidak, malulah Tila mahu mengaku kawan.

"Aku tak habis cakap lagi lah. Aku belanja tempat je. Makanan tu kau tanggung sendiri. Ahahaaha.."

Sarah memuncungkan wajah. Terkena lagi gamaknya.

"Kita makan kat McD jela. Tu je aku mampu." Tila berhenti ketawa.

"Aku gurau jelah. Biar aku belanja kau makan. Terima kasih sebab sedarkan aku." Sarah tersenyum.

"Kita kan kawan!" Tila meletak

kan lengannya di bahu Sarah

Mereka ketawa lalu jalan bersama untuk ke McD yang terletak di tingkat 3 AEON itu.

Tanpa mengambil peduli akan hal sekeliling, ada sesorang yang memerhatikan mereka berdua.

Dari jauh.

Di sebalik dinding.

Cerita seram... 3Where stories live. Discover now