916

11 0 0
                                    

Nur tergaru-garu seluruh badan. Badannya merenyam. Merah merekah. Kering.

...................................

Sudah tiga minggu Nur menderita penyakit misteri. Seluruh badannya menggelupas teruk. Bila terdengar azan, mata Nur menjadi pedih merah menyala dan serpih-serpih garam halus keluar dari celahan matanya. Dari hospital kerajaan ke hospital swasta, semua sudah dicuba. Tapi doktor pakar yang paling hebat sekalipun tak dapat mengesan penyakit yang dihadapi Nur.
"Yasmin.. aku dah tak tahan. Sakit.. Doktor dah bagi macam-macam ubat.. tapi sikit pun tak baik masalah aku ni. Aku tak tahu nak buat apa lagi Min..." Nur mengadu kepada Yasmin melalui telefon .

"Aku rasa kau ni bukan sakit biasa. Kau cuba la pergi jumpa ustaz." Yasmin memberi cadangan . Masuk kali ni dah lapan kali si Nur mengadu pada dia tentang sakit yang dihadapi. Dan lapan kali juga lah Nur menolak cadangannya untuk mencuba rawatan alternatif.

"Kau tahu kan yang aku tak percaya rawatan alternatif ni... Aku percaya pada hospital aje..Nanti esok aku nak cuba pergi kat pakar kulit yang kat bandar tu pulak.. Katanya semua penyakit kulit boleh selesai kat situ " Nur berdalih. Yasmin menarik nafas panjang.

"Dah tu kau jugak yang cakap semua tempat kau dah cuba, tapi tak berkesan. Lepastu kau nak mengadu kat aku, aku cadangkan pergi jumpa ustaz, kau tak nak pulak. Kau nak apa sebenarnya? Kalau hospital tak boleh sembuhkan kau, apa salahnya cuba cara alternatif? " Nur terdiam. Rasa was-was nya pada rawatan alternatif amat susah nak dipudarkan.

"Aku tak nak dengar apa-apa alasan lagi. Esok aku pergi bawak kau jumpa sorang ustaz ni. Kalau esok kau taknak jugak, kau jangan mengadu apa-apa dekat aku. Kau telefon nanti aku taknak jawab. Degil betul kau ni lah !" Yasmin mengugut Nur dan mematikan telefon.

Bukannya Yasmin tak sayangkan Nur. Dah 12 tahun mereka berkawan. Tapi Nur memang terkenal dengan sifat degilnya. Dah susah baru nak mintak tolong orang. Jadi satu cara untuk memaksa Nur akur akan arahannya ialah dengan cara begini. Mungkin kelihatan kasar, tapi semua kerana sayang dan tak sampai hati melihat Nur menderita.

Keesokan malam, atas desakan dan ugutan Yasmin, Nur menunggu di luar pintu pagar rumahnya.

"Mana lah Yasmin ni.. Aku rasa tak sedap hati lah pulak.. Taknak pergi karang... Yasmin merajuk pulak.. Hmmm.." bisik Nur dalam hati.

10 minit kemudian, Yasmin pun datang menaiki kereta Myvi nya. Sepanjang perjalanan ke tempat rawatan , Nur tak henti-henti mengeluh risau. Yasmin hanya mendiamkan diri saja. Dia tahu kalau dia melayan keluhan Nur, Nur akan meminta untuk pulang.

Beberapa detik kemudian, mereka tiba di sebuah rumah teres di kawasan terpencil. Pandangan Nur menyelinap melalui pintu yang sedikit renggang. Rumahnya biasa-biasa saja. Ruang tamunya agak luas dan lapang. Mungkin ruang di situ telah disediakan khas untuk merawat pesakit.

"Assalamualaikum! Assalamualaikum Ustaz Hamdi! " Yasmin memberi salam.

"Waalaikumsalam..." Pintu dikuak. Kelihatan seorang lelaki berjubah dan bersongkok menyambut kehadiran mereka berdua. Itu pasti Ustaz Hamdi.

"Ya saya... Jemput lah masuk." Mata Yasmin sudah mula bersinar-sinar tetapi Nur masih tetap gelisah. Lebih gelisah dari yang sebelumnya.

Yasmin memberitahu Ustaz Hamdi tentang penyakit yang dihadapi Nur. Sambil-sambil itu mata Nur melilau di sekeliling rumah Ustaz Hamdi.

Tiada apa-apa yang mencurigakan. Tiada juga bau aneh. Hanya bau minyak atar yang dipakai Ustaz Hamdi saja yang menusuk hidungnya. Tetapi itu tidak bermakna Nur akan percaya dengan kemahiran Ustaz Hamdi.

"......Jadinya Ustaz, saya nak mintak tolong Ustaz tengokkan Nur ni, kot-kot ada benda yang menganggu dia. Dah lama dia menderita kesian saya tengok dia.." Yasmin menepuk peha Nur. Nur terkejut dan terus menumpukan perhatian kepada Ustaz Hamdi.

Cerita seram... 3Where stories live. Discover now