BENDA TU TINGGI DAN MENGERIKAN😨

4 0 0
                                    

Sewaktu pulang ke Segamat, Johor, beberapa bulan lalu. Seorang kenalan bernama Rasip menceritakan kepada saya pengalaman misteri yang dilaluinya 11 tahun lalu.

Untuk pengetahuan anda, Rasip bekerja sebagai pemandu lori. Begini ceritanya, Kata Rasip. Kerjanya ketika itu ialah mengambil kayu getah dari sebuah kilang di Benta, Pahang, dan menghantarnya ke kilang papan di Bandar Pandamaran, Klang, Selangor.

Kebanyakan masa kerjanya adalah pada waktu malam dan dia perlu sampai di Klang pada esok paginya. Waktu itu lori tidak banyak, kerjanya dapat disudahkan dengan cepat.

Suatu hari, sambung Rasip, dia mengisi kayu pada jam 9 malam. Kilang berkenaan menyiapkan pelbagai ukuran kayu dan malam itu dia perlu menghantar beluti berkenaan berukuran 2 inci x 3 inci.

Jam 10.30 malam, barulah kerjanya selesai. Untuk sampai ke jalan besar, Rasip perlu melalui jalan tanah merah terlebih dahulu. Jalan itu tiada lampu dan jauhnya tiga kilometer.

Gelap.

Di kiri dan kanannya hanya ada pokok gerak dan belukar. di pertengahan jalan, lampu lori 14 tayar yang diapandunya itu tiba tiba menyuluh sesuatu yang pelik. Warnanya hitam, besar, dan terpacak merentangi jalan,
Rasip segera menaikkan brek.

"Saya perhatikan betul betul. Ya  allah, saya terperanjat. Rupa rupanya hantu galah!"

Sebelah kakinya di kiri jalan, sebelah lagi di kanan. Kakinya berbulu, tingginya dalam 20 - 30 meter. Mulanya saya fikir hendak memberhentikan lori dan tunggu hingga benda itu beredar, tapi bila fikir balik apa gunanya dia pun makhluk tuhan juga.

Saya baca ayat kursi dan tekan minyak semula. nak jadi apa, jadilah, saya tak peduli. saya dah nekad akan redah apa saja yang berlaku. Sewaktu lori dah betul betul hampir saya jeling ke arah makhluk itu.

Cukup besar dan tinggi, agaknya inilah yang orang kata hantu galah ! Berdebar debar dada saya semasa lori melalui bawah kangkangnya. Risau juga dia pijak lori saya. Tapi, nasib baiklah tak jadi apa apa saya terus pecut lori macam pecut F1.

Rasip memberitahu saya, itu kali pertama dia melalui kejadian sebegitu, saya ceritakan apa yang berlaku iitu kepada kawan kawan. Tapi mereka ketawa aje. rupanya ada antara mereka yang pernah melalui kejadian serupa.

Malah ada yang pernah nampak perempuan pakai baju putih memangku bayi dan berdiri di tepi jalan. Waktu itu jam 11 malam. Kata Rasip yang berhenti kerja beberapa bulan selepas kejadian itu, sebagai pemandu lori, kami memang biasa bergerak pada waktu malam. Macam macam pengalaman pelik telah kami lalui.

Ujar rasip lalu menceritakan beberpaa lagi pengalaman misteri yang dilaluinya.

Fully credit to Zulkarnain Zakaria. Mingguan Malaysia, bahagian Rencam, Ahad, 6 november 2016.

Korang pernah nampak hantu galah? 👻

Cerita seram... 3Where stories live. Discover now