-Bab 2-

403 16 0
                                    

"Masuk! " Alaisha memasuki bilik Adham. Dia mengambil tempat duduk bertentangan dengan Adham. "Ada aku suruh kau duduk? " "Err... Maaf. " Alaisha bangun semula. 'Eii geramnya! Tumbuk kang mati terus!' Adham tidak memandang wajah Alaisha walau sekilas. "Aku tak ingin interview kau pun. Cuma aku nak maklumkan kepada kau, jangan sesekali datang dekat dengan bilik aku kecuali sekiranya aku panggil. Itu pun takkan berlaku. Kalau aku nak bagitahu apa apa dekat aku, kau boleh berhubung dengan Adnin atau Amran PA aku. Satu lagi, jangan sesekali datang jumpa aku tanpa kebenaran aku. Faham? " "Fa... " "Kalau faham, kau boleh keluar sekarang. " Alaisha hanya memandang wajah Adham. 'Like seriously?! Gila apa lelaki ni? Tak betul agaknya? Ke... Mental? Atau... Dia memang tak minat perempuan? Eiii mengerikan! ' Alaisha bermonolog. "Dah kenapa kau masih tunggu sini? Dah pekak ke atau kau tak faham apa yang aku cakap tadi? Aku suruh kau keluar sekarang. " "Err... Encik tak bagitahu pun di mana bilik kerja saya? " "Keluar jelah!" Alaisha terkejut. Alaisha terus berlari keluar. Nafasnya dihembuskan. 'Lelaki tu memang gila! Sah! Gila! Aku tanya kau mana bilik kerja aku jelah gila! Rasa macam nak lenyek lenyek je muka dia yang tak berapa nak jadi tu!' "Alaisha ok? Jangan ambil hati sangat dengan Adham tu. Dia memang macam tu dengan mana mana perempuan pun. " "Apa masalah dia ek? Senang senang je tengking anak orang. Cakap tak pandang muka pula tu. Geram pula hati ni." "Sabar Alaisha... Bilik kerja awak ada di situ. Sebelah ni je bilik saya. Kalau ada apa apa masalah, awak boleh panggil saya." "Baiklah... Terima kasih. Eh... Saya masih tak tahu nama awak. Apa nama awak ek? " "Saya Syed Adnin. Panggil Ad je. Nama manja. " "Oh, ok Ad. Saya nak masuk dulu. Assalamualaikum. " "Waalaikumsalam..."

"Ad! Masuk bilik aku sekarang! " Bunyi suara Adham yang membingitkan telinga menyebabkan Alaisha dan Adnin terpaksa berhenti berbual. "Saya pergi dulu ya, Alaisha. Bos dah menjerit tu. Ada masalah agaknya. " Alaisha tersenyum lalu memasuki bilik kerjanya.

Adnin memasuki bilik Adham. "Kau buat apa dengan perempuan tu? Aku suruh kau sambung kerja kan tadi? Lama berbual kosong dekat situ apasal? " "Errr... Mana kau tahu kitorang berborak? Kau pasang spy ke? Aku tak tahu pun. " "Adalah rahsianya. Aku cuma nak kau jangan layan perempuan tu, biar dia rasa keseorangan dan blah cepat sikit daripada office aku ni. Faham? " "Aku bosanlah kalau tak ada awek dalam office ni. Biar jelah Alaisha tu bekerja disini. Adalah juga teman untuk aku. " "Kau tahu kan kenapa aku buat macam ni? Aku ingat kau adalah satu satunya sahabat yang akan memahami aku tapi... Aku silap. Kau hanya pentingkan diri. Kau hanya pentingkan keperluan kau. Dahlah, keluar. Sambung kerja. Suruh PA aku hantar jadual kerja aku untuk harini. " Adnin mula rasa bersalah. Sepatutnya dia memahami perasaan sahabatnya. Perasaan yang hanya diketahui oleh seorang sahabat. Perasaan dikhianati, kehilangan dan perpisahan. "Maafkan aku, Adham. Aku hanya mahukan kau berikan peluang kepada hati kau untuk menerima seseorang yang mampu menjaga hati kau. Cukuplah sekadar kau terseksa selama ini... Orang yang pergi takkan kembali. Dia sudah pergi selama lamanya. Redha jelah dengan pemergian dia. " Adham menundukkan wajahnya. Bayangan wajah Diana mula memenuhi ruang imaginasinya. Indahnya hidup sekiranya wanita pujaan hatinya itu masih hidup serta masih berada di sisinya sekarang. 3 tahun yang amat sukar baginya sudah berlalu pergi. Cukuplah cinta itu menyakitinya serta menghadiahkan luka parah dalam hatinya. Dia tidak berhasrat untuk bercinta selama lamanya. Cukuplah sekadar sakit itu telah melukainya selama ini. "Kau harus cuba memberi peluang, Am. " Adnin keluar daripada bilik Adham.

"Encik Adnin... Boleh saya tahu di mana terletaknya surau perempuan di office ni? Saya tak nampak pun tadi. " "Awak perlu naik hingga tingkat 8 untuk berjumpa dengan surau perempuan. " "Huh? Tingkat 8? Jauhnya... Takpelah... Saya naik dulu. " Alaisha menuju ke arah tangga. "Eh Alaisha... Naik lif jelah. Jauh tingkat 2 dengan Tingkat 8. Nanti awak pengsan di tengah perjalanan kan susah. " "Takpe... Saya dah biasa naik tangga. Jadi susah pula nak naik lif. " Adnin tergelak kecil. "Apa susahnya naik lif? Naik dan tekan. Kan senang. " "No... It's ok. Saya naik tangga je. Terima kasih kerana mengambil berat. " "Sama sama... Saya memang baik. " Alaisha tergelak kecil. "Bukan baik je awak ni, sekali dengan pakej perasan. " Adnin menegakkan badannya. "Dan ada six packs tau? " "Tak nak tau pun. " Alaisha mula mendaki tangga.

Dia tiba di tingkat lapan. Dia mula tercungap cungap. 'Inhaler' nya dicari. 'Alamak! ' Yes! Seorang penghidap asma yang lupa untuk membawa inhalernya! Nagasnya mula tidak teratur. Terasa bagai hendak terjatuh....

-Bersambung-

Jodoh ♥Where stories live. Discover now