-Bab 14-

221 11 0
                                    

"Tudiaaa! Sejak bila angry birds boleh jadi love birds ni? Bahagianya nampak korang berdua macam ni. " "Eh eh... Kau jangan fikir benda bukan bukan pula eh... Aku cuma suruh dia bantu aku. Aku kan sakit lagipun... Dia kan pekerja aku. " Alaisha tersentak apabila mendengar kata kata Adham. 'Pekerja?' Alaisha memandang Adnin. "Yelah awak, saya kan hamba dia ja. Awak jagalah dia... Saya penat, saya nak balik dan tidur. Saya pergi dulu, Assalamualaikum. " Alaisha mencapai beg galasnya lalu terus keluar. 'Dia cakap aku pekerja dia je? Tak ada hati perut langsung! Geramnya!!! Rasa macam nak giling dia dengan bulldozer je. Geramnya. ' Alaisha bermonolog.

"Adik dah balik... Bos adik macam mana? Ok? Teruk ke kemalangan dia? " "Ok je... Teruklah juga tapi... Dia dah ok. Adik penatlah, along... Adik naik dulu ya, nak rehat. " Alaisha tak ada mood untuk berbual tentang Adham. Buat sakit hati je. Lagi difikir lagi sakit otaknya. "Aku yang terlalu mengharap kan? Bodoh lah kau Alaisha... Kau patutnya tak layan perasaan ni. Dia anggap kau sebagai hamba, kau faham tak? Hanya hamba dia. Apasal susah sangat nak faham ni, hati. Dia anggap kau sebagai hamba.. Dia tak ada apa apa perasaan pada kau. Jangan layan perasaan kau, Alaisha... Dia akan buat kau terluka ja. Kau Nothing dalam hati dia. " Alaisha mengingatkan dirinya. 'Jangan jadi bodoh, Alaisha... Jangan layan perasaan ini. ' Alaisha bermonolog.

"Abah, umi... Sha pergi dulu ya? " "Eh kejap. Semalam Sha balik lambat ke? Kenapa lambat? " Bos Sha kemalangan semalam. " "Huh?! Adham accident? Kenapa tak bagitahu abah? Dia ok tak sekarang? " "Alhamdulillah, dia ok. Semalam dia dah sedar. Sha cuma tak nak abah risau, sebab tu Sha tak bagitahu abah. Sha pergi dulu ya, Assalamualaikum. " Sha bersalaman dengan abah dan uminya.

Kereta swiftnya diparkir di tempat yang disediakan. Entah mengapa dia terasa bagai dia tidak mahu bersemuka dengan Adham lagi kerana lelaki itu sering menyakitkan hatinya. "Eh Alaisha? Saya ingat awak cuti harini. " Adnin bersuara sebaik sahaja Alaisha melangkah masuk ke dalam pejabat. "Bukan saya yang kemalangan kan, Adnin... Saya dah rehat semalam jadi... Saya datang jelah harini. " "Awak masih marahkan Adham? Sebab dia cakap macam tu, semalam? " "Tak adalah, Adnin. Dah memang saya pekerja dia kan? Apa yang nak dimarahkan? He's right... Im just his slay. Saya je yang menidakkan kenyataan. " "Awak dah jatuh cinta dengan Adham kan? " Alaisha terdiam sebentar. "Betul kan awak jatuh cinta dengan Adham? Mengaku jelah, Alaisha. Saya boleh tolong awak untuk mengetahui perasaan Adham kalau awak benar benar mencintai dia. " "Dahlah Adnin, saya tak nak cakap tentang perkara ni lagi, drop the topic dan... Saya ada banyak kerja untuk disiapkan. Saya masuk dulu... " "Betul ni awak tak nak tahu apa apa tentang Adham? Harini Adham off so... Tak nak tahu? " Alaisha terhenti seketika. 'Perlukah dia mengambil tahu tentang kehidupan lelaki itu? Tak perlu rasanya... ' "Maaflah Adnin... Saya tak berminta untuk ambil tahu tentang hidup dia. Terima kasih kerana berniat untuk membantu. " Alaisha senyum kecil kepada Adnin. 'Dia betul betul kecik hati ni...Adham, adham. Masalah betullah kau ni. Kalaulah dia tak cintakan kau, dah lama aku masuk meminang dia. Huhuhu melepas! ' Adnin bermonolog.

Adham berjalan menggunakan tongkat menghampiri lif. "Eh Adham? Kenapa kau masuk kerja harini? Kau gila ke apa? Baru tadi kena discaj sekarang dah datang office? Taat betul kau ni. Bos misali... " Adham melihat Alaisha sekilas. Alaisha langsung tidak memandangnya bahkan tidak menghairahkan kedatangannya. 'Kenapa aku nak kena harapkan perhatian dia ni? Come on, Adham! Kau belum gila lagi... ' Adham bermonolog. Adham menaiki lif ke tingkat 8 sambil hatinya tidak henti henti berfikir tentang Alaisha.

Azan mula berkumandang menandakan masuknya waktu solat zohor. Alaisha mengemas meja kerjanya lalu berjalan laju ke tingkat 8 untuk menunaikan solat Zohor. "Huh... Penatnya, Ya Allah. " Dia berjalan menuju ke arah Surau. Sedang dia berjalan ke arah surau, dia melihat Adham yang sedang cuba untuk mengambil telefonnya yang terjatuh ke lantai. Kakinya yang luka di bahagian lutut menyukarkannya untuk menunduk mengambil telefon bimbit tersebut. Alaisha mendekatinya lalu mengambil telefon bimbit itu. Telefon bimbit itu diberikan kepada Adham tanpa sebarang bunyi suara. "Aik? Diam je kau harini? Apahal? " Alaisha menundukkan wajahnya lalu meneruskan perjalanannya ke arah surau. Adham mengejarnya walaupun lambat bersama tongkatknya lalu dia menghalang perjalanan Alaisha. "Apa masalah kau sebenarnya? Kenapa kau tak cakap apa apa? " Alaisha memandang Adham. "Awak nak apa, Bos? Saya dah lambat ni... Saya kena solat lepastu keluar lunch. " "Tak sebenarnya... Apa masalah kau dengan aku? Kita ada apa apa masalah ke? " Alaisha menggeleng. "Tak... " "So... Lunch hari ni dekat rumah aku. Jangan membantah. " "Tapi saya... " "Tak ada tapi tapi. Mama jemput kau lunch di rumah aku harini. Faham? " "Ini arahan ke jemputan? Kalau jemputan, saya berhak untuk menolak kan? " "Tak, kau tak boleh menolak. Mama dah masak untuk kau so... Datang dan makan je. Boleh? " "Fine. Saya datang." Alaisha terus masuk ke dalam surau wanita. Memandangkan tempat itu hanya digunakan olehnya maka... Dia mula menjerit. "Eiii geramnya aku!!! Tak habis habis bagi arahan. Penat tau tak?!Cuba kalau sehari dengar cakap aku pula... Geram! "

Mereka menaiki kereta Adham."Dah puas menjerit? Nak maki aku pula ke? " "Awak ni dah kenapa? Awak tak bosan ke cari pasal dengan saya? Tak bosan ek? Hari hari ada je masalah awak dengan saya...Apa masalah awak sebenarnya?" "Aku bosan... Bosan pandang muka yang sama hari hari. Cuba kalau kau ikut je arahan aku... Aku takkan cari gaduh kalau kau ikut semua arahan aku. " "Awak tak ada hak untuk paksa saya terima semua arahan awak. Saya ingatkan awak sekali lagi ya, saya bukan hamba awak. Saya pekerja awak sahaja. Awak tak boleh layan saya macam awak layan seorang hamba. Mengoyakkan perasaan sesuka hati... " "Aku ada sakitkan perasaan kau ke? Setahu aku, aku tak pernah sakitkan kau melainkan kau buat kerja gila kau dan kau lukakan diri kau sendiri. " "Fine! Semua salah saya... Saya yang bodoh, saya yang gila sebab saya terima cadangan abah saya untuk bekerja di syarikat awak... Kalau saya tak ikut cadangan abah saya, rasanya sekarang saya dah jumpa syarikat yang lebih Bagus. " "Huh... Kau nak kata syarikat aku ni tak baguslah... Macam tu? " "Ada saya kata macam tu ke? Awak tak pernah faham apa yang saya hendak katakan kepada awak. Awak buat kesimpulan sendiri untuk semuanya... Berbaki lagi 30 hari sahaja saya bekerja di pejabat awak tu. Saya harap, awak dapat ubah sikap awak walau sedikit supaya pekerja awak akan sentiasa hormati awak. " Alaisha menamatkan kata katanya lalu memandang ke luar cermin kereta.
Adham memandang Alaisha. '30 hari sahaja lagi... '

-Bersambung-

Jodoh ♥Where stories live. Discover now