-Bab 13-

213 9 0
                                    

"Assalamualaikum mama... Alaisha ni... Adham kemalangan... Mama datang hospital sekarang boleh? Alaisha takut sangat. " "Waalaikumsalam... Astaghfirullahalazim, Adham kemalangan? Macam mana pula perkara ini terjadi? Allahu... Kejap ye mama sampai. " Telefon dimatikan. Hatinya terasa tidak tenang. Bagaimana jika Adham pergi meninggalkan semua... Rasa bersalah ini akan membunuh jiwa dan raganya. 'Adham... Saya merayu, tolonglah kuat demi semua orang yang mencintai awak... Allah, kau selamatkanlah dia. ' Alaisha bermonolog.

"Puan...Eh puan ni isteri pesakit kan? Haritu Puan yang sakit harini suami puan pula. Kami doakan semoga semuanya kembali kepada keadaan normal ya. " "Suami?" Alaisha teringat kembali saat dia terjatuh sakit dan Adham membawanya ke hospital ini. 'Dia mengaku dia suami aku... Allahu... ' "Doktor... Saya boleh jumpa dia sekarang ke? Dia ok ke doktor? " "Cik boleh jumpa dia tapi... Buat masa sekarang, dia berada dalam keadaan koma. Hentakan pada kepalanya menyebabkan dia koma. " "Allah... Masih ada harapan untuk dia sembuh ke doktor? " "In Shaa Allah... Dia akan sembuh. Kita doakan yang baik baik untuknya. "

Alaisha memasuki Wad yang menempatkan Adham. Dia mendekati Adham. "Awak... " Air matanya mula mengalir. Entah kenapa... Hatinya terasa sangat sakit melihat keadaan Adham. "Saya minta maaf. Semua ini berlaku sebab saya, kalau saya pandang sekeliling masa jalan tadi, mesti semua ini takkan berlaku. Saya bersalah atas semua ini... Bila awak bangun nanti, awak denda lah saya. Maafkan saya... Bangunlah cepat. Saya rindu nak tengok awak marah saya, menyakat, menyindir. Bangun ya... Mama awak pun dah nak datang ni. Adnin on the way. Awak bangun ya... Jangan buat diorang tunggu. Bangun pleasee...Awak kan kuat. " Adham tidak memberikan apa apa respon. Air matanya dikesat. Surah Yaasin dikeluarkan daripada beg galasnya. "Bismillahirahmanirahim... Yaasin... " Alaisha membaca hingga tamatnya surah tersebut. "Awak... Bangun cepat ye. Saya tunggu awak bangun. Saya ada perkara penting untuk diberitahu kepada awak. Dan yang paling penting... Saya takkan pendamkan perasaan saya terhadap awak lagi. Saya tak nak awak pergi tinggalkan saya pada masa ini. Saya perlukan awak sebagai teman hidup saya. Jangan pergi... " Alaisha terasa sayu melihat wajah pucat Adham yang kehilangan banyak darah. Alaisha terus berlari keluar daripada Wad tersebut. Tak sanggup rasanya untuk melihat wajah itu. "Alaisha...Adham mana? Dia ok tak? Mama nak jumpa dia boleh? " Hanya Air mata sahaja keluar tanpa suara. "Alaisha... Kenapa ni? Mana Adham? Dia ok tak? " "Mama... Adham koma, mama... Dia tak cakap apa apa pun dengan Alaisha. " "Astaghfirullahalazim...Adham. " Mama Adham berlari mendekatinya lalu memeluknya erat. "Bangun, nak. Adham... Bangun tengok mama. Mama nak tengok Adham tersenyum je, nak. Mama belum sempat lihat senyuman Adham... Bangunlah nak. " Alaisha tidak dapat menahan tangisannya melihat wanita tua itu meraung melihat anaknya yang terbaring kaku. "Mama... Mama jangan macam ni. Adham akan bangun, ma. Tak lama lagi, dia akan tersenyum untuk mama. Adham kan kuat... Adham akan sempurnakan impian mama. Sikit je lagi, mama... " Mama mengusap kepala Adham sambil memandang Alaisha. "Terima kasih Alaisha... Terima kasih kerana masih memberi kata kata semangat buat mama. " "Sama sama, mama. Kita keluar dulu, kita bagi Adham berehat ya. " Mama mengangguk.

2 jam berlalu...
"Alaisha, saya balik dan mandi dulu... Awak jaga Adham dulu ya. Saya bawa mama balik sekali. Lepastu saya datang semula, awak balik pula. " Adnin bercadang. Alaisha hanya mengangguk. "Baiklah Adnin. Awak bawa mama dan papa balik dengan hati hati. Mama dan papa perlukan rehat sekarang." Telefon bimbitnya berbunyi. "Hello... Along? " "Ha adik ada dekat mana ni? Dah tengah malam... Kenapa tak balik lagi? " "Ni... Bos adik kemalangan. Adik terpaksa berada di sini malam ni. Adik janji, kejap lagi adik balik ya? " "Hmm? Yelah yelah hati hati tau drive balik tu. Apa apa jadi, along tak maafkan adik. " "Baiklah along yang ku sayangi dan cintai. Bye... "

Alaisha menapak masuk mendekati Adham. "Awak tak nak bangun ke? Tak bosan ke tidur dari tadi? Bangunlah... Kesian mama dengan papa awak tau? Diorang banyak nangis... Adik awak, Alina pun ada datang tadi. Awak... Awak betul tak nak bangun ni, serious tak nak bangun? " Adham hanya berdiam diri. "Kalau awak tak nak bangun, takpelah... Saya balik dulu. Saya tak nak datang jumpa awak dah. Saya nak merajuk. " Alaisha hampir pergi meninggalkan Adham lalu tangan Adham bergerak sedikit seperti ingin memanggilnya. Alaisha berkari mendekati Adham. "Awak panggil saya, tadi? Awak... Saya tak pergi ni... Awak tak nak bangun? Serious nak saya pergi? Fine... Saya pergi. " "A... " Terdengar bunyi suara kecil memanggilnya. "Awak dah hampir, Adham. Cuba dengan kuat... Awak mampu mengatasi semua ni. Bangun, Adham. You can do this. Allah ada dengan awak... Cuab dengan kuat lagi. " Adham terlihat seperti sedang melawan dengan dirinya untuk bangun. Akhirnya Adham berjaya membuka matanya. "Allahuakbar... Awak berjaya, Adham. Awak berjaya... Allah maha besar. " Alaisha mengalirkan air mata apabila Adham membuka matanya semula. "Kau... Ni... Dah... Kenapa? Emo... Sangat? " "Yelah... Ofcos lah saya emo, tiga jam saya dekat sini. Baju saya dah Bau ubat. Yang awak tu takpe baring je... Sakit tau tak pinggang saya ni? Tiga jam kehulu kehilir macam tunggu orang bersalin. " "Hmm? Kau rindu aku ek? Kau tunggu aku sembuh? Kau rindu aku marah kau, sakat kau, sindir kau? " "Ma... Mana awak tahu semua ni? Awak... Bela saka ek? Ee takut saya. " "Bukan saka, ngok! Aku dengar apa yang kau cakap tadi. Berbunga bunga hati kau ucap semua tu dekat aku ek? " "Eiii mana ada berbunga. Berdarah ada lah! Kalau bukan sebab awak kemalangan, dah kenyang saya makan tadi tau tak? Saya lapar tau tak? " Alaisha memegang perutnya yang teramat kempis. "Dah masuk angin dah ni. Awak nak makan apa apa tak? Saya ada belikan nasi goreng... Awak nak? " "Nak... Tapi... Kau suapkan aku ek? Tangan aku nk lemah sangat. Tak mampu nak bergerak. Boleh eh? " "Ee mengada. Haritu bukan main benci... Dahlah, nah buka mulut. " Sudu yang diisi dengan nasi goreng dimasukkan ke dalam mulut Adham. "Sedap... " "Sedap kan? Eh tapi... Selalunya kalau orang sakit, makan bubur je tapi awak berdaya pula ek nak telan nasi goreng ni. Tak rasa macam nak muntah balik ke? Awak ok ke? " "Aku ok jelah. Dah... Sambung suapkan aku je. " "Baiklah wahai bos. Kalau bos ni bukan bos saya, dah lama dah saya tinggalkan bos dekat sini. " Adham memandang wajah Alaisha ketika dia sedang sibuk memarahi Adham. 'Kau comel juga kan...' Adham bermonolog.

-Bersambung-

Jodoh ♥Where stories live. Discover now