-Bab 6-

250 14 0
                                    

"Saya... Saya terjatuh depan surau tadi. Kan licin tempat tu. " "Ye ke terjatuh? Yelah yelah. Awak ok tak ni? Nak saya tolong sapukan ubat tu? " "Eh takpayah... Saya boleh buat ni. Awak pergilah sambung kerja. Saya ok. " "Baiklah kalau macam tu. Saya keluar dulu. " Adnin terasa bagai sesuatu terjadi di tingkat 8 sebentar tadi sehingga siku Alaisha terluka. 'Adham? Apa yang dia buat?'

"Am? Kau buat apa tu, Am?! Kau gila?! Kau nak bunuh diri ke, gila?! " Adnin menarik Adham yang sedang berdiri di hujung balkoni. Bagai hendak tercabut jantungnya melihat Adham sebegitu. "Apa masalah kau sampai nak bunuh diri ni, Am? Ingat Allah, Am. Istigfar! " Adham terus duduk di lantai lalu menekupkan mukanya pada lutut. "Am... Kau ni dah kenapa? Ceritakan pada aku. Aku masih di sini untuk kau. Ceritalah Am. " "Hati aku tak tenang, Ad. Aku tak tenteram. Aku seolah olah masih mencari dia. Aku perlukan dia pada ketika ini, Ad. Aku tak mampu hidup tanpa dia. Aku rasa macam nak gila hidup macam ni. " Adham menangis sepuas hatinya. "Bila bila je kau nak buat macam ni, ingatlah pada mama dan papa kau. Bukan Diana sahaja hidup kau, diorang berdua dan Inara ada untuk kau. Mereka bertiga sentiasa harapkan kau berubah dan menjadi bahagia seperti dulu. Susah sangat ke untuk melupakan dia? Apa istimewa sangat dia tu? " Adham bersandar di dinding. "Dia terlalu istimewa bagi aku, Ad. Dia menjadi pelengkap hidup aku pada ketika mama, papa dan Inara tidak mempedulikan aku. Sekarang semuanya berubah, diorang menyayangi aku kerana dia. Pemergian dia membuatkan mereka merisaukan aku. Dia bidadari buat aku, Ad. Dia sempurna dalam segalanya. She's perfect... Tiada satu kekurangan pun yang dapat aku lihat dalam diri dia. " "Aku faham, Am. Kau masih ada keluarga, kau masih ada aku, dan ramai lagi. Try hard to move on, Am. Aku akan bantu kau, Am. Kau boleh keluar, hirup udara segar... Solat, mengaji. Semua ini akan bantu kau berubah. " Adham memeluk Adnin. "Inilah sebabnya kau menjadi sahabat terbaik aku, Ad. Kau sentiasa positif... Thank you, sahabat. " "Sama sama, sahabat. Dahlah aku chaw dulu. Nak turun jumpa Crush aku di bawah, bye bye. " "Crush? Siapa? Budak tu? " Adnin tersengih lalu mengangguk. "Haa, budak tulah... " Adham menggeleng. "Kau memang takkan berubah langsung kan, Ad. Aku rasa macam nak giling giling je muka kau ni. Dahlah, pergi turun. " "Sebelum aku turun, kau janji jangan lompat tau! Kalau kau lompat, aku Bakar mayat kau. " Adnin berkata sambil tergelak besar lalu berlari turun. Adham menggeleng sambil tergelak besar. "Gila punya kawan! Nak Bakar mayat kawan... Tak support member lah kau ni Ad! "

"Alaisha... Saya nak balik dah ni. Awak tak balik lagi? Dah pukul 8:30 ni. Tak nak balik ke? " "Err... Saya ada kerja sikit. Awak balik dulu lah ye. Jumpa esok. " "Bye, kita jumpa esok. Jangan lupa mimpi saya ya? " "Tak ada maknanya saya nak mimpi awak. Baik saya mimpi hrithik roshan... Lagi handsome. " "Eleh... Malu nak mengaku saya handsome lah tu kan? " "Balik jelah awak. " "Halau saya ke tu? Fine, saya balik. " Adnin terus keluar daripada pejabat. Alaisha menggeleng. "Gedik... "

Semua lampu pejabat ditutup olehnya menyangka bahawa semua pekerja telah pulang. Jam menunjukkan pukul 9:30 malam. 'Aduh lambat pula... Macam mana boleh terlepas pandang jam ni? ' Alaisha bermonolog. Sedang dia menutup pintu, seseorang mengetuk pintu dari dalam pejabat. "Arghh! Siapa tu? " Adham mengetuk dengan lebih kuat. Alaisha terus membuka pintu tersebut. "Gila! Kau gila! Kau nak bunuh aku?! Perempuan paling gila yang pernah aku tengok! Sah! Kau gila! Pembunuh! " "Eh bos bos... Relaxlah. Yang bos tak balik lagi tu kenapa? Manalah saya nak tahu bos tak balik lagi? Saya ingat semua dah balik. " "Ha baguslah ingat ingat. Kalau aku mati kat dalam tu malam ni, esok kau kena menjawab tau. Masuk lokaplah jawabnya. Geramnya aku pandang muka kau ni. Buat muka tak bersalah pula. Tepilah! " "Bos memang tak reti cakap baik baik ek? Tak habis habis cari gaduh. Bos ingat saya takut ke kalau bos menjerit macam tu? " "Ofcourselah kau kena takut dengan aku. Aku boleh pecat kau. Lagi satu, aku ni lelaki, kau perempuan. Tak takut ke? " Adham bertanya dengan wajah bengisnya. "Bos dah tak reti buat reaksi lain ke? Asyik sama je. Bosanlah pandang. Cuba senyum ke, gelak ke, buat muka comel ke... Ini tak, bengis je selalu. Bos tau tak saya dah ada nama baru untuk bos, Encik Weirdo. Pelik bebenor ek perangai bos ni. " "Tak payah suka suka hati tukar nama aku. Mama papa aku dah letak nama elok untuk aku... Ingat, kau tu pekerja aku. You're just like my slay. Hamba aku. " "Eh eh... Bos silap. Saya pekerja, bukab hamba. Saya hanyalah hamba Allah, bukan hamba bos. Got it? Bye, saya nak balik dulu so... Assalamualaikum. Semoga bos melalui hari yang indah esok. " Alaisha berkata kata laku terus berjalan keluar.

Alaisha cuba menghidupkan keretanya namun akhirnya dia gagal. "Alamak! Takkan rosak pula. Janganlah wahai baby Swift. Jangan buat saya macam ni... Hiduplah cepat. Allahu... " Gagal lagi. Hujan mula membasahi bumi. "Allahu... Macam mana nak balik ni? Hujan lebat ni? Naik grab! " Alisha cuba membuka telefon bimbitnya. "Aduh mak!! Telefon tak ada bateri! Alaaaaa... Macam mana nak balik ni? Jalan kaki? Fine... Jalan kaki is the Best choice. " Alaisha mula meredah hujan namun tiba tiba sesuatu memberhentikan langkahnya.

-Bersambung-

Jodoh ♥Where stories live. Discover now