-Bab 31-

206 9 0
                                    

"Abang... Kita jalan dekat situ kejap boleh? Nampak cantiklah taman ni. Full of flowers. " "With a beautiful girl... And love. I'm happy, love. " Alaisha memandang Adham. "Im happy too, hubby. Sayang nak bunga tu boleh? Abang tolong ambilkan boleh? " "Anything for my love... " Adham berjalan mendekati bunga tersebut. Namun seorang wanita cuba mengambil bunga yang sama. "Adham? Awak ke tu? " Adham mengangkat wajahnya. Wanita ini... Diana? "Ya Saya Adham... Kenapa Diana? " "Tak... Saya bukan Diana, saya Dania, adik kembar Diana. " Alaisha mendekati Adham. "Siapa ni, abang? Dah lama kenal ke? " "Saya Dania, adik kembar Diana, tunang Adham. " Alaisha memandang Adham di sisinya. "Cik ni siapa pula? Kenapa ada di sini dengan Adham? " Dania bertanya. "Saya... Isteri abang Adham. " "Oh... Bila kahwin? Dah lama? " "Dah tiga minggu." "Oh... Adham dah lupakan kak Diana kan? Sekejap je kan? Takpelah... Saya balik dulu, Adham dan... Apa nama awak? " "Saya Alaisha... " "Ha, Alaisha... Saya balik dulu. " Dania meninggalkan mereka di situ. Alaisha memandang ke arah lain... Entah mengapa satu perasaan baru wujud dalam dirinya. Perasaan takut... Takut untuk kehilangan orang yang dicintai. Adham berjalan pergi seorang diri. Alaisha menoleh dan melihat Adham yang berjalan seorang diri. Alaisha berjalan ke arah bertentangan. "Wujudnya cinta... Cinta yang menyakitkan. Melukakan hati dan perasaan... Cinta? Kenapa perlu perkataan itu wujud dalam kamus hidup manusia? " Perkara yang wujud dalam kotak fikiran Alaisha.

Alaisha pulang ke rumah Tok Chik. "Adik baru balik? Kenapa lambat? Adham dah balik tadi... Adik pergi mana tadi? " "Along dah sihat? " "Along tanya lain, Adik jawab lain kenapa? Adik ada apa apa masalah dengan Adham? Cuba adik cerita? " "Adik... Adik ok je. Adik naik rehat dulu ye? Adik penat sikit.. Nanti dah rehat, adik cerita apa yang terjadi tadi. " "Baiklah kalau macam tu... Adik naiklah dulu. "

Alaisha membuka pintu biliknya dan melihat Adham sedang terbaring di atas katil. Alaisha terus masuk ke dalam tandas. Kesunyian ini....disangkanya tidak akan ada lagi dalam hidupnya. Badannya dibersihkan lalu dia keluar daripada tandas. Adham sedang mengemas pakaian dalam almari lalu diletakkan ke dalam beg. "Abang nak pergi mana sekarang? Dah tengah malam ni. " "Balik... " "Sayang macam mana? Duduk sini sorang sorang? Kenapa abang nak balik sekarang? " "Saya nak balik! Tak faham ke! I'm going! " Adham berjalan laju keluar daripada bilik bersama beg di tangannya. "Abang! You can't leave me like this! Abang! " Alaisha cuba menahan Adhan daripada terus berjalan keluar. Adham menepis tangan Alaisha laju. "Saya cakap tepi... Maksudnya tepi. " Adham terus berjalan keluar. Keretanya meluncur laju keluar daripada perkarangan rumah kampung tersebut. "Adik... Kenapa Adham pergi macam tu je? Adik? Kenapa ni? Any problem? " Umi, mama, abah, papa, along, Angah dan Allina mula bertanya. Alaisha tidak dapat menjawab soalan siapa siapa pun. Hatinya terluka. Hanya air mata mengalir menandakan luka di hatinya. "Adik... Adik tenangkan fikiran dahulu dan kita akan berbincang tentang perkara ini. Pergilah rehat, dah malam sangat ni. " Alaisha berjalan lemah ke biliknya. Surat yang ditinggalkan oleh Adham dibuka dan dibaca. 'Maafkan abang, abang tak berniat untuk lukakan sayang tapi... Abang terpaksa. Bayangan Diana mengganggu fikiran abang dan abang tak mampu lakukan apa apa buat masa ini. Maafkan Abang.' Air mata Alaisha jatuh akhirnya. "Allahu... Kebahagiaan baru sahaja kami kecapi, janganlah engkau tamatkannya di sini. Aku masih memerlukannya. " Alaisha menghidupkan malamnya dengan berqiamullail. Nama Adham sering disebutnya dalam setiap doa. Hatinya mulai sebak setiap kali menitipkan nama Adham dalam doanya. "Ya Allah, Adham, lelaki yang berjaya bertakhta dalam hatiku, hati ini sudah ku janjikan hanya untuknya, status suami yang ku katakan sejak dahulu. Aku memerlukannya sebagai teman dalam hidup ini... Aku mencintainya keranamu, Allah. " Alaisha mengaminkan doanya. Rindu pula solat jemaah yang akan dilakukan bersama. Telefon bimbitnya yang diletakkan gambar mereka sewaktu majlis resepsi dipandangnya. Air mata menitis perlahan. Adakah Adham akan pulang ke pangkuannya semula atau... Dia akan memilih Dania kerana wajah wanita itu yang mirip dengan bekas tunangnya? Mampukah aku menahan pedihnya melihat dia memilih wanita lain? Mampukah aku? Soalan itu seringkali tertib dalam otak Alaisha. 'Mampukah aku menerima semua ini sedangkan perpisahan selama 1 saat pun aku tidak mampu melalui? Mampukah aku memberikan hak aku kepada wanita lain? Aku takkan sesekali mampu untuk melakukan semua ini tapi... Kalau ini dapat memulangkan semula kebahagiaannya maka... Aku sanggup tempuhi deminya. ' Alaisha bermonolog. Wajah Adham membuatkan dia tidak mampu melakukan semua itu... Penting diri kah aku?

-Bersambung-

Jodoh ♥Where stories live. Discover now