-Bab 27-

200 9 0
                                    

"Abang pergilah letak barang barang ni dalam kereta dulu. Sayang nak pakai tudung dulu... " "Okay... Jangan lambat lambat. Abang pergi bawah dulu. " Alaisha mengangguk sambil tersenyum. Tudung bawal crepe disarungkan dan dipin. Dia menuruni tangga laju lalu keluar daripada rumah. Pagar dan pintu ditutup lalu dikunci. "Ready dah semua? Semua barang sayang dah siapkan? Tak tinggal apa apa pun kan? " "Ermm... Done! Jom balik kampung. Yeay! " "Yeay! Balik kampung... Ooooo balik kampung... Oooo balik kampung, hati girang. " Alaisha tergelak kecil. "Macam nak balik beraya pula kita ni. Sayang dah rindu diorang sangat sangat dah ni. " "Same here, love. Setahu abang, sayang pernah balik kampung sekali dua je kan? " Alaisha mengangguk. "Kalau sayang balik setiap kali beraya, mesti abang dah jatuh cinta lebih awal dengan sayang tapi... Itulah dinamakan jodoh. Bertemu lambat tapi tetap berjodoh. " Alaisha mengangguk laju. "Sayang dah lupa dah macam mana kampung kita tu? Kan dah lama sangat tak pergi... Last sayang pergi masa umur 10 tahun. " "Kampung tu, ada sungai... Taman bunga yang abang suka melawat setiap kali perlu sana, bukit bukit cantik. " "Seriously? Tak sabarnya nak pergi lagi. Selalunya kalau balik kampung, sayang selalu kena terperap dalam bilik tu je... Diorang tak benarkan keluar sebab tak ada teman. " "La ye ke? Siannya dia... Nanti abang bawa sayang pergi semua tempat tempat dalam kampung tu. I'm sure, you'll love it. " "Yeshhh! Ofcourse. Abang... Jangan layan mulut orang orang kampung okay? Diorang ada ada je nak sakitkan hati orang... Lagi lagi tentang... Hubungan abang yang diketahui satu kampung sebelum ni. " "Abang dah bersedia untuk semua itu, sayang. Lagipun... Pertunangan itu dah berakhir apabila jasad Diana masuk ke tanah tetapi... Hati ini akan sentiasa mengenangkan dia. " "Hmm... Kalau dah bersedia baguslah. Tapi... Abang tak bagitahu pun bahawa... Abang pernah bertunang dengan dia? Sayang bukan nak menyibuk tapi... Kenapa tak cerita? " "Sebab... Abang rasa perkara lama tak usah dikenang... Maybe? Sayang terasa ke sebab abang tak cerita? Maafkan abang kalau sayang terasa, abang cuma tak nak sayang terluka kalau sayang tahu tentang hal ini. " "It's okay... Biarlah. Perkara dah berlalu. Maaflah sebab sayang banyak mengungkit. Sayang tak berniat tapi... Bosanlah perjalanan lama lama dalam kereta... Berapa lama lagi nak sampai ni? " "3 to 4 hours to go, sayang... Abang nak tanya sikit boleh? Sayang takkan marah kan?" "Apa soalannya, In Shaa Allah sayang tak marah. " "Sayang... Tak pernah ada someone special dalam hati? I mean... Kekasih? " Alaisha tersenyum kecil. "Ada... Sampai sekarang pun masih di hati. " Adham terdiam sebentar. Dia bagai tidak mahu meneruskan kata kata tentang topik tersebut. "Siapa orang dalam hati sayang? Adakah orang tu terlalu istimewa sampai sayang tak boleh lupakan walaupun sayang dah bernikah dengan abang? " Alaisha tersenyum lebar sambil memandang Adham. "Sampai masuk ke kubur pun sayang takkan dapat lupakan orang tu. " "Kenapa? Siapa orang special tu? Ala yang dia dah buat untuk sayang selama ini? " "Dia dah lahirkan sayang tanpa menghiraukan sakitnya pada ketika itu, besarkan sayang, beri wang saku untuk sayang ke sekolah, dia berikan sepenuh kasih sayang, dia beri segala apa yang sayang mahukan, dia mengesat mata sayang ketika sayang menangis, dia janjikan kebahagiaan dalam kehidupan sayang, sentiasa memberi semangat kepada sayang pada ketika sayang memerlukan... Dan banyak lagi sehingga sayang takkan mampu balas walau dengan apa sekalipun yang boleh didapati di dunia ini. Inilah sebabnya sayang takkan pernah lupakan someone special ini seunur hidup sayang. " "Umi dan abah kan? Jawapan sayang ni macam seorang artis jawab masa perjumpaan bersama wartawan tau tak? Abang maksudkan... Kekasih? " Alaisha menggeleng. "Kenapa... Tak boleh percaya ke sayang tak pernah cintakan sesiapa? Dari kecil lagi, sayang dah berjanji untuk menyimpan hati ini hanya untuk suami yang sah untuk sayang... Tiada lelaki mana pun yang layak menerima cinta sayang melainkan suami sayang. " Adham mengambil tangan Alaisha di sisinya lalu dicium. "I love you for this... For your innocent heart. For this lovely smile, and for this love. " "I love you the most, abang... Itulah sebabnya Allah menyuruh sayang menyimpan cinta sebanyak ini hanya untuk abang selama ini. " Adham tersenyum manis menampakkan lesung pipinya. "Janganlah senyum macam tu, abang... Cair orang tepi ni... " "Mencair ek? Tak pernah bagitahu pun... Kalau abang tahu lesung pipi ni boleh cairkan sayang, dah lama abang senyum lebar. " "Hmm encik beruang garang dulu mana pernah senyum. Sampai sayang tak tahu bahawa abang ada lesung pipit macam ni. I never know. " "Alololo... Sekarang kan abang dah jadi encik beruang manis? Betul tak? " Alaisha tergelak kecil. "Betul betul betul. "

Setelah berlalunya empat jam perjalanan, akhirnya mereka tiba di... Kampung Tok Chik! "Sayang... We're here after a long time! Yeay! Dah sampai! " Alaisha tergelak kecil. "Macam budak budak lah abang ni. Dahlah... Diorang dah ada dekat dalam tu agaknya.. Jom masuk? Sayang dah tak sabar nak jumpa diorang semua. " "Same here. Pretty excited... " Adham melihat 'crowd' di dalam rumah Tok Chik dan menyebabkannya mula merasai takut. "Abang... Kenapa tak nak masuk lagi? Jomlah... Masuk dulu jom? " "Ab... Abang takutlah. Abang takut kalau diorang ungkit kisah lama... " "Sayang kan ada? Sayang akan bagi fire comeback dekat diorang... Jangan risau. Jom masuk... " Alaisha menarik perlahan tangan Adham dan membawanya masuk. Semua mata mula memerhati Adham dan Alaisha yang kelihatan sungguh padan antara satu sama lain berserta warna dan corak pakaian mereka yang sama. Bunyi bunyi bisikan mula kedengaran. Adham menggenggam erat tangan Alaisha. Tangan Adham terasa dingin. "Abang? Kenapa ni? Nervous sangat? Biarlah diorang nak cakap apa pun, asalkan kita bahagia kan? Kita tak perlu pedulikan kata kata diorang kan abang? We live our life... " Alaisha tetap menggenggam tangan Adham untuk memberikan sokongan untuknya.

-Bersambung-

Jodoh ♥Where stories live. Discover now