-Bab 4-

325 16 0
                                    

"Alaisha ok ke tak tu? Maaflah Adham memang macam tu. Perangai tak nak dekat dengan perempuan. " Seorang wanita tua berumur dalam lingkungan 50 an mendekati Alaisha lalu menyapu bahagian belakang badannya. "Auntie Layla? Adham tu anak auntie? " Puan Layla mengangguk. "Ya... Adham anak auntie. Tadi Adnin call auntie nak update tentang Alaisha... Terkejut pula auntie mendengarkan tentang berita Alaisha. Auntie dah maklumkan kepada umi dan ayah kamu pun. Auntie suruh diorang jangan risau sebab auntie boleh tengokkan Alaisha. " Alaisha tersenyum manis. "Terima kasih auntie. Susah susah je nak jagakan Alaisha di sini. Maafkan Alaisha sebab... Terlupa nak bawa inhaler naik tadi. Dah sampai tingkat 8 baru teringat. " "Takpa Sha... Auntie tak salahkan Sha pun tapi... Kenapa Sha tak naik lif? Lif rosak ke? " "Eh tak tak... Sha sebenarnya takut naik lif. Sha Fobia naik lif. Kalau Sha paksa naik juga nanti... Sha akan jadi lebih teruk daripada sekarang. " "Takpa takpa... Auntie akan suruh Am buatkan satu lagi surau untuk Sha di tingkat 2 ya? Kan senang Sha nak solat. " "Eh tak payahlah susah susah auntie. Lagipun... Sha sorang je pekerja perempuan di situ, tak payahlah membazir pula. Surau dekat tingkat 8 pun ok je. " "Eh no no no... Auntie still nak Am buatkan surau untuk Sha di tingkat 2..." Alaisha tersenyum manis. "Auntie ni baik sangat. Macam umi... " "Hmm itulah auntie nak bagitahu ni... Panggil auntie mama je ok? " "Tak perlulah auntie... Nanti Tengku Zaril Adham marah pula. Dahlah muka dia garang macam singa sentiasa, tak pernah cuba nak tersenyum. " Puan Layla tergelak kecil. "Muka dia je garang tapi... Hati dia lembut. Senang cair. Kenangan lalu membuatkan dia keraskan hati untuk tetap berjuang dalam kehidupan. Kehilangan yang terjadi dalam hidup dia telah membatukan hati dia. " "Oh...Auntie pernah nampak dia senyum? Sebab Sha tak pernah nampak walaupun baru sehati kerja di sini... Dia dah mula tunjuk kebencian dia terhadap Sha. " "Pernah... Dia selalu tersenyum dulu, kadang dia senyum tanpa sebab. Tapi sekarang... Ad beribu ribu sebab untuk dia tersenyum tapi dia masih menidakkan keadaan keadaan itu. " "Takpelah auntie, insyaallah satu hari nanti... Dia akan kembali tersenyum seperti dahulu. Sh pun kadi tak sabar nak tengok dia senyum. Hanya doa yang mampu kita titipkan untuk dia... " Puan Layla berasa lega apabila berbual denagn Alaisha. "Sha tahu tak... Auntie tak pernah rasa lega macam ni... Sah buatkan auntie ada satu sinar harapan bahawa Am akan jumpa kebahagiaan dia dan hari itu tidak jauh lagi. " "Amiin. Insyaallah, doa ibu itu sangat berkuasa, auntie. Doakan Adham. "
>o<>o<>o<>o<>o<>o<>o<>o<
"Sha... Sha dah balik? Ok tak? Ada sakit apa apa? " Abang sulung Alaisha, Azlan mula bertanya kepada adiknya. "Sha ok je along. Along tak kerja ke harini? Awal balik? " "Yelah... Umi cakap adik sakit... Itulah along balik nak tengok. Sha ok sekarang? " "Alhamdulillah... Sha ok. Terima kasih kerana mengambil berat. Sayang along. Tapi kan... Lain kali kalau nak tengok orang sakit, belilah coklat ke, buah ke... Aiskrim ke. Bolehlah adik nak bergembira ini tak... Tangan kosong je. " "Alahai mengada. Adik tu sakit, mana boleh makan aiskrim. Tak sedar diri tu sakit, nak aiskrim pula. " Alaisha tergelak kecil. "Alololo... Along, mana angah? Dari pagi tadi tak nampak batang hidung? " "Ada je pagi tadi dah keluar awal ke universiti dia... Maklumlah pensyarah pujaan hati ramai gadis. " Alaisha tergelak besar. "Pujaan hati siapa angah tu? " "Biarlah dia. " "Hah! Cakap apa pasal angah tu?! Im back! Adik ok tak? Angah dengar adik macam sakit tadi? Apa cita? Siapa yang bawa adik pergi hospital? " "Hmm... Sakit. Bos adik bawa pergi hospital... Tapi bukan ikhlas pun. " "Bos adik? Am ke? Am tu memang macam tu. Mana adik tahu dia tak ikhlas? " "Muka dia macam tak puas hati dengan adik. Apa jelah masalah hidup dia tu? " Azlan dan Amsyar terdiam. "Korang tahu ke masalah hidup dia? Macam mana korang tahu? Ceritalah pada adik... Adik bosan ni." "Tak perlulah kita mengambil tahu tetang kisah hidup orang, adik. Mestilah along dan angah tahu memandangkan kitorang sama universiti dengan dia dulu. " Beza umur Azlan dan Amsyar hanya setahun. Alaisha merupakan anak bongsu. Beza umurny dengan Azlan adalah 5 tahun manakala Amsyar 4 tahun. "Hmm fine...Along, jom tengok movie haritu? Cerita avengers infinity wars tu... Jomlah? Jom? Adik bosanlah. Angah pun, jomlah join. " "Hmm yelah yelah. Demi adik... Abang abangnya sanggup. " Alaisha tergelak kecil.

-Bersambung-

Jodoh ♥Where stories live. Discover now