"Adik... Jom tengok movie ni, The Fault in our stars? Macam Best je. " "Hmm jom... Angah pun join sekali? Jom.. " Sekali tengok cerita tu... "Along... Lain kali adik dah tak nak tengok cerita macam ni... Sedih gilaaaaaa.... " Alaisha menangis. "Alololo, janganlah nangis. Cerita tu dah habis pun. Move on k? " Alaisha teringat filem yang ditontonnya sebentar tadi. Cerita tentang kisah cinta yang teramat Agung. 'Allah... Kalaulah ada lelaki yang mampu terima aku seperti lelaki itu menerima wanita yang menghidap kanser itu dengan hati yang terbuka, mesti bahagia hidup kan? Masalahnya mana nak dapat lelaki macam tu dalam dunia nyata ni? ' Alaisha bermonolog. "Adik... Kenapa adik tak suka Adham ek? Along kenal dengan dia dan... Along tahu bahawa dia secocok sangat dengan adik. Kenapa adik tak nak dia? " "Along ni dah kenapa tiba tiba tanya soalan macam ni? Jodoh kan ketentuan Allah, bukan ketentuan Adik. Adik bukannya tak suka dua tapi... Dia tak pernah react positif dengan adik. Asal jumpa je gaduh, jumpa je gaduh. Penatlah asyik gaduh memanjang. " "Jangan benci benci takut nanti benci bertukar menjadi sayang. Sayang yang amat mendalam. " "Along jangan banyak cakap boleh tak? Dahlah along tu minat Alina dalam diam, bukan reti nak pergi tegur Alina tu. Alina tak makan oranglah, along. Yang along takut sangat kenapa? " "Takutlah... Nanti dia marah Along. Takkanlah along nak pergi dekat dia then terus bagitahu awak ni comellah. Kang dia hadiahkan penumbuk buat along macam mana? Rosak juga muka kacak along ni. " "Ee berlagak. Perasan tu sama je macam Adham. Perangai sejibik! Adik nak naik dululah. Penat layan along. Sama je macam Adham. " "Adik... Angah tu dah kenapa? Dia macam... Orang yang tengah angau. Ke... Dia dah jatuh cinta? Tak cerita dekat kita pun? " "Ha'ah kan... Sejak tadi pandang telefon dia. Movie tadi pun dia tak layan sebab busy chatting." "Hmm... Nanti kita siasat sama sama.. Sekarang kita masuk tidur dulu. " "Okay... Esok adik kerja lagi... Huhuhu rasa macam nak cuti je. Penat. " "Esok kalau dah sampai office tu mesti adik rasa tenang dan rajin sebab... Dapat pandang muka Adham. " "Along ni memang menyakitkan hati kan? Pergilah... Adik nak naik tidur. Bye. " Alaisha naik ke biliknya.
Adnin melihat Alaisha yang sedang menjenguk keluar sejak pagi. "Alaisha... Awak ok ke tak ni? Sakit eh? Kenapa asyik terjenguk jenguk keluar dari tadi? Awak tunggu orang ke? " "Hmm... Bos dah masuk kerja ke? " "Laa tunggu Adham ke? Dia dah masuk awal pagi tadi dah. Pergilah jumpa dia dekat atas. " Alaisha tersengih. "Terima kasih sebab bagitahu, kalau tak mesti saya takkan tahu sampai balik nanti." "Sama sama... Awak kerja sini lagi 28 hari je lagi kan? Sedihlah saya nanti kehilangan kawan macam ni... " "Mana ada kehilangan? Kita still boleh berkawan sampai bila bila. Saya naik dulu, saya nak jumpa bos kejap. " Alaisha meninggalkan Adnin di situ. Adnin tersenyum... 'Dia nak jumpa Adham!! Yeayy... Patutnya diorang bahagia tapi aku pula yang gembira... ' Adnin tergelak sendiri.
"Bos... Boleh saya masuk? Bos? " "Masuk! " Adham memberikan arahan untuk Alaisha. "Maaf bos, saya duduk dulu, penat. " "Aku ada suruh kau duduk ke? Suka suki kau je kan. Aku nak kau berdiri balik. " "Huh? Alaa bos... Saya nak cakap hal penting ni. Bos ada masa sekarang? " Adham menggeleng. "Tak ada masa..." "Bos... Saya tengah serious ni. Baki lagi 28 hari je saya bekerja disini... Kalau bos dah terlalu benci, approve je surat intern saya ni. Saya dah boleh pergi dah. Bos tak perlu pandang muka saya lagi... Bos tak perlu marah marah saya lagi. 28 hari lagi dan... Saya akan pergi buat selama lamanya dan takkan kembali ke sini lagi. Saya cuma nak... Bos tandatangan approval letter ni untuk saya... Bebas daripada sini. " "Kau letak je dekat situ, aku akan tandatangan kejap lagi. " "Boleh tak kalau bos tandatangan sekarang? Saya nak bawa ni keluar sekarang... " "Kenapa kau tak sabar sangat nak keluar daripada sini? Teruk sangat ke office aku ni? " "Bukan itu maksud saya, Bos... Satu lagi, bukan office ni yang teruk, layanan awak kepada saya yang teruk." Alaisha berkata lalu terus keluar daripada bilik Adham.
"Awak, saya balik dulu, bye. Assalamualaikum. " "Besnya dapat balik awal... Bye, Waalaikumsalam. " Adnin tersenyum lalu terus keluar. Semua pekerja mula beransur pulang sehingga tiada sesiapa yang berbaki di situ.
Ketukan di pintu pejabat kedengaran. Alaisha yang berbaki seorang mula berasa takut. Denagn perasaan penuh takut dia membuka pintu. Dia melihat beberapa orang bersongkok di hadapannya. "Ya... Encik Encik semua cari siapa? " "Boleh kami tahu ada siapa lagi di dalam ini? Tempat ini kelihatan agak tertutup maka kami terfikir untuk datang memeriksa. Boleh kami lanjutkan? " Alaisha hanya mengangguk. Sejujurnya, dia tidak tahu bahawa Adham masih berada di situ. "Cik boleh kami naik ke atas?" Alaisha memgangguk. "mereka tiba di tingkat 8 pada akhirnya. "Ini bilik apa? Bukakan sekarang. " Tiba tiba Adham keluar daripada bilik tersebut. Alaisha terkedu. 'Allahu... Apa pula yang sudah terjadi ini? ' "Cik... Siapa encik ni? Apa yang korang berdua buat dalam pejabat ini? Waktu bekerja mula dari pukul berapa hingga pukul berapa? " "Err... Kami boleh terangkan semuanya... "
-Bersambung-
YOU ARE READING
Jodoh ♥
RomanceMengisahkan tentang kehidupan wanita tabah yang mencuba sedaya upaya untuk membuatkan sang pencinta hati jatuh cinta kepadanya. Perkahwinan yang dipaksa tidak menghentikannya daripada meneruskan misi untuk mengambil hati suaminya. Lelaki itu tidak p...