"Doktor? Apa dah terjadi dengan Alaisha? " "Isteri encik kan? Encik tak tahu ke dia tak makan selama dua hari? Dia tak ada kekuatan... Itulah sebabnya dia jadi macam tu. Sekarang kami sedang masukkan glucose ke dalam badan dia... Encik dibenarkan melawat dia tetapi jangan ganggu pesakit. Dia perlukan rehat, badan dia lemah. " Adham mengangguk laju lalu masuk ke dalam wad yang menempatkan Alaisha. Dia mendekati wanita itu. Terdapat sesuatu di tangannya. Wajah Alaisha terlalu pucat. Bukan seperti Alaisha yang bahagia seperti selalu. "Maafkan aku, Alaisha... Aku dera kau macam ni. Aku tak berniat untuk seksa kau sampai begini sekali. Maafkan aku, aku memang suami tak guna. Aku asyik sakitkan kau dengan kata kata aku tanpa aku sedari kerana... Aku cuba untuk membenci kau, aku tak mampu untuk buat sedemikian. Kau tak pernah buat salah kepada aku tapi aku menyalahi kau berkali kali. Aku sakitkan kau berkali kali tapi kau... Sabar dengan segalanya selama ini. Aku betul betul minta maaf... Buka mata ni dan aku akan buat apa sahaja yang kau minta sebagai ganti semua pengorbanan kau, Alaisha. " Alaisha membuka matanya lemah. "D... Dah habis cakap? Banyak rupanya awak nak confess dengan saya? Ada lagi yang saya tak tahu? " "Kau dah bangun ke? Bila kau sedar? " "Doktor tak bagitahu ke saya dah sedar lama dah. Takpe... Ada baiknya doktor tu tak bagitahu, bolehlah saya dengar semua itu daripada mulut Encik Beruang garang ni. Encik beruang ada apa apa nak bagitahu lagi?" Adham menggeleng. "Jadi... Saya ada satu perkara untuk confess juga... Saya pun dah ter-jatuh cinta dengan awak. Saya cuba sedaya upaya untuk tidak mencintai awak tapi saya... Tak mampu. Saya manusia biasa yang ada perasaan dan perasaan saya terkorban setiap kali awak minta saya... Jangan jatuh cinta dengan awak. Pernah ke awak fikirkan perasaan saya? Saya bagai orang gila untuk sembunyikan perasaan ini daripada awak. Saya mula jatuh cinta pada awak sejak... Awak selamatkan saya dalam lif haritu. Awak tak fikirkan nyawa awak dan pentingkan nyawa saya lagi. Saya kagum dengan awak... Dan cinta itu datang secara sendirinya. " "A... Aku tak boleh percaya apa yang aku dengar. Puan Singa garang confess dekat aku? Serius Ah? Betul ke apa yang aku dengar? Betul ke atau aku mimpi? " "Mimpi? Datang dekat jap... Kejap je... " Adham mendekatkan wajahnya kepada Alaisha. Alaisha mencubit pipinya kuat. "Sakit tak? " "Aduh! Sakitlah... Kenapa kau cubit? Sakit! " "Kalau sakit maksudnya bukan mimpi. Faham? " "Hmm yelah. So... Kau nak aku tukar gelaran ni ke? " "Suka hati awaklah, Encik beruang garang. Saya tak nak paksa awak... " "Kalau... Sayang ok? Ke... Honey ke? Baby ke? " Alaisha menggeleng. "Gelilah awak nama macam tu. Apa kata awak panggil saya nama yang short and sweet. " "Macam... Love? " Alaisha memandang Adham. "Betul ke ni? Awak serious? Awak tak prank saya kan? Kalau awak prank saya, serious saya lari rumah, tak balik dah. " Adham tergelak kecil. "Tak... Abang tak prank love pun. " Alaisha tergelak kecil. "Abang? Love? Are you serious? Kalau saya tahu awak akan layan saya macam ni, hari hari pun saya sanggup sakit. " Adham tersenyum manis. "Setiap kali sayang sakit, abang rasa macam separuh nyawa abang melayang. Setiap kali sayang sakit... Abang tak berdaya." Alaisha mengalirkan air mata. "Saya rasa macam... Saya dah capai satu impian dalam hidup saya. Buat awak cintakan saya... Satu impian yang tak dapat saya fikirkan. Awak... Maafkan saya juga sebab saya banyak sakitkan hati awak, bebankan awak... Saya kan selalu sakit... Awak tak menyesal jadikan saya isteri awak? Awak kena bawa saya datang hospital selalu... Saya senang jatuh sakit. Sebelum ni pun dah berkali kali awak bawa saya datang hospital kan? " Adham tersenyum manis sambil memandang ke dalam anak mata Alaisha. "Janganlah sakit selalu, nanti siapa yang sakat abang, melawak dengan abang, merajuk dengan abang... Abang tak pernah menyesal tapi... Geram tu adalah sikit. Abang baru je nak bincang dengan sayang tentang sesuatu harini dan...sayang dah masuk hospital macam ni. Lain kali, jangan seksa diri sayang demi orang lain. You're stronger than what you think about you. Trust me... You're strong enough. " "Thank you sebab terima sayang. Kalau abang nak tahu, abanglah mimpi isthikarah sayang. Itulah sebabnya sayang terima abang macam tu je... Sayang yakin abang jodoh sayang tapi sayang tak yakin... Bahagia kah kita nanti so... Sayang macam keliru. " "So... Nanti kita buat parti untuk our heart yang dah bersatu untuk semua ahli keluarga terdekat kuta dan laling penting...jumpa along dan angah sayang tu. Azlan and Amsyar... Sayang rindu diorang sangat sangat kan? " "Mana abang tahu? Sayang rindu diorang bagai nak gila ni. " "Abang nampak kekuatan kasih sayang dalam korang bertiga. Mereka terlalu menyayangi sayang. " Alaisha mengangguk sambil tersenyum manis.
-Bersambung-
YOU ARE READING
Jodoh ♥
RomanceMengisahkan tentang kehidupan wanita tabah yang mencuba sedaya upaya untuk membuatkan sang pencinta hati jatuh cinta kepadanya. Perkahwinan yang dipaksa tidak menghentikannya daripada meneruskan misi untuk mengambil hati suaminya. Lelaki itu tidak p...