-Bab 10-

265 11 0
                                    

Alaisha berdiri di hujung lif. Jantungnya berdegup kencang. Fobianya menjadikan di terlalu takut untuk menaiki lif. Adham melihat wajah Alaisha yang hanya memejamkan matanya rapat, wajah Alaisha berpeluh-peluh. "Kau ni dah kenapa? Aku bukannya nak bunuh kau. " Alaisha terduduk di hujung lif dan tangannya ditekupkan ke matanya. "Kau ok tak ni? Kau pula yang menakutkan aku... Kau ni apahal? " Tiba tiba lif terhenti dan semua lampu di dalam lif tertutup namun pintu tidak terbuka. "Weh... Kenapa pula dah lif ni? Tak habis habis sangkut. " Adham terdengar bunyi Alaisha tercungap-cungap. "Hei... Alaisha, kau ok tak ni? " Tiada sebarang respon daripada Alaisha. "Kau ok tak ni? Respon aku please... Atleast bersuara. " Alaisha menggeleng walaupun di tahu Adham tidak dapat melihatnya. "Hei, kau ok tak ni? Cakap sikit pleasee. Aku tak nampak kau. " Adham mengetuk pintu lif sekuat hatinya namun tiada apa apa kesan. Dia cuba mendekati Alaisha. Tangan Alaisha lekas menggeggam lengannya. "Kau ok tak ni? Asma lagi? Mana inhaler kau? Jangan cakap kau tak bawa sudah... Mana?? " "A... Ada... D... Dalam... Be... Beg. " "Mana beg kau pula? " Adham cuba mencari menggunakan tangannya. "Hah! Jumpa! " Adham menyelongkar neg Alaisha. Genggaman Alaisha pada lengannya menjadi semakin kuat apabila lif mula bergegar kuat. "Alaisha... Kau kena gunakan inhalernya. Nah... Cepat. " Alaisha mengambil inhalernya lalu digunakan. "Feeling better? " Alaisha menggeleng. "M... Macam mana nak keluar daripada lif ni? S... Saya nak keluar sekarang. " "Kita kena tunggu kejap. Bomba kena sampai sini dulu... Kita tak boleh buat apa apa. " Alaisha bertambah takut apabila lif bergegar lebih kuat. Bagai hendak tercabut jantungnya. Genggaman pada lengan Adham masih tidak dilepaskan olehnya. Adham hanya membiarkan Alaisha memperlakukan sebegitu kerana sejujurnya... Dia mula berasa tenang berada bersama Alaisha namun perasaan tersebut ditepis jauh jauh. "Awak... Kita takkan... Ma... Mati dalam lif ni kan? " Adham menggeleng. "In Shaa Allah... " Alaisha hanya menundukkan wajahnya. Hatinya terasa tidak tenang. Nafasnya mula tersekat sekat. Entah mengapa keadaan nafasnya mula bertambah teruk. "Alaisha... Kau... Kau ok tak ni? Alaisha. " Tubuh Alaisha menjadi dingin bagai kekurangan oksigen. "Alaisha... Kau jangan buat aku macam ni. " Tubuh Alaisha disandarkan pada dinding lif. Loceng di dalam lif ditekan oleh Adham berkali kali. "Tolong! Kami sangkut dalam lif! Tolong! Tolong kami! " Alaisha menghulurkan tangannya kepada Adham. "Sa... Saya rasa... S... Sesak nafas. K... Kalau inilah... Waktu... Waktu terakhir dalam... H... Hidup saya, s... Saya nak... Berterima ka... Kasih kepada... Awak, sebab... Izinkan saya... Bekerja di sini... Sampaikan s... Salam saya kepada keluarga saya... Bagitahu d... Diorang, saya... Sayangkan diorang..." "Alaisha... Kau merepek apa ni? Kau takkan apa apa. Aku takkan biarkan kau mati macam tu je. Diorang akan datang selamatkan kau, aku merayu pada kau, tolong kuatkan semangat aku demi keluarga kau. Diorang masih ada untuk kau. Tolonglah bertahan. " "Saya takut, Saya tak mampu. K... Kalau saya mat... Mati sekarang? " "Kau diam boleh tak? Janganlah cakap pasal mati. Aku yakin kau akan hidup. Kau kena hidup. Kau kuat, Alaisha. Aku tahu kau mampu lawan semua ni. " Alaisha menutup matanya perlahan lahan. Lif mula terbuka sedikit. Cahaya sedikit menembusi lif tersebut menyebabkan Adham mampu melihat wajah Alaisha. Alaisha sudah pun memejamkan matanya. "Alaisha... Kau tak mati lagi kan? Janganlah tutup mata, takutlah. Bukalah mata kau tu. Jangan buat aku takut. " Alaisha tidak memberikan apa apa respon. Matanya masih terpejam rapat. "Alaisha? Bangunlah... Tolong! Tolong kami! " Adham kembali menjerit di sebalik pembukaan kecil pada lif. Terdapat beberapa suara daripada luar memberi respon kepada Adham. "Sabar cik, kami sedang usaha untuk mengeluarkan cik daripada dalam tu. " Lif itu kini tersangkut di antara tingkat 5 dan tingkat 6. Adham kembali kepada Alaisha. "Diorang dah datang untuk selamatkan kita, Alaisha. Kau kena bangun... Sekejap je lagi perjuangan kau. Kita akan keluar daripada sini... Aku tahu kau kuat. Pertahankan nyawa kau, Alaisha. " Adham memberikan kata kata semangat buat Alaisha. Dia sedikit terkenang kepada Diana, peristiwa di mana hilangnya nyawa wanita itu. Kali terakhir dia melihat wanita itu dengan lumuran darah sambil dia memberi kata kata semangat kepadanya. "Kau takkan tinggalkan aku lagi, Alaisha. " Adham berkata.

Pintu lif berjaya dibuka. Adham terpaksa mengangkat Alaisha lalu naik ke atas melalui tali yang diberikan kepada mereka berdua. "Kita perlu bawa dia ke hospital sekarang! " Alaisha hanya mendengar kata kata orang orang di sekelilingnya. Dia mendengar kata kata semangat Adham untuknya tadi namun dia tidak berdaya untuk memberikan sebarang respon.

Entah mengapa, Adham menggenggam tangan Alaisha hingga ke hadapan unit rawatan kecemasan. Hatinya terasa berat apabila tangan Alaisha terpaksa dilepaskan sebentar tadi di hadapan Unit rawatan kecemasan. 'Kau dah buat sesuatu pada aku, Alaisha... Kenapa kau hadir dalam hidup aku? ' Adham duduk di hadapan unit rawatan kecemasan sambil kepalanya disandarkan je dinding. "Kau akan selamat, Alaisha, sebab kau kuat. Aku dapat lihat kekuatan kau... "

-Bersambung-

Jodoh ♥Where stories live. Discover now