-Bab 5-

278 14 0
                                    

"Eh Alaisha dah masuk kerja harini? Awak tahu tak saya dah mula rindu awak semalam? " Alaisha tergelak kecil. "Awak rindu saya? Rasanya semalam baru jumpa harini jumpa lagi. Nak rindu apanya? " Alaisha meneruskan berjalan ke arah bilik kerjanya. "Adnin! Masuk bilik aku sekarang!" Suara Adham didengari melalui pembesar suara pejabat. "Aduh! Bingit telinga. Saya naik dulu ye, Alaisha. Bye. " Alaisha menggeleng kepalanya. "Manusia... Manusia. Masing masing pelik. Sorang tak reti nak senyum, sorang lagi pula, tak habis habis senyum. " Alaisha menyambung kerjanya.

"Ad... Aku dah suruh kau jangan layankan budak tu kan? Apasal kau tak nak dengar cakap aku ni? Siapa bos dekat sini? " "Kaulah bos. Takkanlah tak boleh bercakap pun. Lagi satu, budak tu ada nama. Janganlah panggil dia budak. Tak adalah kecil mana pun dia tu. " "Aku tak nak tahu nama dia pun. Yang penting, jangan dekat dengan dia. Aku tak suka. Faham? " "Kau ni dah kenapa, Am? Aku makin tak faham dengan kau. Nak kata kau suka dia, tak nampak gaya pun tapi... Kenapa kau tak nak bagi aku chance nak mendekati dia? " "Aku cakap jangan maka janganlah. Jangan sampai aku halau budak tu daripada bekerja di sini. Faham? " Adnin menggeleng. "Aku tahu kau sembunyikan sesuatu, bro. Kalau aku nak cerita apa apa then... I'm always here for you. " "Maafkan aku, Ad. Aku buat kau... Terasa. Tapi aku memang betul betul tak nak kau mendekati budak tu. " "Can I know why? Kenapa? What's the reason. " "Aku nak budak tu rasa tertekan kerana keseorangan dan keluar dari sini secepat mungkin. Aku tak nak dia ada di sini... Kau faham tak? " "Fine,aku faham... Tapi apa masalah kau bila dia ada di sini? Dia tak ada ganggu kau pun. Tak bercakap pun dengan kau. Apa masalah kau? " "Aku tak nak, Ad. Dia... Wajah dia... Aku... Aku tak tahu macam mana aku nak terangkan semuanya kepada kau. " "Wajah dia sama dengan Dania? Itu kan masalah kau? " Adham menundukkan wajahnya lalu mengangguk. "Kau patutnya gembira sebab ada juga wanita yang serupa dengan Dania, bukannya sengsara. Kau patutnya bahagia kerana Dania masih wujud dalam rupa dia. " "Aku tak nak, Ad. Aku cuma nak Dania menjadi yang pertama dan terakhir dalam hidup aku. Cukuplah Dania seorang yang bertakhta dalam hati aku selamanya. " "Masalahnya sekarang adalah, Dania dah tak ada! Kenapa susah sangat kau nak faham bahawa Dania dah tak ada! " "Dania ada lagi! Dia ada di setiap penjuru di sini, dia dalam hati aku. Dia akan sentiasa hidup dalam jati aku. Cukuplah kegembiraan itu untuk aku. " "Am, kau gila. Kau kena belajar move on! Kau tak boleh hidup terperap dalam bilik ni. Kau kena keluar, Am. Kau kena keluar mencari angin. Kau kena belajar terima kenyataan. Aku sebagai sahabat baik kau, hanya mampu mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kau. Aku pergi dulu, Assalamualaikum. " Adham melibat Adnin keluar daripada biliknya. Hatinya resah, gelisah, tidak tenang. Dia keluar daripada bilik kerjanya lalu berjalan ke arah surau miliknya di tingkat 8. Wuduk diambil lalu Al quran dibuka. Sudah Yasin dibaca.

Alaisha berjalan ke arah surau di tingkat 8. "Haih, ada bagusnya juga mama nak bina surau di tingkat 2...Alhamdulillah. Tak perlulah aku naik penat penat hingga tingkat 8 ni. Huh... " Alaisha berlalu di hadapan surau lelaki dan terdengar suara alunan Yasin yang amat merdu. Suara itu menarik perhatiannya. 'Siapakah gerangan orang yang sedang membaca AlQuran itu? ' Alaisha menjenguk ke dalam surau namun hanya bahagian belakang lelaki itu sahaja kelihatan. 'Misteri?' Alaisha menutup semula pintu surau lalu menuju ke arah surau wanita. Dia menunaikan solat Zuhur.

Adham berjalan keluar daripada surau dan melihat Alaisha yang sedang menyarungkan kasutnya semula selepas solat. Alaisha berjalan laju ke arah Adham. "Bos? Bos ke yang baca Yasin tadi? Ha? " "Tepilah! Aku nak lalu. " "Jawablah dulu soalan saya. Bukan susah pun, jawab ya atau tidak je. " "Aku cakap tepi, tolong tepi. " "Soalan saya? Jawab jelah. Saya ni memang tak boleh berganjak selagi tak tahu jawapan untuk soalan saya. " "Kau membangkitkan kemarahan aku! " Adham menolak Alaisha ke tepi lalu Alaisha terjatuh ke lantai. Tangannya terlanggar batu di lantai. "Argh! Allah..." Alaisha melihat tangannya yang sedang mengalirkan darah. "Allahu, darah. " Adham tidak mempedulikan Alaisha yang sedang terduduk di lantai. Alaisha membangunkan dirinya. Dia menepuk debu di pakaiannya.

"Alaisha! Darah tu! Awak kena apa? Nak pergi hospital tak? " Adnin menjerit cuak. Sahabat sahabat lain juga menyertainya. "Eh takpe takpe. Ada first aid kit tak? Saya boleh rawat sendiri. Terima kasih kerana mengambil berat ye sahabat sahabat. Korang pergilah sambung kerja... Saya ok. Adnin... Bawakan saya first Aid boleh? " Adnin mengangguk lalu berlari anak untuk mendapatkan first aid kit. Cuak pula rasanya apabila melihat darah yang Agak banyak. "Nah Alaisha. Gunalah benda benda ni. Semua complete dalam ni. " "Thanks Adnin... Saya menghargai jasa awak. " "Awak tak bagitahu saya lagi macam mana tangan awak ni boleh luka? " Adnin memandang wajah Alaisha. Alaisha hanya menggeleng sambil mengangkat bahu.

-Bersambung-

Jodoh ♥Where stories live. Discover now