-Bab 22-

255 13 4
                                    

Tamatnya majlis persandingan Adham dan Alaisha. Adham memandang Alaisha yang tersenyum bahagia di samping keluarganya. 'Semalam bukan main nangis, dekat sini senyum sampai telinga. ' Adham bermonolog. "Macam mana hidup sebagai seorang suami sekarang, Am? " Adnin bertanya. "Aku? Sama je... Macam tak ada beza je. Kenapa? Kau pun nak kahwin ke? " "Taklah... Aku tanya je. Alaisha macam mana, bahagia dengan kau? " "Macam tulah, Ad. Aku takkan sesekali jatuh cinta dengan dia, Ad. Aku tak nak dia pun jatuh cinta dengan aku. " "Kau cakap apa ni, Am? Dia tu isteri kau tau tak? Dia layak mencintai kau dan kau layak mencintai dia,Am." "Tak boleh, Ad. Aku dah janji dengan Diana dulu untuk mencintai dia seorang sahaja hingga akhir hayat aku... Aku tak mampu mencintai wanita lain selain dia. " "Dia dah tak ada, Am. Berapa kali aku kena ulang perkara ni? Kau masih tak redha dengan pemergian dia kan? Kau tak kesiankan Alaisha ke? Kau tak kesian ke pada dia bila dia akan patah hati dengan kau? Kau dah ceritakan kisah cinta kau pada dia? " Adham hanya mengangguk. "Dah. Aku nak pergi tandas kejap... Kau tunggu sini je. "

"Adham... Jaga adik aku baik baik tau? Kalau dia sakit apa apa, siap kau... Aku pelangkung. " Adham tersengih. "Baik abang long kawasan. Aku jaga adik kau baik baik sangat. " "Hmm tau takut... Adik... " Alaisha memandang wajah kedua dua abangnya. "Ye along?" "Along nak adik bahagia selalu, itulah doa along untuk adik. Kuatkan semangat dan tabahkan hati untuk segalanya. Along sentiasa ada untuk adik, jangan lupa... " Alaisha memeluk abangnya. "Adik takkan pernah lupakan abang abang yang adik sayangi. Umi, abah... Adik pergi dulu tau? Jaga diri... Abah, jangan lupa makan ubat ubat abah tu... Adik sayang abah. " Abah mengangguk sambil memeluk Alaisha. "Jaga diri, sha... Kami doakan yang terbaik buat kedua dua pasangan pengantin. " Adham dan Alaisha tersenyum.

Adham melihat Alaisha yang sejak tadi hanya melihat album album gambarnya pada waktu kecil. "Ini awak ke? Seriously? Comelnya... Geram pula saya tengok. Gebunya... " Alaisha memandang Adham. "Awak lain lah sekarang dengan dulu. Sekarang lebih kepada... Beruang garang! Hehehe. " "Muka aku yang segak ni kau cakap macam beruang garang? Sampai hati kau kan? " Alaisha menggeleng sambil tergelak besar. "Betullah cuba tengok baik baik. Mesti sama. Allina pun cakap benda yang sama tau tak? Hehehe. " "Aku nak cakap satu benda dengan kau ni... " "Hmm? Macam penting je... Cakap jelah. " "Aku nak cakap... Jangan pernah cintakan aku, Alaisha. Kau akan lebih terluka. " Alisha terkedu. 'Jangan cintakan awak? Awak ingat saya ni patung tak berperasaan? ' Alaisha memandang Adham. "Jangan risau, saya takkan sesekali jadi bodoh untuk cintakan awak, Encik beruang garang. Cukuplah awak dah lukakan saya banyak selama ini... " Alaisha berkata lalu berlalu pergi ke biliknya. Geram pula rasanya.

Azan magrib mula berkumandang. "Jom solat? " Adham bertanya kepada Alaisha yang sibuk melipat kainnya yang baru diberi oleh umi sebentar tadi. "Solat? Hmm... " Alaisha menghampakan sejadah untuk kedua dua mereka. "Allahuakbar... " Mereka menunaikan kewajipan terhadap ilahi dan menamatkannya. "Assalamualaikum warahmatullah... Assalamualaikum warahmatullah. " Adham memberikan tangannya kepada Alaisha untuk disalam. "Maaf, saya nak mengaji kejap... Nanti batal kalau saya salam. Nanti saya salam ye. " Adham hanya mengangguk. "Awak...tengokkan saya mengaji boleh? " "Boleh... Bawakan al quran tu. " Alaisha tersenyum manis.

"Kau nak tidur dah? Bagi bantal dengan comforter tu pada aku kejap. " "Kenapa? Awak nak pergi mana? " "Lantai jelah... Takkan nak pergi tidur di rumah jiran pula? " "Tak boleh ke kalau awak tidur atas ni je. Jangan risau... Kita ada sempadan. Itu tempat awak, ini tempat saya. Ok? " Adham memandang Alaisha. "Hmm... Yelah yelah. " Adham merehatkan dirinya di tempatnya. "Alaisha... Kau tak pernah cintakan sesiapa pun? Kenapa kau tak pernah mention tentang kekasih kau ek? " Adham tidak mendengar apa apa respon daripada Alaisha. Dia menoleh dan melihat Alaisha yang sudah lena dibuai mimpi. "Dah tidur? Hmm..." Alaisha menoleh ke arah bertentangan Adham lalu melihat wajah Adham uang tertidur lena. 'Saya masih percaya bahawa suatu hari nanti kita boleh menjadi bahagia seperti pasangan suami isteri lain dan... Awak boleh terima saya seadanya. Maafkan saya sebab... Saya tak mampu hentikan diri saya daripada terus mencintai awak. ' Alaisha bermonolog. Adham menggerakkan tubuhnya sedikit lalu Alaisha memejam matanya rapat.

Azan berkumandang menandakan masuknya waktu subuh. Alaisha terjaga dari tidurnya dan dia terus memandang ke sisinya. 'Mana Adham ni? Awalnya dia bangun? ' Alaisha bangun dari katil lalu berjalan ke arah Tandas. Sedang dia berjalan ke arah tandas, dia tertendang sesuatu di lantai. "Benda apa tu?" Dia terus membuka lampu di dalam bilik tersebut. "Adham? Awak... Awak. Bangun, Adham. Dah subuh ni... Bangun. " Adham membuka matanya perlahan untuk melihat gerangan orang yang mengejutnya. "Ha? Kenapa ni? Ada apa? " "Dah subuh ni, awak... Bangunlah. Kita solat sama sama. " Adham memejamkan matanya sebentar dan kemudian dia terus bangun ke tandas. Alaisha menyiapkan hamparan sejadah untuk mereka berdua. "Kau dah ada wudhuk? " Alaisha mengangguk. "Jom solat. "

Adham menghulurkan tangannya untuk di dalam oleh Alaisha. Alaisha menyambut huluran tangan tersebut. "Awak nak sarapan dah? Nak makan apa? Saya nak turun ke dapur. " "Apa yang kau selalu buat untuk sarapan? Apa yang paling sedap yang kau pernah buat untuk sarapan? " "Hmm... French toast? Awak boleh rasa french toast saya.. " "Ok... Kau turun dulu, aku kemas bilik ni. " "Eh awak... Sayalah uang kemas. Awak pergi mandi. Saya dah biasa mengemas bilik. Lagipun... Saya kan isteri, tak baik saya bagi suami saya kemas bilik tidur. " "Ada peraturan yang menyatakan suami tak boleh kemas bilik ke? Atau... Kau yang cipta peraturan baru? Dah... Kau turun buatkan sarapan, aku kemas bilik dan mandi. Ok? " Alaisha mengangkat bahunya. "Your choice... " Alaisha terus keluar daripada bilik tersebut dengan semangat baru pada pagi ini... Mereka akan berbahagia tak lama lagi... Mungkin?

"Esok aku dah mula kerja balik... Kau nak datang ke tak nak, suka hati kau." Alaisha memandang Adham. "Awak dah sign surat saya? Dah approve? " Adham memandang Alaisha semula. "Sign? Kau tak nak kerja tetap dekat office tu? Serious tak nak? " Alaisha menundukkan wajahnya sebentar lalu mengangkat semula. "Tak nak. " Adham menggeleng. "Now, it's your choice. I'll sign the letter and... You can leave the office. " Alaisha mengangguk. "Ya... Itu yang awak nak dari dulu kan? Saya perlu tinggalkan Office tu. Betul tak and... Now your dream comes true. Awak betul... Saya takkan mampu bertahan di situ sekiranya saya memohon untuk bekerja di situ in the first place... Tapi saya hanya mangsa keadaan. Abah paksa saya bekerja di situ and... Everything happens. Kalau saya tak pernah kerja dekat situ, saya takkan pernah jumpa awak pun. Perkahwinan yang menyakitkan hati ini takkan terjadi sama sekali dan... Awak tak perlu membenci saya. Akan tiba suatu waktu di mana awak akan sedar betapa awak sakitkan hati saya. " Alaisha berkata lalu meninggalkan meja makan tersebut. Adham... Macam biasalah, buat tak tahu je.

-Bersambung-

Jodoh ♥Where stories live. Discover now