"Mama, papa,umi,abah...takkanlah kitorang nak buat benda tak senonoh dalam pejabat? Kitorang belum gila lagi! Korang tak percayakan Sha ke? Tak percayakan Adham? " Air mata Alaisha mengalir apabila maruahnya bagai terbang begitu sahaja. Malu untuk berhadapan dengan keluarga pada waktu begini. "Kami percayakan kamu berdua tapi... Kami tetap nak kamu berdua bernikah. Faham? " Adham hanya mendiamkan diri. Mungkin dia berfikiran bahawa itulah perkara terbaik buat masa ini? "Abah, kan abah dah percayakan kitorang then... Kenapa kena kahwin? Kami pergi pejabat untuk bekerja bukan melakukan perkara yang tidak diingini. " "Kami tak kisah apa sahaja kebenarannya, kamu berdua tetap perlu bernikah. Faham apa yang abah dan papa cuba sampaikan? " Alaisha menggeleng. "Abah kejam... Abah tipu. Abah tak percayakan Sha kan? " Alaisha berjalan ke arah Alongnya. "Along... Pandang adik. Along rasa sanggup ke adik buat perkara perkara tak senonoh dalam pejabat tu? " "Along yakin, adik tak buat. Along yakin... " "Angah pun yakin, adik tapi... Angah rasa ada baiknya kita tetap dengan cadangan abah dan papa. " Alaisha menggeleng. "Sampai hati korang kan? " Alaisha berjalan ke arah Adham. "Awak... Kita ada buat apa apa ke dekat pejabat tadi? Sentuh hati awak dan bercakap dengan ikhlas. " Adham memandang wajah Alaisha. "Kita tak buat apa apa pun dan kita yakin dengan diri kita sendiri. Kita tak perlu kisah dengan apa yang orang lain katakan, percaya dengan hati sendiri. " "Apa maksud awak? Awak, diorang suruh kita kahwin. Awak nak kahwin ke dengan saya? Awak tak nak kan, so bertindaklah sekarang. Saya tak nak awak menyesal atas paksaan diorang. " Adham menundukkan wajahnya. "Aku tak mampu bertindak sekarang, aku perlu ikut kata kata diorang untuk selesaikan masalah ni. " "Awak... Awak senyap macam ni menandakan macam kita ada lakukan sesuatu di sana. Boleh tak kalau awak buka mulut tu, dan terangkan apa yang terjadi tanpa diam macam ni? Kita tak buat apa apa mengikut hati saya ni... Ke... Awak yang panggil diorang datang keo pejabat tadi? Sebab tu awak diam? " "Woah woah... Jangan tuduh tuduh aku macam tu. Aku tak buat apa apa." "Habistu siapa? Kalau bukan saya, bukan awak? Siapa? " "Manalah aku nak tahu, cik Alaisha ngek. Aku pun ada dalam pejabat dengan kau juga tadi. " Alaisha menggaru kepalanya yang dilapik tudung. "So macam mana? Korang still ikut cadangan papa dan abah kan? " Papa dan Abah bertanya serentak. Alaisha dan Adham memandang satu sama lain. 'Aduh! Ini memang kerja gila! Sanggup ke aku hidup dengan manusia Phsyco ni sampai ke tua? Macam mana aku nak handle perasaan dia yang macam roller-coaster tu? Kejap marah, kejap senyum, kejap melenting... Macam mana ni? ' Alaisha bermonolog. Semua menunggu jawapan mereka. Huh habislah riwayat hidup aku ni...
....."Kak Sha... Apa yang terjadi sebenarnya dalam office tu tadi? Allina rasa macam nak tahu sangat. " "Akak pun tak tahu apa yang terjadi. Dekat mana salah akak pun akak tak tahu. Diorang datang tiba tiba, akak buka pintu, diorang periksa satu office dan daoati bahawa Adham ada dekat situ dengan akak and then apa lagi... Kitorang bawa diorang datang sini. Aduh... Sakit kepala akak sekarang. Macam mana ni Allina? Apa yang patut akak buat sekarang? " "Apa yang patut akak buat? Kahwin jelah... Hehhehe. Kan senang. " "Senang Lina cakap? Kahwin je? Tak nak akak kahwin dengan... Encik Beruang garang tu. Takutlah... Dia tu dahlah asyik marah je memanjang. Tiba tiba senyum pula, tiba tiba melenting akak pula. Apalah nasib akak kahwin dengan beruang garang macam abang Allina tu. " "Yang adik peliknya... Nak pula dia kahwin Setuju kahwin dengan akak. Cintalah tu. " "Allina ni kan... Nak je akak screwkan otak Lina tu.
Geram pula rasanya... " "Ala akak ni... Manalah kita tahu rahsia hati abang Adham tu. Kot kot memang betul apa yang Lina cakap tadi... Hah... " "Eei Lina ni kan... Akak nak turun dululah macam ni. Akak... Akak nak bagitahu diorang bahawa akak tak nak perkahwinan ini berlangsung. " "Wahai kak Alaisha yang adik sayangi, tadi kan akak dah setuju takkan tiba tiba dah tukar fikiran pula? " "Tadi akak terpaksa, akak terpaksa. Sekarang akak dah fikir masak masak dan akak dah buat keputusan untuk tidak buat kerja gila macam ni. Akak masih waras tau tak? " "Akak memang waras dan akak dah buat keputusan betul tadi. Sekarang ni baru tak waras. Ada ke nak cancel macam tu je? Nanti semua orang kecewa dan akak fikir, papa dengan abah dan benarkan akak cancel perkahwinan ni macam tu je? Never! Diorang nak korang berpasangan sejak dulu lagi... Inilah peluang yang diorang dapat untuk satukan korang berdua. " "Maksudnya kami berdua memang mangsa kejadian? Apa salah akak? Apalah dosa akak ni, ya Allah... " "Bukan dosa kak, pahala. Allina sumpah, Abang Adham tu baik orangnya. Akak akan jatuh cinta bila akak dapat tahu perangai sebenar di yang sememangnya caring, baik hati, loving and sweet sangat. " "Malaslah akak cakap dengan Lina. Asyik menangkan abang beruang garang tu je. Akak dah penat... Akak nak tumpang tidur kejap... Rasanya lama lagi diorang dekat sini. " "Hmm, tidurlah kak. Lina nak sambung assignment ni sikit. " "Eh Lina... Akak lupa nak cakap... Along akak, Abang Azlan ada cakap yang dia nak jumpa Lina... So... Pergilah jumpa dia. Kot kot berjodoh ke. " "Ish akak ni, Lina jentik mulut tu kang. Tidurlah cepat. Lina ada banyak kerja nak settle ni. " Alaisha tersengih seperti kerang busuk.-Bersambung-
YOU ARE READING
Jodoh ♥
RomanceMengisahkan tentang kehidupan wanita tabah yang mencuba sedaya upaya untuk membuatkan sang pencinta hati jatuh cinta kepadanya. Perkahwinan yang dipaksa tidak menghentikannya daripada meneruskan misi untuk mengambil hati suaminya. Lelaki itu tidak p...