"Lepaskan tangan aku."
Keadaan aku dengan jungkook yang tengah pegang tangan aku ni sius macam scene dalam drama telenovela yang aku selalu tengok tiap-tiap petang tu.
Scene di mana hero try untuk halang heroine daripada pergi dengan memegang tangan heroine itu.Yang berbezanya jungkook bukan hero aku dan aku bukan heroine dia.(Euww,tak teringin langsung aku nak jadi heroine dia.Lagipun,dia kan dah ada heroine dia sendiri)
"Tak.Aku tak nak lepaskan tangan kau."
"Aku kata lepaskan tangan aku.Kau tak faham bahasa ke?"
"Tak.Aku tak nak lepaskan tangan kau.By the way,aku faham bahasalah.Kalau aku tak faham bahasa,macam mana aku boleh faham apa yang kau cakap.Walaupun aku faham bahasa,aku tetap tak nak lepaskan tangan sahabat kesayangan aku ni."
Si jungkook yang kononnya faham bahasa sangat tu terus memegang kuat tangan aku.Apa masalah dia pegang-pegang tangan aku ni?Hadui,pergilah pegang tangan girlfriend kau tu.Yang kau pergi pegang tangan aku ni buat apa?Buat menambah dosa aku je.
"Aku kata lepaskanlah.Lepaskan tangan aku sekarang."
Aku cuba untuk melepaskan pegangan tangan jungkook daripada tangan aku.Nampaknya cubaan aku tak berhasil.Kuat betul jungkook ni pegang tangan aku.Sampai tangan aku dah start rasa sakit ni.Dia ni pegang ke cengkam tangan aku?Lain macam betul sakitnya.
"Tak nak."balas jungkook ringkas sambil tangan besarnya itu terus memegang kejap tangan aku.
Apasal la anak mak cik jeon ni keras kepala sangat?Keras kepala mengalahkan batu bata.Kecik-kecik dulu makan batu ke apa?Ke sebab dia selalu main batu seremban dengan aku dan howon masa kecik dulu?Takkanlah sebab tu.
"Baik kau lepaskan tangan aku sebelum aku cederakan kau."
Aku memberi amaran maut yang cukup ringkas dan padat kepada jungkook.Selalunya kalau aku bagi amaran camtu,mesti jungkook dan howon akan takut dan terus berhenti daripada mengusik,membuli aku dan seangkatan dengannya.Agak-agaknya kali ni amaran maut aku ni berkesan tak?Mari kita saksikannya sekarang.
"Aku rela kau cederakan aku.Lagipun,kau memang selalu cederakan aku kan.Betul tak?"tanya jungkook lalu dia menjungkitkan kening kirinya di samping mempamerkan muka toyanya yang buat aku rasa macam nak tonyoh-tonyoh buat mop sekarang.
"Aku pun dengan suka dan rela hatinya akan tunaikan permintaan kau tu."
Aku dengan menggunakan seluruh kekuatan cuba untuk mengilaskan dan mempeleotkan tangan jungkook yang sedang memegang kemas tangan aku.Dan sekali lagi aku ingin mengumumkan yang cubaan aku kali ni pun tidak berjaya juga.
Sejak bila pulak jungkook ni pandai patahkan serangan kilasan tangan aku ni?Selalunya helok je aku kilaskan tangan dia.Siapalah agaknya yang ajar dia?(mestilah author yg ajar.HAHAHA)
Malah dengan penuh selambanya jungkook menarik tangan aku.Disebabkan tarikan tangan jungkook yang kuat itu,secara automatiknya badan aku pun terkalih dan menghadap ke arah jungkook dan howon.
Aku cepat-cepat melarikan pandangan ke tempat lain.Tak kuasalah nak tengok muka dua ekor mangkuk ni.
"Kalau kau nak aku lepaskan tangan kau,kau kena pakai gelang ni dulu."
Jungkook kemudiannya mengambil gelang yang berada di atas meja dan meletakknya betul-betul di hadapan aku.Dia akhirnya melepaskan tangan aku.Finally,i'm free.Bolehlah aku cabut lari terus.Aku pun dah naik rimas kepala otak duduk kat sini lama-lama.
Dan untuk kesekian kalinya,tak sempat aku nak cabut lari,jungkook pantas menarik tangan aku.Budak jungkook ni pun cam tahu-tahu je aku nak cabut lari.Pakai kuasa psikik ke apa?I wonder...
"Kan aku dah kata kau kena pakai gelang ni dulu baru aku lepaskan tangan kau.Kalau dah susah sangat kau nak pakai,meh aku tolong kau pakaikan."
Jungkook lantas mengambil gelang bermanik hitam itu dan terus memakaikannya di pergelangan tangan kananku.Aku hanya akur sahaja dengan perbuatan dia tu.Lagi cepat dia pakaikan gelang tu,lagi cepat aku boleh angkat kaki dari sini.
Jungkook menghadiahkan sebuah senyuman nipis kepadaku sejurus sahaja dia selesai memakaikan gelang itu.
Aku pulak buat-buat tak nampak senyuman dia tu.Hanya sebuah senyuman kelat yang mampu aku hadiahkan kembali kepada jungkook.
"Walaupun kau yang pakaikan gelang ni untuk aku,aku tetap tak nak gelang ni ada kat tangan aku.Aku rasa jijik setiap kali aku terpandang gelang FRIENDSHIP kita ni."
Gelang yang sudah dipakaikan kemas oleh jungkook di pergelangan tangan aku ditanggalkan.Aku meletakkan kembali gelang itu di tempat ia sepatutnya berada.
Di hadapan jungkook dan howon yang jelas sangat terperanjat dengan tindakan aku menanggalkan gelang itu semula dan tutur bicara aku sebentar tadi.
Tanpa menunggu masa lagi,aku segera membuka langkah meninggalkan jungkook dan howon.
"Kau tahu kan apa yang akan jadi kalau kau tak pakai gelang friendship kita ni?"
Pertanyaan jungkook terus mematikan langkah aku.
Aku terkaku sejenak di tempat aku berdiri sekarang.
Readers rsa apa akn jdi klu sarang tak pakai gelang tu?
Kalau nak tahu sebabnya,stay tune to the next chapter okay.
Enjoy reading chapter 5
Thank you very much for 62 reads and 20 votes
I really appreciate it.
Untill we meet again in the next chapter.
Take care
Lots of love from me
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
YOU ARE READING
[OG]Bald Love|| KTH❤👽👦👧
Fanfiction"Kenapa kau cintakan aku?" "Sebab kau botak." Start:1 October 2018 End: