Bald Love¤KTH
♡♡♡
Terima kasih sebab mengajar saya erti cinta walaupun cinta yang awak berikan pada saya cinta palsu.
♡♡♡
Langkah kaki diatur laju menuju ke bilik Daddy Jin.Senyuman semanis gula menghiasi wajahku sekarang.Tak sabar rasanya nak berjumpa dengan Daddy Jin.Dah lama aku tak jumpa Daddy Jin.Rindu.Jarak aku dengan bilik Daddy Jin semakin dekat.Sampai sahaja di depan bilik Daddy Jin,tombol pintu aku pulas segera sambil kakiku melangkah ke dalam bilik.
Lutut aku terasa longlai.Diri aku terasa seperti mahu jatuh sekarang.Tangan aku pautkan pada batang besi agar aku kekal berdiri dan tidak jatuh.
Aku seakan-akan tidak mempercayai apa yang aku sedang lihat sekarang walaupun aku sudah dapat mengagak hal ini pasti akan berlaku satu hari nanti.
Jina yang hanya memakai singlet putih nipis bertali halus dan berseluar pendek paras paha sedang tidur di tepi Daddy Jin yang tidur di atas sofa panjang.Jina tidur di atas lengan Daddy Jin sambil badan Daddy Jin didakapnya erat.
"Jina!Daddy Jin!"
Aku memanggil Jina dan Daddy Jin sehingga mencapai nada dua oktaf.Suara aku bergema kuat di dalam bilik pejabat Daddy Jin.
"Siapa yang panggil?Taetae.Eh kau.Apa kau buat kat sini perempuan?Haishh,tepilah kau."
Daddy Jin yang mulai sedar setelah mendengar suara aku.Dia terkejut besar apabila melihat Jina yang sedang tidur di atas lengannya.
Jina yang sedang nyenyak tidur ditolak Daddy Jin sehingga dia jatuh tergolek ke lantai.
"Auch.Sakitlah kepala saya.Kenapa awak tolak saya?Saya tengah sedap tidur atas lengan awak ni."rungut Jina lalu dia bangun setelah ditolak oleh Daddy Jin.
"Tae...tae...Taehyung.Awa..awak buat apa kat sini?"ujar Jina tergagap-gagap setelah dia menyedari kewujudan aku di dalam bilik Daddy Jin.
"Kenapa awak tergagap-gagap?Awak terkejut tengok saya ada kat sini?Awak terkejut saya nampak awak tidur dengan Daddy Jin?Awak terkejut saya dah tahu awak curang di belakang saya?"
Wajah Jina yang resah gelisah itu aku pandang lalu aku kalihkan pandangan kepada Daddy Jin.Riak wajah bersalah jelas terpamer di wajah Daddy Jin.
"Daddy Jin tak perlu rasa bersalah.Tae tahu Daddy Jin tak bersalah.Semua yang terjadi ni salah Jina.Daddy Jin langsung tak bersalah.Tae percayakan Daddy Jin."getusku cuba untuk menghilangkan rasa bersalah yang aku pasti Daddy Jin sedang rasai sekarang.
YOU ARE READING
[OG]Bald Love|| KTH❤👽👦👧
Fanfiction"Kenapa kau cintakan aku?" "Sebab kau botak." Start:1 October 2018 End: