Seminggu kemudian
Pakaian seragam sekolah yang terletak elok di badanku diperhatikan buat kali yang kesepuluh di hadapan cermin.
Aku melihat penampilan diriku di hadapan cermin besar yang menampakkan seluruh badan daripada hujung rambut hingga hujung kaki.
"Aku tak tahu pun yang aku ni sebenarnya cantik.Aku rasa kecantikan aku terselindung sebab aku selalu berpakaian macam lelaki.Rambut aku pun pendek macam lelaki.Kim Sarang memang cantik orangnya."pujiku terhadap sendiri sambil menolak rambut ke belakang.
Baru sahaja aku ingin menghayati kecantikan diri aku sendiri di hadapan cermin,bunyi pintu dibuka daripada luar mematikan penghayatanku.
Klakk
Terjegul kepala seorang lelaki sebaik sahaja pintu dibuka.
Lelaki yang lengkap berpakaian seragam sekolah itu memasuki bilik aku sambil tersengih-sengih.Dah kenapa si Jungkook ni tersengih-sengih macam kambing ni?Buang tabiat ke apa?
"Siapa suruh kau masuk bilik aku?Aku tak benarkan kau masuk bilik aku pun."kataku sambil menjeling tajam kepada Jungkook yang sudah duduk di atas katil."Kalau kau tak benarkan aku masuk bilik kau,aku tetap akan masuk juga.Omma kau yang suruh aku datang check kau dalam bilik.Omma kau cakap kau dah bersiap hampir 2 jam tapi tetap tak siap-siap.Manalah tahu kalau-kalau kau tertidur balik.Kau kan suka tidur."kutuk Jungkook itu sambil melompat-lompat riang di atas katil.
Mataku membulat melihat perlakuan Jungkook yang melompat-lompat di atas katilku seperti seekor arnab yang melompat.
Memang nak kena betul arnab jadian seekor ni.Berani betul dia lompat atas katil kesayangan aku."Baik kau berhenti melompat kalau kau tak nak hilang gigi kau hari ni."
Aku memberi amaran maut kepada Jungkook yang sedang melompat dengan penuh riangnya di atas katil aku.
Aku siap bagi jelingan tajam lagi kat dia tapi dia buat-buat tak nampak je.Dia siap jelir lidah lagi kat aku.
YOU ARE READING
[OG]Bald Love|| KTH❤👽👦👧
Fanfiction"Kenapa kau cintakan aku?" "Sebab kau botak." Start:1 October 2018 End: