Jungkook pun nak menyelit jugak

39 8 0
                                    

First of all,ini bukan update ye..harap maklum teman-teman..

Kehadiran saya di sini bkn untuk mengganggu anda tetapi untuk membawa musim bunga kepada kehidupan anda yang kusam mahupun gelap dengan hasil karya saya yangg akan baru.

Dalam edisi kali ini,Jeon Jungkook akan mewakili  saya untuk membawa musim bunga itu.

Ketika musim sejuk,Jungkook akan menghangatkan anda sehangat secawan kopi yang masih berasap.

Ketika musim bunga,Jungkook akan menjadi bunga yang sentiasa memekar dan tidak pernah layu di dalam hati anda.

Ketika musim panas,biarlah Jungkook yang menjadi bayu yang hadir untuk menyejukkan anda.

Ketika musim luruh,biarlah Jungkook yang menjadi tanah sebagai tempat pendaratan bagi anda yang gugur.

Tetapi Jungkook tidak akan dapat berbuat seperti di atas sekiranya dirinya sendiri dikawal oleh musim-musim itu.

Crush Empat Musim | | JJK

Empat musim?Apa yang empat musim?Nak tahu?Ha tengok bawah tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Empat musim?Apa yang empat musim?Nak tahu?Ha tengok bawah tu.

Musim Sejuk/salji

Musim bunga


Musim panas

Musim luruh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Musim luruh

Kalau dah ada Jungkook sebagai hero,mestilah ada heroinenya kan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kalau dah ada Jungkook sebagai hero,mestilah ada heroinenya kan..Nak tahu siapa heroinenya?Tunggu esok ye teman-teman..😂

Nah saya belanja sikit scene Jungkook bersama 'seseorang'.

"Ini soalan pertama saya.Kalau saya tiba-tiba menangis,awak nak buat apa?"tanya Jungkook yang cuba untuk menguji gadis di hadapannya ini.

"Saya nak buat apa?Saya buat tak tahu jelah.Omma saya kata orang menangis ni kita tak boleh layan sangat.Nanti lagi dia mengada-ngada nak nangis."balas gadis itu lancar.

"Kalau saya tiba-tiba marahkan awak,awak nak buat apa?"tanya Jungkook lagi.

"Saya simbah je air kat awak sampai lencun."balas gadis itu lagi tanpa sebarang gugup.

"Kenapa awak nak simbah air pada saya sedangkan saya tengah marah?Mestilah saya akan bertambah marah lagi pada awak."tanya Jungkook cuba untuk memahami maksud di sebalik jawapan gadis itu.

"Kemarahan berpunca daripada api nafsu yang ditiup oleh syaitan di dalam hati manusia.Saya kenalah simbah air pada awak untuk padamkan api kemarahan tu."jawab gadis itu penuh berfalsafah.

"Kalau saya tiba-tiba gembira tanpa sebab,apa awak nak buat?"tanya Jungkook sambil mengukirkan senyuman manis yang dibuat-buat.

"Saya call hospital gila terus.Manalah tahu kalau-kalau awak salah seorang daripada pesakit hospital gila yang melarikan diri."balas gadis itu sambil men'flip'kan rambutnya yang panjang itu ke belakang.

"Okay,soalan terakhir saya untuk awak.Kalau saya dingin semacam,apa awak nak buat?"tanya Jungkook buat kali terakhir kepada gadis itu.Dia berharap gadis itu dapat memberi jawapan yang sedap didengar daripada jawapan-jawapannya sebelum ini.

"Soalan apa awak tanya ni?Mudah macam kacang je jawapannya.Kalau awak dingin semacam,saya buka suis alat pemanas lepas tu halakan kat badan awak.Confirm lepas tu awak tak dingin dah.Perangai dingin sama dengan ais.
Bila dah namanya ais,mestilah kita perlukan sesuatu yang panas untuk cairkan ais.Bila ais dah cair,perangai dingin awak pun akan hilang.Selesai masalah dunia.The End.Tamat."jawab gadis itu dengan lagak seperti dia sedang bercerita cerita dongeng kepada budak-budak tadika.

Ada tak yg berminat nak tahu apa jadi lepas tu?Apa yang dimaksudkan dengan crush Empat Musim?Dia ada crush bagi setiap empat musim tu ke?Ha kalau korang nak tahu,esok saya akan pub ini ff..

Apa-apa pun,saya mengharapkan sokongan daripada anda semua ke atas ff Crush Empat Musim.

Akhir kata,terima kasih kerana meluangkan masa utk membaca info mengarut ini.Saya sangat menghargai.

Btw,sorry terfalsafah lebih atas tu..Lucid dh terpengaruh dgn ff Crush Empat Musim aka ff sendiri😂😂

[OG]Bald Love|| KTH❤👽👦👧Where stories live. Discover now