"Nah,ambil tisu ni.Lap air mata kau."
Suara seorang lelaki tiba-tiba menyapa pendengaranku.
Aku mengalihkan muka daripada lutut.Terpampang muka lelaki itu di hadapan aku.
Dia sedang menghulurkan sekotak tisu kepada aku.Aku segera mengambil kotak tisu daripada lelaki itu.
Muka dan mata aku yang basah dilap dengan tisu.Lelaki itu memandang setiap pergerakan aku.Aku memandang lelaki itu kembali.
Sebaik sahaja kami bertentang mata,aku segera mengalihkan pandangannya ke arah lain.
"Terima kasih."ucapku pendek kepada lelaki itu yang masih berdiri di hadapanku.
"Sama-sama."balas lelaki itu sambil tersenyum manis.
Aku cuba untuk bangun dengan berpaut pada tombol pintu.Tetapi nampaknya badan aku tak nak bekerjasama dengan aku.
Sebaik sahaja aku cuba untuk bangun,lututku menjadi lemah dan aku hampir-hampir jatuh terduduk.
"Are you okay?"
Lelaki itu sempat memegang tangan aku untuk menghalang aku daripada jatuh.Nasib baiklah dia sempat pegang tangan aku.Kalau tak,mahu sakit buntut aku jatuh tadi.
"I'm okay.Thank you once again."ucapku kepada lelaki itu.
Lelaki itu memegang erat tanganku untuk membantuku bangun.Berkat bantuan lelaki itu,aku berjaya juga untuk bangun setelah puas mencuba.
Aku memegang kepala sebaik sahaja aku bangun dan berdiri sekarang.Entah kenapa kepala aku rasa pening-pening sikit.
Mungkin sebab aku menangis teruk sangat kut tadi.Sekarang pun aku masih menangis lagi.Aku kalau dah mula menangis susah nak berhenti.
"Ermm,boleh tak kalau aku nak minta tolong kau sikit?"
Aku bertanyakan soalan kepada lelaki itu.
Lelaki itu hanya menganggukkan kepala menandakan dia sedia membantu aku.
"Aku bukannya nak ambil kesempatan dalam kesempitan.Aku takut kau salah anggap..."
"Kau cakap jelah kau nak minta tolong apa daripada aku.Kalau aku boleh tolong,aku tolong.Kalau kau nak suruh aku kahwin dengan kau,yang tu aku tak boleh tolong.Tak payahlah nak berkias sangat.Cakap je."
Amboi,tak sempat aku nak habis cakap dia dah siap potong.Aku memandang jelik lelaki itu.Euww,tak teringin aku nak kahwin dengan dia.Badan dahlah macam papan lapis masuk air.
"Ermm,boleh tak kalau aku nak peluk kau?Kau jangan salah anggap pulak.Aku bukannya nak ambil kesempatan.Aku cuma..."
Tak menyempat aku nak habiskan percakapan,lelaki itu terus menarik aku ke dalam pelukkannya.
Aku sedikit terkejut dengan tindakan lelaki itu yang menarik aku ke dalam pelukkannya walaupun itu yang aku minta tadi.
"Kau jangan salah faham eh.Aku minta kau peluk aku sebab ini je cara supaya aku dapat berhenti menangis.Aku takut kau fikir macam-macam pulak nanti.Aku tak nak kau..."
"Shh.Kau tak payah nak jelaskan apa-apa kat aku.Aku faham.Aku pun sebenarnya selalu guna cara ni supaya aku berhenti menangis.Kalau kau rasa nak menangis,menangislah sepuas-puasnya.Menangislah kalau kau rasa dengan itu boleh buat kau rasa lebih baik.Menangislah kalau kau rasa dengan tu boleh buatkan kau lebih tenang."
Lelaki itu memberikan kata-kata semangat kepada aku.
Aku sedikit tenang apabila mendengar kata-kata semangat yang diberikan oleh lelaki itu.
YOU ARE READING
[OG]Bald Love|| KTH❤👽👦👧
Fanfiction"Kenapa kau cintakan aku?" "Sebab kau botak." Start:1 October 2018 End: