"So,maknanya korang berdua betul-betul dah couple?"
"Ya."balas jungkook dan ho won serentak.
*effect bunyi guruh buat kali ketiga*(lps ni klu ade lgi effect bunyi guruh,sila ketuk kepala author beramai-ramai okay)
Satu keluhan berat dilepaskan.Mataku secara automatik teralih ke luar tingkap.Buat masa sekarang,aku tak boleh tengok muka mereka berdua.
Entah kenapa aku rasa macam aku dah dikhianati oleh jungkook dan ho won.Sampai hati diorang buat aku macam ni.Teganya hatimu~
"Sarang,aku boleh je..."
Ho won ingin bersuara tetapi aku segera memintas percakapannya.Padan muka.Aku tak akan benarkan korang berdua peluang untuk bercakap langsung.Biar aku je yang cakap.Tahulah nasib korang nanti.
"Kau tak payah sibuk nak jelaskan apa-apa.Aku tak nak dengar."
"Tapi,sarang kitaorang boleh je..."
Tadi ho won nak cakap kan.Sekarang giliran jungkook pulak.Tak sempat dia nak habiskan ayat juga,aku pun cepat cantas percakapannya.(Woi sarang,kau ingat jungkook ni semak ke nak cantas-cantas.Haihh,mesti kes kecelaruan identiti ni)Kan aku dah kata aku tak akan bagi korang peluang langsung untuk bercakap.
"Aku betul-betul tak sangka korang berdua,Jeon jungkook dan Eun ho won,sahabat yang aku paling sayang dalam dunia ni sanggup buat aku macam ni.Sampai hati korang khianati janji yang kita dah sama-sama buat 6 tahun lepas.Janji yang kita tak akan bercinta sampailah kita graduate."
Mukaku sudah mula terasa hangat membahang.Maybe sebab aku tengah marah kut sekarang.Marah yang teramat sangat.Tahap gunung berapi meletup time zaman dinosaur tu.
"Apa yang aku lagi tak sangka ialah korang sanggup mungkir janji tu dengan bercinta sesama korang.Kalau ye pun korang dah gatal sangat nak bercinta tak payahlah bercinta sesama korang.Pergilah bercinta dengan orang lain."
Kata-kata dan perlian pedas akhirnya keluar daripada mulut aku walaupun selama ni aku memang terkenal dengan mulut yang suka mengata,mengutuk dan memerli orang dengan cukup rempah dan pedasnya.(nilah padahnya kalau dah berkawan baik sangat dengan geng memakcik bawang)
Jungkook dan ho won masing-masing tunduk menghadap meja kafe.Diam tidak berkutik.Nampak sangat diorang terasa dengan apa yang aku cakap tadi.
Biaq pi kat hampa la nak terasa ka apa ka.Ada aku kesah?Hati aku yang hampa sakitkan ni camna pulak.Kan dah tak pasal-pasal keluar slang kedah di situ.Marah punya hal la katakan.(Tak ku sangka pandai jgk org korea ckp kedah no.ni mesti author yg ajr ni😅)
Beg silang yang tersangkut kemas di bahu kecilku diletakkan semula ke atas kerusi di sebelah.Terasa rimas pulak di situ ye dengan bersilang beg bagai.Aku dahlah tengah panas membara ni.
Nanti tak pasal-pasal beg ni terbakar pulak.Kalau dah terbakar nanti kompom kena beli baru.Dahlah poket tengah kering kontang bagaikan gurun sahara ni(anyone yg bermurah hati,please basahkan poket aku balik.Huhu.Tengah pokai teruk ni😢)
Mataku melirik ke arah jungkook dan ho won.Mereka berdua masing-masing senyap tanpa sebarang suara.Keadaan di meja kami sunyi sepi.Terasa sedikit pelik di sini.
Selalunya kalau aku dan dua ekor mangkuk tu duduk semeja macam sekarang,bukan main riuh lagi satu kafe dengan suara kami bertiga.Bergurau senda,bergelak ketawa,bertepuk tampar dan bermacam-macam ber lagi yang kami buat.
Tapi sekarang,semuanya dah berubah dalam sekelip mata.Tiada lagi ber yang kami buat.Yang ada hanya berdiam diri sahaja.
Sesekali jungkook melirik tepat ke mataku.Sebaik sahaja aku membalas lirikan matanya,dia dengan sepantas kilatnya mengalihkan lirikan matanya ke tempat lain.Takut nak bertentang mata dengan aku ler tu.Yelah kan.Orang dah buat salah.Memanglah cuak habis nak bertentang mata dengan kita.
Si minah ho won aka girlfriend jeon jungkook tu pula menunduk menghadap meja je daripada tadi.Langsung tak angkat muka tengok hadapan.Nampak bebenor tak berani nak tengok muka aku.Almaklumlah,orang dah buat salah kan.Manalah berani nak tengok muka kita kan.
Riak wajah jungkook dan howon yang tengah cuak habis mengalahkan cuak tengok movie The Nun itu ditenung lama olehku.
Nafas ditarik sedalam-dalamnya sebelum aku memulakan bicara.Aku kena tanya diorang jugak.Teringin jugalah rasanya nak tahu apakah punca yang telah menyebabkan jungkook dan howon boleh couple.(wuu ayat bm power di situ ye😎)
Selalunya,pantang berjumpa ada ja topik yang diorang nak gaduhkan.Haihh,sampai dah penat aku jadi pendamai tau.Eh,tup-tup diorang kata diorang couple.Tidakkah itu sesangat pelik?Tak payah bagi jawapan.Memang pelik bin aneh pun.
"Aku nak korang beritahu aku dengan sejujur-jujurnya.Macam mana korang boleh couple?Aku teringin sangat nak tahu puncanya."
Soalan penuh cepumas itu diajukan kepada jungkook dan howon yang still dengan muka cuak mereka itu.
Jungkook memandang howon dengan pandangan penuh makna.Howon juga membalas pandangan jungkook dengan pandangan penuh bermakna-makna.
Tak lama selepas mereka berdua bertukar-tukar pandangan,jungkook dan howon masing-masing mengangguk-anggukkan kepala.
Entah kebenda yang diorang anggukan tu aku pun tak tahulah wei.Dah macam burung belatuk aku tengok.Terangguk-angguk.Angguk-angguk,geleng-geleng,iya-iya,saya-saya~*opss,author terkarok pulak di situ.Back to the story plis*
"Sebenarnya,punca aku dengan jungkoook boleh couple ni sebab..."
Howon kelihatan teragak-agak untuk meneruskan percakapannya.Dia memandang aku sekilas sebelum memulakan bicaranya semula.Uishh dia punya nervous nak cakap kat aku tu sampai mengalirlah pepeluh kat dahi licin plus putih dia tu.
"Sebab?"
"Sebab kau."
Aikk,dh knpa pulak sarang yang jadi punca jungkook dan howon boleh bercinta??
Haa,klu nak tahu..
Stay tune to the next chapter,okay
Enjoy reading chapter 3
Lps dh bca tu,jgn ler lpa nk komen dan vote yee.
Thanks sbb sdi bca bald love
Lots of love from me
❤❤💜💕💛❤💜💕
YOU ARE READING
[OG]Bald Love|| KTH❤👽👦👧
Fanfictie"Kenapa kau cintakan aku?" "Sebab kau botak." Start:1 October 2018 End: