Ting~
Gelas kaca kecil milikku disatukan dengan gelas kaca Taehyung.Gelas kaca didekatkan dengan mulut lalu cecair berwarna putih jernih itu disisip sedikit.
"Oh man holy shit,sedap gila soju.Aku tak sangka soju sesedap ni.Amazing.Unbeliebubble."
Aku tak tahu pula Soju sedap.Yelah ni first time kot aku minum soju.Aku mana pernah minum Soju sebelum ni.Kesedapan Soju ni tak dapat aku gambarkan dengan kata-kata.
Soju is my favourite drink right now.Soju is my life.Soju is my everything.Kalaulah aku tahu soju sesedap ni,dah lama aku minum.
"Woi,kau dah kenapa tenung botol Soju tu macam kau tenung boyfriend kau?Gila eh?"
Teguran kasar daripada Taehyung membantutkan kekaguman aku terhadap Soju.Mamat zaman neolitik ni memang tak boleh tengok aku senang betul.
"Pergi ke pekan bersama papa,
Diikut bersama si Mamazila,
Yang kau sibuk buat apa,
Mata aku suka hati aku la."Aku membalas teguran kasar Taehyung dengan pantun 4 kerat hasil perahan otak genius aku.Aku yakin dia tak boleh balas pantun aku.Aku ni berkawan rapat dengan Jarjit tau.
"Buah nangka rosak ditebuk,
Ditebuk oleh si alien Tata,
Euww,tak teringinnya nak sibuk,
Masalahnya,semua orang tengok kita."Taehyung membalas pantunku dengan penuh lancarnya.Dia mengembangkan lubang hidungnya tanda dia bangga sebab boleh balas pantun aku tadi.Kalau ada botol Soju masuk dalam lubang hidung dia,jangan tanya kenapa.
Eh,kejap.Tadi Taehyung cakap semua orang tengah tengok kitaorang.Betul ke apa yang Taehyung cakap ni?Aku ni bukannya cantik sangat pun sampai semua orang nak tengok.Entah-entah dia bohong aku.Meh sini aku sendiri nak tengok.
Semua orang iaitu ibu-ibu,bapa-bapa,tuan-tuan,puan-puan,pasangan bercinta termasuklah tauke gerai dan kucing dia pun tengah tengok aku dan Taehyung dengan pandangan pelik.
Aku rasa mesti diorang ingat aku ni cantik kan.Sebab tulah diorang tengok aku macam tak pernah tengok perempuan cantik.Susah juga jadi perempuan cantik ni.Semua orang nak tengok kita.
"Aku dan BTS jauh terpisah,
Ada aku kisah."Aku membalas pantun 4 kerat Taehyung dengan pantun 2 kerat.Aku dah malas nak fikir banyak.Lagipun,Jarjit ajar aku pantun dua kerat je.
Taehyung menjulingkan matanya ke atas tanda tidak berpuas hati dengan aku.Aku membalas semula dengan menjelirkan lidah ke arah Taehyung.Taehyung terus meminum segelas kecil Soju kerana malas hendak melayan karenahku.
"Kau memanglah tak kisah tapi aku kisah.Kau tak tengok cara semua orang tengok kita?Cara diorang tengok kita tu dah macam pandangan orang tak pernah tengok manusia.Nasib baik kita bukan manusia."kata Taehyung lalu dia menghirup sedikit kuah stu kimchi.
Nasib baik kita bukan manusia?Kejadah apa yang Taehyung cakapkan ni?Kalau aku dan dia bukan manusia,habis tu kami berdua ni apa?
Takkanlah sajat kot?Eh,tapi sajat tu manusia.Habis tu,aku dan Taehyung ni makhluk apa kalau bukan manusia?
"Kau membabi apa ni,Taehyung?Kalau aku dan kau bukan manusia,habis tu kita ni apa?Kau ingat kau tu Goblin yang boleh hidup seribu tahun and aku ni malaikat maut?
Ke kau ni alien?Entah-entah betul tekaan aku.Kau ni alien dari planet atata tiga.
Apa khabar si adudu anak si adede tu eh?Lama aku tak dengar khabar dia.Aku dengar cerita pembantu dia,si probe tu dah kahwin dengan si Babedah anak si Bagogo tu.
Kau pergi tak majlis perkahwinan diorang?Meriah tak majlis perkahwinan diorang?Kenduri diorang lauk apa?"
YOU ARE READING
[OG]Bald Love|| KTH❤👽👦👧
Fanfiction"Kenapa kau cintakan aku?" "Sebab kau botak." Start:1 October 2018 End: