Bald Love¤KTH
❤❤❤
"Hai,zombie."
❤❤❤
¤ ¤ ¤
"Uweeeeeek."
Pili air besi aku pegang erat.Aku memuntahkan segala benda yang berada di dalam perut ke sinki.Belakang aku ditepuk-tepuk perlahan oleh Jungkook.
"Kau okay ke tak ni,Sarang?Ini dah masuk kali ke lapan kau muntah pagi ni.Kau nak aku panggil doktor?"tanya Jungkook yang masih menepuk-nepuk belakang aku.
"Aku okay.Tak payah panggil doktor.Aku bukannya nak mati pun.Aku muntah-muntah je."kata aku cuba untuk menghalang Jungkook daripada memberitahu doktor.
Setelah aku pasti aku betul-betul okay,aku memulakan langkah keluar daripada tandas dengan dibantu oleh Jungkook.Tetapi sebaik sahaja aku sampai di hadapan pintu keluar tandas,aku tiba-tiba rebah.
"Eh,kau dah kenapa tiba-tiba jatuh ni?Tulah tadi aku nak panggil doktor kau kata tak payah.Kau jatuh sendiri kau bangunlah sendiri.Aku tak nak tolong orang degil macam kau.Aku nasihat bukan nak dengar.Mentang-mentanglah kau dah ada Jimin dan Taehyung sebagai kawan kau kat sini kau terus lupakan aku.Aku nak merajuk dengan kau.Hmpph."bebel Jungkook panjang lebar.
Jungkook menyilangkan tangannya tanda merajuk dengan aku.Eh mangkuk hayun ni.Aku tengah terkemut-kemut nak bangun ni boleh pulak dia merajuk kat depan pintu tandas.Aku muntah kat dia baru tahu nanti.
"Kau ingat aku hadap sangat nak minta tolong kau?Aku boleh bangun sendirilah.Tepilah kau.Menyemak je depan pintu tandas.Dahlah merajuk mengalahkan perempuan."
Walaupun aku lemah akibat muntah-muntah yang teruk tadi,aku gagahkan diri juga untuk bangun.Sebuah jelingan tajam aku berikan pada Jungkook sewaktu aku berjalan melewatinya.
"Tch.Merajuk macam kau boyfriend aku pula.Kau ni Jungkook ke Jungkookinah?Dengan Jimin dan Taehyung pun nak jealous.Mereka berdua tu kawan aku je kut.Bukannya boyfriend aku.Aku sepatutnya muntah kat Jungkook tadi."
Aku membebel-bebel seorang diri sambil berjalan perlahan-lahan menuju ke katil yang terletak agak jauh daripada tandas.
Sedang aku leka berjalan seorang diri,tangan kiri aku tiba-tiba dipegang oleh seseorang daripada belakang.Aku serta merta menoleh ke belakang untuk melihat siapakah yang telah memegang tangan aku.
"Hai,zombie."ujar Taehyung yang sedang memegang tangan aku.
"Taehyung?Kau buat apa kat sini?Yang kau pegang-pegang tangan aku ni dah kenapa?Nak penyepak?"
Aku melantunkan soalan kepada Taehyung.Taehyung tersenyum nipis apabila mendengar soalan aku.
"Suka hati akulah nak buat kat sini.Ini kan hospital daddy Jin dan Papa Joon aku.Aku pegang-pegang tangan kau sebab aku nak tolong kau.Dah macam zombie berjalan aku tengok."kutuk Taehyung lalu dia tersenyum mengejek aku.
YOU ARE READING
[OG]Bald Love|| KTH❤👽👦👧
Fanfic"Kenapa kau cintakan aku?" "Sebab kau botak." Start:1 October 2018 End: